Thursday, March 31, 2011

:: Hati berbelah bagi ::

Hati berbelah bagi?

Berkenaan apa? kenapa?..............


Perlu ker utk memiliki Blackberry Bold III (white version)...
Sebab rasanya dengan keadaan kerja sebegini, takut diri sendiri akan cuai tdk bertempat lagi...
Rasanya ia sangat penting untuk tugasan harian dan bila 'outstation'

Ohhh.. buntu!!

Lagi, sekiranya terikat dgn kontrak selama 24 bulan..
Boleh bertahan selama itu?
Dan sekiranya kejadian yg sama berlaku.. berputih mata untuk menghabiskan byrn bulanan sebnyk 148.00..

Ohhh.. buntu lagi...

Kesimpulannya, masih tdk percaya samada boleh menjaganya dgn baik atau tdk..
ATAU memiliki Samsung Galaxy Tab.. saiznya lebih besar tidak mungkin 'tercicir' lagi..


ATAU.. tunggu sahaja iPad II.. juga lbh besar dan 'latest edition'..
  
Hrrmmmmm????

Wednesday, March 30, 2011

:: Daging tauchu ::

Hari ini ter'rajin lagi.. :)
Tapi tidaklah sukar utk menyediakan menu kali ini..
Cuma bahan utama sahaja yg lain..
Selalunya dimasak dgn ikan..
Tapi nak cuba rasa jika dimasak dgn daging..
Resepinya seperti berikut ~


BAHAN-BAHAN :
400g daging
2 tangkai cili hidup merah
2 tangkai cili hidup hijau
1 labu bwg besar
1 1/2 sb tauchu TAMIN
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 cwn air/ air rebusan daging
Serbuk kunyit
Garam
Minyak

CARA-CARA :

Daging direbus, dihiris halus, digaul garam kunyit dan digoreng*hiris bawang merah, putih halia hingga naik bau*masuk pula cili merah dan hijau yg dipotong memanjang dan bawang besar yg dihiris*masuk tauchu kacau dan masuk daging*letak air tunggu sehingga masak.. siap untuk dihidang..

Tuesday, March 29, 2011

:: Gulai papaya bersama udang dan sotong ::

Sejak 2-3 hari mula beriadah, badan mula terasa ada stamina..
Bila stamina dah stabil mulalah pulak rajin yg terlebih-lebih..
Sampaikan balik dari keje, beriadah.. boleh balik dan memasak lagi.. :)
Kalau tidak sebelum ini.. memang tdk sabar2 nak merehatkan diri.. ZZzzzzz
Disebabkan kerajinan ini, maka terhasil lahh hidangan ini...


Semuanya digulai.. :D

BAHAN-BAHAN :

Papaya (tidak terlalu muda atau terlalu masak)
400g udang & sotong
500 santan/susu cair
7-8 bj bawang merah
#10-12 bj cili padi
#2 inci kunyit hidup
#3sb ketumbar biji
#1sk jintan manis
Sehelai daun kunyit
2 btg serai
Garam dan serbuk perasa

CARA-CARA :
Papaya dipotong kecil*Udang, sotong dipotong & dicuci bersih*Kisar bahan2 bertanda #*Masuk bahan kisar, serai dan daun kunyit didalam periuk dan tambah sedikit air*Masuk papaya/betik dan tunggu sehingga papaya separuh masak* Masuk pula udang & sotong*Masuk santan/susu cair (saya guna susu cair) dan tambah garam dan serbuk perasa.. siap untuk dihidang..



Saturday, March 26, 2011

:: Nilai RM10.00 ::

BARANG apakah yang dapat dibeli dengan nilai RM10.00 sekarang?

Hrrmmm... sekiranya berkunjung ke Farenheit, Pavillion dan sewaktu dgnnya tentu sekali hanyadapat memandang atau sekadar mencuci mata...
Mana tidaknya.. parking pun dah mencecah nilai ini..

Percaya atau tidak masih ada lagi harga barang yg bernilai seperti ini asalkan kita rajin mencari tempat-tempat tertentu..

