Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, September 24, 2012

:: Sekadar Berkongsi ::

Sekadar berkongsi ilmu dari kelas yang dihadiri tempoh hari untuk rakan-rakan blogger diluar sana..
Seorang ustaz telah memberitahu sekiranya kita hambaNYA ingin rasa selamat, rasa dilindungi dari ketua yang bengis, musuh dan mahukan sesuatu berada dalam keadaan baik.. tidak kira pada kenderaan, pakaian dan sebagainya.. bacalah ayat ini.. Semua yang berada di muka bumi ini adalah milikNYA dan suatu hari nanti akan kembali denganNYA....

Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada orang atau air untuk di minum.


"Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali." 

Selamat beramal.....

Friday, April 22, 2011

:: Salon products @ Despotic shop ::

Lanjutan dari N3 sebelum ini.. pemandangan yg aku rasa sangat seronok tatkala sudah besar panjang ini adalah disini.. :) ohhh.. ini salah satu sahaja.. ada bnyk lagi kedai yg menarik.. ermm.. BAHAYA nihh.. :p

Ok, jom ikut i ronda-ronda tgk apa yg ada dlm kedai ni.. :)

Nails accessories..

Salon equipments..

Among the products..

Dibhg ini kelengkapan untuk mengeriting,
 mewarna rambut, towels and so on..

Bain de tare hair product..

also, among the products..

Brushes..
Sekiranya anda berkenderaan adalah sgt tidak dicadangkan ke HQ Despotic.. parking adalah suatu masalah besar.. jadi adalah lebih baik jika anda ke Sg. Wang Plaza untuk membelinya. tambahan pula disana terdapat bnyk kedai sebegini yg boleh anda buat perbandingan harga.. harga disini dan di Sg. Wang adalah lebih kurang sahaja... lain pula cerita kalau anda nak buka salon or spa centre..  bolehlar anda kesini, memang rambang mata jadinya sbb terdapat bnyk sangat pilihan.. ok, untuk kesini alamat adalah spt berikut:-

Despotic salon signature
No63B-2 Jalan Sultan, 50000 KL

Enjoyyy!! :)

Thursday, April 7, 2011

:: Sumber makanan tambahan ::

Semasa bercuti ke Perth yg lepas, aku sempat membeli fish oil omega 3 dan multi-vitamin yang harganya jauh lebih murah berbanding disini.. semasa disana, terlalu banyak tawaran hebat berkenaan produk kesihatan sehinggakan tidak tahu mana yg terbaik..

Ok, inginku kongsikan bersama apakah supplement yg menjadi teman harianku..


  1. Evening primrose oil..
  2. Multi vitamin
  3. Calcium plus
  4. Fish oil omega 3
Ada yg menyatakan ianya tidak diperlukan dan boleh diperolehi dari makanan harian... tp sebenar-benarnya kalau nak memperolehi kesemua vitamin dr makanan yg diambil memang ianya adalah sesuatu yg mustahil..
Kesimpulannya supplement juga penting sebagai pelengkap kesihatan selain mempunyai tidur yg mencukupi.. :)

Saturday, March 26, 2011

:: Micro sculpting cream ::

Sebelum ini, bila melihat harganya RM85.00 di Pasaraya A.. memang tiada niat langsung untuk memilikinya walaupun mengetahui keberkesanannya..



Tetapi minggu lepas ke sebuah farmasi.. harganya slps diskaun RM75.00..
Woowww!! murahh..
Ialah hg sebenar RM96.00..
Bukan kurang pada 85.00.. malah 75.00..
huhhh... mulalahhh nafsu perempuan menguasai diri..
'rugi kalau tak beli sementara ada promotion nihh'...
hrmmmm?????

OK!!
Semasa byr dapat lg baucer RM5.00.. lagi murahhh...
Alhamdulillah.. rezki2!! :)

************

Regenerist Micro-sculting Cream berfungsi untuk menghilangkan kedutan, kesan kejatuhan pada muka akibat lemak dan menegangkan kulit muka selain mengekalkan lebapan kulit..

Ianya sesuai diguna pada waktu malam kerana sel2 gantian kulit terhasil pada waktu tidur malam hari..

Ok, apapun sebelum ini aku mengguna Clinique skincare...
Since dah ada product OLAY yg setandingnya...
Tak perlu lagi pening kepala untuk maintenance diri sendiri.. :)

:: Marinade sauce ::

Rasanya dah bosan dengan sos marinade sendiri, jadinya masa ke JJ, Mid Valley cuba2 'skodeng' untuk nak dpt different taste for toasted chicken or seafood..
-
-
-
-
-
-
Hrmmm.. macam menarik 'Masterfoods Marinade Sauce' nii..
-
-
-
Gabungan 'mustard, honey, garlic & herbs' memang rasanya amat unik..
-
-
-
Oh.. ya.. bukan sahaja untuk barbeque.. bahan perapan boleh juga digoreng..
Tapi api perlu sederhana kerana sos ini mempunyai madu ~
-
-
-
Harganya RM11.00 utk sebotol..
-
-
-
Hasilnya, sangat memuaskan.. Selamat Mencuba!!

