5 Mac 2011 ~ Hari ini dalam sejarah.. :D
Tiba-tiba teringat kenangan semasa kecil melawat Zoo Negara.. sudah tentu semua ada pengalaman ini memandangkan Zoo Negara secara tidak rasminya wujud pada tahun 1958 dan secara rasminya pada tahun 1963...pengasasnya Tan Sri V.M. Hutson dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman pada 1963. Lawatan kali ini sebab ada tugasan dan tetiba terasa sgt teruja.. :D
Pengasas Zoo Negara yang hanya sempat hidup selama 80 tahun sahaja
Pemandangan dipintu masuk pada suatu masa dahulu sehingga pada hari ini.. (mungkin adalah diorg renovate mana yg patut :p)
Tramp yang membawa kami berpusing-pusing to say 'Hi' to penghuni Zoo.. :)
Bila berada dipintu masuk sahaja dah nampak 'classic view' nya.. rasanya senibina asal masih terpelihara.. dan tetiba teringat aku bersama keluarga & sedara-mara dari Melaka dan Sarawak pernah berkunjung ke sini sekitar 80-an.. sangat mengimbau kenangan..
Sehingga ke hari ini Zoo Negara masih wujud lagi untuk para pegunjung yang yang cintakan hidupan alam... Hari ini juga, terpahat lagi sejarah apabila Majlis menandatangani perjanjian utk TM Earth Camp 2011 dan Pelancaran Kelab Pencinta Alam diadakan..
Para tetamu kehormat melangkah masuk ke Zoo Negara.. yeayyy!!
Simboliknya untuk acara ini adalah Si Tapir.. VIP melepaskan tapir yang 'buat-buat comel'.. (memang comelpunn).. setelah TM bersetuju untuk menaja spesis ini dlm tempoh tertentu.. kalau nak tahu, tembok kandang tapir ini yg memisahkan antara kandang dan antara rumah teres di Hulu Kelang.. wahhh hebat bukan?? dan macam safari world.. belum lg harimau, rusa, gajah, zirafah.. yg dikelilingi manusia yang tidak berapa nak sedar.. kenapa?
Bosses yang memberi mkn tapir-tapir kami ~
Suatu masa dahulu mereka pernah memprotes untuk pindahkan Zoo ini kerana berbau, bising dan tidak berapa sesuai berada berdekatan kawasan rumah mereka.. Kesian mereka!! seumpama ditipu pihak pemaju atau mereka sendiri membeli kediaman tanpa meneliti kawasan sekeliling.. alih2 duduk umah ada bunyi 'auuuummmmm'''' harimau!!.. mana tak meracau.. hahaha..
Persolannya siapa yang menceroboh kawasan siapa?? rasanya binatang2 ini pun cuba memprotes.. malangnya bahasa, nahu, lenggok percakapan mereka tidak difahami 'Kita'.. Apapun, semoga semuanya selamat menginap disitu..
Persolannya siapa yang menceroboh kawasan siapa?? rasanya binatang2 ini pun cuba memprotes.. malangnya bahasa, nahu, lenggok percakapan mereka tidak difahami 'Kita'.. Apapun, semoga semuanya selamat menginap disitu..
Ohhh.. ooo... The lion king is not happy when we entering his territory.. auummmmmm!!!!!!!!!!!!
What is this?? ohh this is elephant.. (hehe..dialog masa kecik2)
Asalnya kawasan Hulu Kelang itu adalah hutan belantara.. sekitar tahun 50-an memang hutan.. tiket masuk Zoo pada mula ditubuhkan adalah pada harga 50sen utk dewasa dan 20sen utk kanak-kanak.. fuhh cukup murah berbanding skrg 20 hinggit dewasa dan 6 hinggit utk kanak2.. Perbezaan pun sesuai mengikut harga semasa.. bnyk kos2 lain perlu diambil kira juga.. :)
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung kesini, silalah berkunjung lagi.. sekurang-kurangnya dengan sumbangan harga tiket anda dapat melanjutkan lagi usia haiwan-haiwan ini..
Go green and safe our earth!!
2 comments:
Salam, dah lama sungguh auntie tak ker situ, tambah2 lah anak semua dah besar2..
Seronok pula auntie dpt tengok gambar entrance tuh, mengimbau sejenak zaman kecik2 auntie dulu..
TQ..
:D
Memang sangat simbolik entrance Zoo ni..
Dan bila dapat flash back kenangan masa kecik2 disini, lg sesuatu yg menyeronokkan.. maklumlahh klu bdk2dulu mana ada fikir masalah sgt.. hehe
Post a Comment