Oh.. ya.. harus ingat, bukan semua/kelengkapan yang boleh dibeli dgn hg yg rendah..
Perlu dilihat faktor2 lain yg mungkin mempengaruhi kehidupan seharian..

Sekadar ingin berkongsi...
Barang2 contoh yg bernilai RM10.00 dan rasanya sgt berbaloi..

1. CROCS sandal.. RM10.00

Seriously worth it!! and exactly like the original one.. :D
-
-
-


2. Mop fiber serbaguna.. RM10.00

Ianya berfungsi seperti penyapu dan mop.. :)
Sangat mudah diperah dan dapat membersih dgn pantas.. (tertakluk kpd kepantasan masing-masing.. hehe)
-
-
-


 3. Last but not least.. Scarft hanger.. RM10.00

Masa nampak kat IKEA.. rasanya hg sgt tdk munasabah.. maklumlar kena ikut polisi IKEA.. huk huk ^_^
Bila ternampak ada jual di Pasar Bandar Tun Razak dan harganya sgt munasabah..
Apalagi teruslar grab..

I'm so happy with all the stuffs.. :)

:: Jangan separuh jalan ::

Semangat pagi di hari minggu..

Seawal 7.00 pagi sudah berjogging di Taman Tasik Permaisuri..
Begitu ramai pengunjung untuk memulakan aktiviti riadah mereka..

Tapi yg lebih ramai adalah bangsa tionghua... mana pula org2 kita?? masih beradu kott.. ^_^
Atau kawasan Cheras ini begitu ramai golongan berbangsa tsbt..
Secara logiknya, tasik ini berhampiran dengan Bandar Tun Razak yang bnyk berbangsa kita..
Mungkin juga mereka beriadah di tempat lain.. hrmmmm..

Seperkara lagi rasanya dah lama sangat jantung ni tak mengepam darah sepantas ini..
Bila sesekali beriadah, badanpun terasa segar..
Rasanya bila dapat melepasi 2 pusingan tasik permaisuri sudah satu kejayaan besar..
Mana tidaknya.. selalunya kalau satu pusingan jerr dah 'pancit'....
Bukan itu sahaja, petangnya pula disambung dgn aktiviti renang dikawasan rumah.. :)

Cita2pun dipasang lagi.. mulai hari ini, setiap petang perlu meluangkan masa untuk aktiviti beriadah..
Tak kiralar apa jenis riadah sekalipun
Doakan ia menjadi realiti ya.. sebab kerapkali ianya menjadi angan2... :(
















Oh..ya.. selepas aktiviti riadah pagi tu ada terlintas untuk menyinggah di Pasar Bdr Tun Razak..
Pelbagai jenis lauk pauk dijual seumpama pasar yg benar2 di kawasan kampung..
Rasa kagum pula dgn peniaga2 disini..
Makananpun pelbagai jenis ada dijual.. tapi disebabkan baru jer byr hutang (riadah).. tak bolehlah menambah hutang lagi.. :)

Sekiranya sesekali ingin mencari sayur dan ulaman kampung.. memang boleh cari disini..
















Kononnya 'pegaga' ni bnyk khasiatnya..
So, ini jerlarr hasil yg dibeli dipasar tsbt selain scarft hanger.. :D



:: Micro sculpting cream ::

Sebelum ini, bila melihat harganya RM85.00 di Pasaraya A.. memang tiada niat langsung untuk memilikinya walaupun mengetahui keberkesanannya..



Tetapi minggu lepas ke sebuah farmasi.. harganya slps diskaun RM75.00..
Woowww!! murahh..
Ialah hg sebenar RM96.00..
Bukan kurang pada 85.00.. malah 75.00..
huhhh... mulalahhh nafsu perempuan menguasai diri..
'rugi kalau tak beli sementara ada promotion nihh'...
hrmmmm?????

OK!!
Semasa byr dapat lg baucer RM5.00.. lagi murahhh...
Alhamdulillah.. rezki2!! :)

************

Regenerist Micro-sculting Cream berfungsi untuk menghilangkan kedutan, kesan kejatuhan pada muka akibat lemak dan menegangkan kulit muka selain mengekalkan lebapan kulit..

