Saturday, March 26, 2011

:: Jangan separuh jalan ::

Semangat pagi di hari minggu..

Seawal 7.00 pagi sudah berjogging di Taman Tasik Permaisuri..
Begitu ramai pengunjung untuk memulakan aktiviti riadah mereka..

Tapi yg lebih ramai adalah bangsa tionghua... mana pula org2 kita?? masih beradu kott.. ^_^
Atau kawasan Cheras ini begitu ramai golongan berbangsa tsbt..
Secara logiknya, tasik ini berhampiran dengan Bandar Tun Razak yang bnyk berbangsa kita..
Mungkin juga mereka beriadah di tempat lain.. hrmmmm..

Seperkara lagi rasanya dah lama sangat jantung ni tak mengepam darah sepantas ini..
Bila sesekali beriadah, badanpun terasa segar..
Rasanya bila dapat melepasi 2 pusingan tasik permaisuri sudah satu kejayaan besar..
Mana tidaknya.. selalunya kalau satu pusingan jerr dah 'pancit'....
Bukan itu sahaja, petangnya pula disambung dgn aktiviti renang dikawasan rumah.. :)

Cita2pun dipasang lagi.. mulai hari ini, setiap petang perlu meluangkan masa untuk aktiviti beriadah..
Tak kiralar apa jenis riadah sekalipun
Doakan ia menjadi realiti ya.. sebab kerapkali ianya menjadi angan2... :(
















Oh..ya.. selepas aktiviti riadah pagi tu ada terlintas untuk menyinggah di Pasar Bdr Tun Razak..
Pelbagai jenis lauk pauk dijual seumpama pasar yg benar2 di kawasan kampung..
Rasa kagum pula dgn peniaga2 disini..
Makananpun pelbagai jenis ada dijual.. tapi disebabkan baru jer byr hutang (riadah).. tak bolehlah menambah hutang lagi.. :)

Sekiranya sesekali ingin mencari sayur dan ulaman kampung.. memang boleh cari disini..
















Kononnya 'pegaga' ni bnyk khasiatnya..
So, ini jerlarr hasil yg dibeli dipasar tsbt selain scarft hanger.. :D



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...