Ianya sesuai diguna pada waktu malam kerana sel2 gantian kulit terhasil pada waktu tidur malam hari..

Ok, apapun sebelum ini aku mengguna Clinique skincare...
Since dah ada product OLAY yg setandingnya...
Tak perlu lagi pening kepala untuk maintenance diri sendiri.. :)

:: Marinade sauce ::

Rasanya dah bosan dengan sos marinade sendiri, jadinya masa ke JJ, Mid Valley cuba2 'skodeng' untuk nak dpt different taste for toasted chicken or seafood..
-
-
-
-
-
-
Hrmmm.. macam menarik 'Masterfoods Marinade Sauce' nii..
-
-
-
Gabungan 'mustard, honey, garlic & herbs' memang rasanya amat unik..
-
-
-
Oh.. ya.. bukan sahaja untuk barbeque.. bahan perapan boleh juga digoreng..
Tapi api perlu sederhana kerana sos ini mempunyai madu ~
-
-
-
Harganya RM11.00 utk sebotol..
-
-
-
Hasilnya, sangat memuaskan.. Selamat Mencuba!!

Saturday, March 19, 2011

:: Kebahagiaan hakiki ::

Perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.


Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.

:: The best skin care? hrrmm ::

Semasa berkunjung ke salah sebuah pusat membeli-belah pada minggu lepas untuk membeli pelembab muka OLAY white radiance.. ada pula seorang hamba Allah yg sedang rancak bercerita dgn sales girl disitu telah menyatakan produk-produk berikut adalah antara yg terbaik dari jenama OLAY..

Curiga ~ tentunya ada!!

Ohhh.. rupanya beliau dulu juga pernah bertugas di situ dan skrg pun masih menjadi promoter OLAY di Jaya Jusco...ok!! nampaknya bole percaya kottt...


OLAY white radiance - serum

Katanya, intensive brightning serum ini adalah menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.. berasaskan air dan mempunyai bid vitamin C.. selain menghilangkan kesan dan parut ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit..


OLAY - Total effects, 7 in 1 anti ageing eye cream ~

Yang ini pula eye cream yang menjadi pilihan bagi mereka yg mempunyai masalah lingkaran hitam mata.. krim ini juga menjadi pilihan bagi pelanggan dari China dan para pelancong yg dtg ke Malaysia.. alasan, di Malaysia produk OLAY dijual jauh lebih murah berbanding negara mereka..

Harganya sangat berbaloi berbanding counter brand skin care yang lain.. aku pernah mencuba jenama 'clinique' utk moisturizer.. tp ada iritation dan mungkin tdk berapaa sesuai dgn kulitku..

Nampaknya jenama OLAY juga yg sesuai.. dan memang sudah digunakan sejak zaman sekolah lagi.. :)

Dann akhirnya terpaksa akur untuk memiliki kedua-dua produk ini..  (huhh.. terpedaya juga aku)



:: Taufu fa pandan ::

Versi taufu fa lagi ~

Kali ini perasa pandan..

RM3.00

Nampak menyelerakan bagi para penggemarnya..

Perasa ini sangat 'familiar' dan memang dah nak habis berbanding perasa lain..

Kiosk taufu fa ini juga dah nampak maju bila dahulunya hanya satu perasa lain dan satu perasa biasa sahaja.. disebabkan permintaan yg meningkat.. skrg terdapat 2 perasa lain dan satu perasa biasa.. kali ini perasa coklat dan pandan...hrmm tentunya pandan bersama gula merah menjadi pilihan :)

Friday, March 18, 2011

:: Daging berempah dengan belimbing buluh ::

Resipi ini terhasil gara-gara belimbing buluh Alya Iswani yg tumbuh merimbun dipokok halaman rumahnya.. Siap advertise di FB lagikk.. :) anyway.. thanks Cik Alya!!

Memandangkan daging ada lagi dlm fridge.. so, bermulalah 'kitchen project'..
Misi : Tidak menggunakan santan dan atau terlalu bnyk minyak..
Ok.. jgn gelak ya!! masak pun kena ada misi..
It is for our healthy life.. :D


Ok, bahan-bahannya adalah : 

1 kilo daging (yg lembut/batang pinang)
15-20 bj belimbing buluh
5 btg serai (diketuk)
*7 ulas bwg merah
*4 ulas bwg putih 
*2 inci halia
*1 inci kunyit basah
*10-15 bj cili padi
**4 sb ketumbar
**1sk jintan manis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit minyak 
Garam
Gula
Air
(Semua bahan ** dicuci dan disangai/goreng kering)
(Semua bahan * dan ** dikisar halus dengan pengisar basah)

Cara-caranya :

Daging dicuci dan ditoskan*campur daging dan bahan kisar didalam sebuah kuali*letak kulit kayu manis, bunga lawang dan serai yg diketuk*tunggu sampai daging empuk*bila daging sudah lembut, letak sedikit minyak dan belimbing buluh*letak garam dan gula mengikut citarasaa masing-masing*kacau sehingga masak.. dan boleh dihidang bersama nasi atau roti... :D

Note :
Kalau nak tambah santan dan kentang pun bole*kalau nak berkuah, lebihkan air.. :)

:: Begitukah cara dan hasilnya? ::

Perancangan untuk mengadakan konvesyen telah diadakan sebulan sebelum..

Diadakan pada 17-18 Mar yang lepas..  

Mulanya lawatan tapak sebanyak 2 kali, kami sudah mula merasakan ada sesuatu yg tidak kena bila dah nak menukar tarikh hanya dengan menyelak buku tebal bersaiz A3.. dan itenerary yg ada di lobby pun secara manual.. bukan melalui plasma screen or panel yg terkini..

Hati masih tidak mahu untuk 'memburuk sangka'..
Tempat ini menjadi pilihan kerana hanya tarikh ini yg dpt disesuaikan dgn masa Ma'am besar.. :)

Seperti apa yg dijangka..
Bila staffku meminta butiran lanjut berkenaan konvensyen seperti menu, quotation..
A : Encik, boleh kami dptkan senarai menu sepanjang konvensyen..
Si Dia : alarrr u all nak menu kerr?? kita bg  makan apa u all makan larr.. apa susah.. lagipun kat sini makan mmg tiada problem..
Ohh.. begitu pulak..
Bnyk lagi insiden yg berlaku sampaikan rasanya dah nak tukar tempat walaupun last minute..
Tapi apakan daya, semua venue lain tiada yg available..

Belum lagi audio system yg kerap kali mempunyai masalah..
Just imagine, setiap notebook perlukan setting yg berlainan..
Kami ada 8 presenter.. so, kena 8 kali tukarr setting... uwaaaaa
Mujurlah my colleague, Asmaa pantas membantu mengalahkan road runner.. hehe

Apapun terima kasih kepada team disebuah Kelab ehem2... :) 
Kalian telah memberikan pengalaman yg sg beharga kpd kami disamping harga yg sgt munasabah..
Terfikir sejenak.. itulah nilai layanan mereka terhadap kami.. Kalau ditempat lain tentu hg lbh tinggi dan setinggi layanan yg diberikan..
Tidak mungkin untuk kami menerima tekanan sebegini lagi..
Ohhhh.. Dunia... Dunia....


Seriously dah mcm haunted hall..  

Ni dari jauh.. klu dekat sgt sedih tgk curtain tu okeyyy..

Tempat cantik.. tp syg tak maintain..


Bilik solat cantik.. toilet hancus!!
Macam mana agaknya mereka bole menjaga hati members kat sini..

Hari kedua konvensyen ada surprise show from "Bunkface"..
So, adalah sedikit keceriaan dgn "thru my window" and "xtravaganza" songs..
Performance 2nd day morning.. mmg sgt sesuai dgn imej diorg yg mmg ala2 bgn pagi.. muhehehehe..
Jgn mara ya "Sam" and da gang... huhu

'Bunkface'

:: Cabaran hari ini, kekuatan hari esok ::

Selama 2 minggu ini, begitu banyak kejutan atau perkara2 penting dan adakala membuatkan tahap kesabaran ini tercabar berlaku.. what a hectic week and missed the weekend ~

Isnin (14/3) - Pada minggu sblmnya (Khamis), kami diberitahu sebuah Majlis Menandatangani Perjanjian bersama menteri akan diadakan pada hari Isnin yg berikutnya.. Jika diikutkan cuma ada masa 1 1/2 hari bekerja sahaja untuk melaksanakan tugasan penting ini.. rintangan usah dikata, bagai puting beliung, tsunami dan pelbagai lg dugaan yg melanda.. Tapi Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan kerjasama dari organizer semuanya berjalan lancar..  

Selasa (15/3) - Makan malam majlis anugerah sukan malaysia yang diadakan di Mandarin Oriental, KL.. disebabkan Pengerusi hadir, maka mereka yg sewaktunya dengannya juga perlu berada di sana.. Tugasan mengejut lagi!! (inilah akibatnya bila BBku tiada).. Perlu bergegas pulang untuk mengenakan 'attire' yg bersesuaian.. lewat sedikit sampai ke tempat acara tapi masih boleh 'cover' muka lambat nihh.. huahahah

Rabu (16/3) - Setelah pulang lewat malam smlm, hari yg strusnya memang sangat memenatkan.. acara Productivity Day with Microsoft juga sememangnya punya tragedi sendiri dan sesungguhnya ia amat sukar dikahabarkan di sini sebab ia melibatkan pengurusan atasan.. dan yang pasti bukan salah pihak kami.. dan juga bukan salah pihak lain.. dan siapa yang salah masih menjadi tanda tanya..?? Apa yg pasti jgn terlalu memikirkan salah siapa dan teruskan usaha untuk menggapai misi.. 

Khamis & Jumaat (17&18/3) - Sekali lagi dugaan datang melanda.. Aku telah menghadiri Convention di Shah Alam.. dari mula berurusan dengan warga di sini untuk segala persiapan sampai hendak mengendalikan 'seseorang' yang bagiku sgt sukar difahami.. entah mana silapnya, hanya kesabaran yg menebal membuatkan aku masih berada di sini...

Pendek kata, pada minggu ini pelbagai dugaan telah kuhadapi dan Alhamdulillah, semuanya ditempuhi dengan tenang.. semoga ianya menjadi kekuatan untuk hari esok.. :D.. Insya Allah.. 

Sunday, March 13, 2011

:: Sup Ayam Bersara :) ::

Menu kali ini adalah menu yang dipelajari dari arwah ibuku.. apa yg dipelajari, rempah yang digunakan perlu mencukupi kerana ayam yang dah bersara ni akan terasa hanyir jika tidak dimasak dengan betul.. seperkara lagi mengikut petua makcik2 ku.. ayam perlu dipanggang lama agar lemak yang ada pada ayam td cair dan hanyir pun tidak akan ada bila menjadi lauk.. sama juga kalau memasak itik.. klu itikpula hanya yg dimasak makcikku sahaja yg dijamah.. :)


Bahan-bahan :

1 ekor ayam bersara (boleh dapat RM7.00)
*3 sb ketumbar
*1/2 sb jintan manis
*5 bj buah pelaga
*2 kuntum bunga lawang
*1 inci kulit kayu manis
*2 inci halia
(semua * dikisar halus)
Minyak masak
Air secukupnya
1 bungkus sup bunjut ADABI
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
daun sup secukupnya
(boleh tambah kentang dan sayur2 lain)

Cara-cara :

Bersihkan ayam*panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi*masuk air dan sup bunjut*masuk ayam dan tambah air dari masa ke semasa sehingga ayam benar2 lembut*masuk kentang*masuk sayur (jika perlu)

*****
Panaskan kuali dan minyak dan goreng bawang sehingga kekuningan*curahkan kedalam sup bawang dan minyak bawang*taburkan dengan bawang goreng dan daun sup*siap untuk dihidang

Masa menunggu ayam lembut agak lama dan perlu sabar yang sesabar-sabarnya.. hehe.. Njoy!!

:: Animal Zone Tour ::

Kerapkali berkunjung ke Menara Kuala Lumpur tetapi tidak berkesempatan untuk melawat2 tempat menarik dikawasan sekitarnya.. kali ini juga pergi kesana untuk tugasan dan tergerak hati ingin mencuci mata di sudut-sudut menarik yang terdapat di situ..

Kesinambungan melawat Zoo Negara pada minggu lepas.. kali melawat KL Tower Animal Zone..

Ditemani Kak Eliey dan Nana (her niece).. Animal Zone ini dipenuhi kehidupan reptilia.. terutama spesis ular yang pelbagai.. bagi sesiapa yg 'anti snake' you're not advisable to visit this place.. :)

KL Tower Animal Zone

Kunjungan anda akan disambut oleh 'GOLDIE'.. and he will say 'hello..hello'

Si Nana ni memang sgt berani.. cayalarr dik!! semuanya dia nk pegang.. sampai si Iguana dan monyet ganas yg kat situ pun dia nak pegang.. huhh


Spesis albino ~ Monyet dan ular sawa albino 

Si penakut jugak!! ~ bila dah tak pegang pun.. rasa mcm menjalar satu kepala.. eeeee....

Oh ya.. ada juga Pony Ride.. so, faham-fahamlah kalau yg terlebih berat adalah dilarang :)
Pony ni pusing-pusing sekitar kawasan itu sebanyak 2 pusingan..

Arggghhh.. tiba2 bau tidak berapa menyenangkan menyinggah kehidung ini.. rupa2nya masa Nana menunggang, pony pula telah melepaskan hajat.. mana tidaknya berat Nana pun dah bertambah selepas menjamah Black paper chicken rice.. :D

Nana with her pony

My Lunch - Jurassic Chicken  with apple juice


Tuesday, March 8, 2011

:: Face cleansing wipes ::

Solekan nipis atau tebal yang dikenakan pada wajah selalunya tiada masalah janji kena pada masa, tempat dan keadaannya.. Tidak salah juga para wanita  diluar sana untuk nampak lebih menarik kerana itu salah satu nafsu yg ada pada perempuan..

Hrrmmm.. ada juga alasan kawan2 yang tidak mahu mengenakan solekan disebabkan nanti sukar untuk ditanggalkan.. ohh itu macam kaa??

Baiklah bagi sesiapa yang malas nak bersolek dan rasa sukar untuk menanggalkan solekan.. anda jangan risau lagi kerana ada produk dipasaran yg mudah dan sangat berkesan digunakan..

Setelah beberapa kali mencuba pelbagai jenama di pasaran, jenama ini dirasakan sangat mudah dan berkesan berbanding 'facial wipes' jenama lain..  

Mengandungi vitamins & lotus extract serta mudah digunakan pada bila-bila masa :)

Dengan menggunakan facial wipes, anda boleh melupakan losyen pencuci muka dan pembersih mata dan bibir.. Mengapa? kerana pembersihan muka pada bahagian mata selalunya akan mengalami kesukaran untuk dibersihkan.. tetapi dgn menggunakan 'facial wipes' ini, sudah tentuya tiada masalah lagi.. malah tiada langsung kesan mascara atau eye liner setelah muka dicuci.. dan ianya mudah dibawa kemana2..

Ohhh... ya, waterproof mascara pun tiada masalah untuk dibersihkan..:)


Tidak perlu untuk menggunakan kedua-dua pembersih ini lagi... :D

Ianya boleh didapati di Watson, Guardian dan beberapa pasaraya terkemuka dengan harga sekitar RM14.05 (after discount) - RM16.00 for 25 wipes

Selamat melaramm.. :)

Monday, March 7, 2011

:: Its hard to say good bye to my Blackberry 9700 ::

Setelah genap setahun ia bersamaku, pada Ahad yang lepas (6 Mac), ia pergi jua membawa diri yang lara.. sob.. sobb

Semuanya gara-gara kecuaian diri sendiri.. 

Bila dihubungi talianku hanya menjawab "no. yang anda dail berada diluar kawasan"'.. ohh.. longlai sekejap di buatnya..

Itu baru hilang harta dunia yang tidak seberapa.. bagaimana pula mereka yg kehilangan nyawa atau org2 tersyg??.. Sesungguhnya keredhaan itu hanya ada pada org2 beriman.. (kena muhasabah diri sendiri..) 

Message dari En. K lg buat aku tergamam.. "Let it go yerr... Mau ikhlas, baru jd amal jariah.. Keuntungan mengatasi kerugian... Wallahuallam.. Dunia sekadar pinjaman, owner sebenar ada diatas" 

Oucchhhhh!!! tersentak sebentar.. benarlah bagai yg dikata.. ~ redha ~


Hanya tinggal kenangan dan jasamu akan sentiasa dikenang ~

Untuk mengubati hati yg lara..  Nokia C3 menjadi peneman setia tatkala ini..

Harap-harap tidaklahh dia membawa diri spt BB..

TIPS : Sekiranya BB anda hilang/dicuri, berikut adalah cara untuk menyekat pengguna seterusnya daripada menggunakan 'mobile broadband' dan 'BB service' (ianya hanya untuk pemilik BB yang membeli terus dari service provider company i.e. Celcom, Digi, Maxis)

i. Call customer service talian telefon mudah alih anda untuk menyekat talian (sekiranya sim card anda mempunyai password lagi bagus dan tdk perlu risau) dan lapor kehilangan BB

ii. Penting!! sila berikan no. invoice yang diterima semasa transaksi jual beli device kepada service provider.. (mereka akan menyemak didalam sistem utk bukti pembelian dan report kehilangan akan dibuat melalui serial no. dan pin khas)

iii. Bhg. yang menerima laporan akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan (anda perlu follow-up sekiranya panggilan tidak diterima lebih dari tempoh 24 jam)

iv. Report akan dikeluarkan dan telefon/device akan disenarai hitam dari permohonan 'mobile braoadband' dan 'BB service' (report akan dikemaskini utk semua service provider)

v. So, itu sahaja cara bg mereka yg kurang jujur bila terjumpa BB anda yang hilang.. huhu 

Sekian, terima kasih.. :)

Saturday, March 5, 2011

:: Pencerobohan dari siapa? ::

5 Mac 2011 ~ Hari ini dalam sejarah.. :D

Tiba-tiba teringat kenangan semasa kecil melawat Zoo Negara.. sudah tentu semua ada pengalaman ini memandangkan Zoo Negara secara tidak rasminya wujud pada tahun 1958 dan secara rasminya pada tahun 1963...pengasasnya Tan Sri V.M. Hutson dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman pada 1963. Lawatan kali ini sebab ada tugasan dan tetiba terasa sgt teruja.. :D

Pengasas Zoo Negara yang hanya sempat hidup selama 80 tahun sahaja
Pemandangan dipintu masuk pada suatu masa dahulu sehingga pada hari ini.. (mungkin adalah diorg renovate mana yg patut :p)

Tramp yang membawa kami berpusing-pusing to say 'Hi' to penghuni Zoo.. :)

Bila berada dipintu masuk sahaja dah nampak 'classic view' nya.. rasanya senibina asal masih terpelihara.. dan tetiba teringat aku bersama keluarga & sedara-mara dari Melaka dan Sarawak pernah berkunjung ke sini sekitar 80-an.. sangat mengimbau kenangan..

Sehingga ke hari ini Zoo Negara masih wujud lagi untuk para pegunjung yang yang cintakan hidupan alam... Hari ini juga, terpahat lagi sejarah apabila Majlis menandatangani perjanjian utk TM Earth Camp 2011 dan Pelancaran Kelab Pencinta Alam diadakan..
Para tetamu kehormat melangkah masuk ke Zoo Negara.. yeayyy!!

Simboliknya untuk acara ini adalah Si Tapir.. VIP melepaskan tapir yang 'buat-buat comel'.. (memang comelpunn).. setelah TM bersetuju untuk menaja spesis ini dlm tempoh tertentu.. kalau nak tahu, tembok kandang tapir ini yg memisahkan antara kandang dan antara rumah teres di Hulu Kelang.. wahhh hebat bukan?? dan macam safari world.. belum lg harimau, rusa, gajah, zirafah.. yg dikelilingi manusia yang tidak berapa nak sedar.. kenapa?


Bosses yang memberi mkn tapir-tapir kami ~

Suatu masa dahulu mereka pernah memprotes untuk pindahkan Zoo ini kerana berbau, bising dan tidak berapa sesuai berada berdekatan kawasan rumah mereka.. Kesian mereka!! seumpama ditipu pihak pemaju atau mereka sendiri membeli kediaman tanpa meneliti kawasan sekeliling.. alih2 duduk umah ada bunyi 'auuuummmmm'''' harimau!!.. mana tak meracau.. hahaha..

Persolannya siapa yang menceroboh kawasan siapa?? rasanya binatang2 ini pun cuba memprotes.. malangnya bahasa, nahu, lenggok percakapan mereka tidak difahami 'Kita'.. Apapun, semoga semuanya selamat menginap disitu..

Ohhh.. ooo... The lion king is not happy when we entering his territory.. auummmmmm!!!!!!!!!!!!


What is this?? ohh this is elephant.. (hehe..dialog masa kecik2)

Asalnya kawasan Hulu Kelang itu adalah hutan belantara.. sekitar tahun 50-an memang hutan.. tiket masuk Zoo pada mula ditubuhkan adalah pada harga 50sen utk dewasa dan 20sen utk kanak-kanak.. fuhh cukup murah berbanding skrg 20 hinggit dewasa dan 6 hinggit utk kanak2.. Perbezaan pun sesuai mengikut harga semasa.. bnyk kos2 lain perlu diambil kira juga.. :)

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung kesini, silalah berkunjung lagi.. sekurang-kurangnya dengan sumbangan harga tiket anda dapat melanjutkan lagi usia haiwan-haiwan ini..


Go green and safe our earth!!




:: Taufu fa keladi (yam) ::

Kali ini dapat rasa taufu fa keladi pula.. tdk terasa sgt perasa keladi berbanding perasa jagung dan coklat.. disebabkan dah suka taufu fa.. kira sedaplaar jugaa.. :D


 
Harga sama ~ RM3.00 untuk sebungkus besar


Teksturnya memang sgt halus... gulp..gulp terus telan.. :)



Wednesday, March 2, 2011

:: Air tangan mahal mereka ::

Sesekali berkumpul bersama sanak-saudara memang agak menyeronokkan... Perancangan ke Melaka telah di buat 3 minggu sebelum itu diantara kami adik-beradik. Kali ni menginap dirumah makcik memandangkan kami balik pun sekejap sahaja.. dan seperti biasa rumah utama ini sentiasa murah dengan rezeki.. ~ :)

 Tol simpang empat

 Asam pedas daging by 'makmok'

 Daging & urat goreng cili padi by 'makmok'

 Bubur kacang durian by angah (dia nih mmg expert menyediakan menu ini)

Kuih serimuka berempah..memang terbaekk!! by 'makmok'

Bubur asyura by busu.. mmg best!! letak apa entah boleh habis satu periuk besar.. huh!!

Sate ayam, daging dan perut.. dibakar sendiri sehingga ada yg hangus.. hahaha

Birthday cakes (ini jer by secret recipe)


Sementara kaum ibu sibuk didapurr.. si kecik pun sibuk nak memasak jugakkk.. hehe

Nur Iman

 Nak jadik model pun ada.. sibuknya nak make-up.. pantang lepas mandi nak make-up.. and siap tanya 'mana beg make-up acik' huhh.. kecik2 dah pandai..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...