Saturday, March 19, 2011

:: Kebahagiaan hakiki ::

Perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.


Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.

:: The best skin care? hrrmm ::

Semasa berkunjung ke salah sebuah pusat membeli-belah pada minggu lepas untuk membeli pelembab muka OLAY white radiance.. ada pula seorang hamba Allah yg sedang rancak bercerita dgn sales girl disitu telah menyatakan produk-produk berikut adalah antara yg terbaik dari jenama OLAY..

Curiga ~ tentunya ada!!

Ohhh.. rupanya beliau dulu juga pernah bertugas di situ dan skrg pun masih menjadi promoter OLAY di Jaya Jusco...ok!! nampaknya bole percaya kottt...


OLAY white radiance - serum

Katanya, intensive brightning serum ini adalah menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.. berasaskan air dan mempunyai bid vitamin C.. selain menghilangkan kesan dan parut ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit..


OLAY - Total effects, 7 in 1 anti ageing eye cream ~

Yang ini pula eye cream yang menjadi pilihan bagi mereka yg mempunyai masalah lingkaran hitam mata.. krim ini juga menjadi pilihan bagi pelanggan dari China dan para pelancong yg dtg ke Malaysia.. alasan, di Malaysia produk OLAY dijual jauh lebih murah berbanding negara mereka..

Harganya sangat berbaloi berbanding counter brand skin care yang lain.. aku pernah mencuba jenama 'clinique' utk moisturizer.. tp ada iritation dan mungkin tdk berapaa sesuai dgn kulitku..

Nampaknya jenama OLAY juga yg sesuai.. dan memang sudah digunakan sejak zaman sekolah lagi.. :)

Dann akhirnya terpaksa akur untuk memiliki kedua-dua produk ini..  (huhh.. terpedaya juga aku)



Sunday, March 13, 2011

:: Animal Zone Tour ::

Kerapkali berkunjung ke Menara Kuala Lumpur tetapi tidak berkesempatan untuk melawat2 tempat menarik dikawasan sekitarnya.. kali ini juga pergi kesana untuk tugasan dan tergerak hati ingin mencuci mata di sudut-sudut menarik yang terdapat di situ..

Kesinambungan melawat Zoo Negara pada minggu lepas.. kali melawat KL Tower Animal Zone..

Ditemani Kak Eliey dan Nana (her niece).. Animal Zone ini dipenuhi kehidupan reptilia.. terutama spesis ular yang pelbagai.. bagi sesiapa yg 'anti snake' you're not advisable to visit this place.. :)

KL Tower Animal Zone

Kunjungan anda akan disambut oleh 'GOLDIE'.. and he will say 'hello..hello'

Si Nana ni memang sgt berani.. cayalarr dik!! semuanya dia nk pegang.. sampai si Iguana dan monyet ganas yg kat situ pun dia nak pegang.. huhh


Spesis albino ~ Monyet dan ular sawa albino 

Si penakut jugak!! ~ bila dah tak pegang pun.. rasa mcm menjalar satu kepala.. eeeee....

Oh ya.. ada juga Pony Ride.. so, faham-fahamlah kalau yg terlebih berat adalah dilarang :)
Pony ni pusing-pusing sekitar kawasan itu sebanyak 2 pusingan..

Arggghhh.. tiba2 bau tidak berapa menyenangkan menyinggah kehidung ini.. rupa2nya masa Nana menunggang, pony pula telah melepaskan hajat.. mana tidaknya berat Nana pun dah bertambah selepas menjamah Black paper chicken rice.. :D

Nana with her pony

My Lunch - Jurassic Chicken  with apple juice


Tuesday, March 8, 2011

:: Face cleansing wipes ::

Solekan nipis atau tebal yang dikenakan pada wajah selalunya tiada masalah janji kena pada masa, tempat dan keadaannya.. Tidak salah juga para wanita  diluar sana untuk nampak lebih menarik kerana itu salah satu nafsu yg ada pada perempuan..

Hrrmmm.. ada juga alasan kawan2 yang tidak mahu mengenakan solekan disebabkan nanti sukar untuk ditanggalkan.. ohh itu macam kaa??

Baiklah bagi sesiapa yang malas nak bersolek dan rasa sukar untuk menanggalkan solekan.. anda jangan risau lagi kerana ada produk dipasaran yg mudah dan sangat berkesan digunakan..

Setelah beberapa kali mencuba pelbagai jenama di pasaran, jenama ini dirasakan sangat mudah dan berkesan berbanding 'facial wipes' jenama lain..  

Mengandungi vitamins & lotus extract serta mudah digunakan pada bila-bila masa :)

Dengan menggunakan facial wipes, anda boleh melupakan losyen pencuci muka dan pembersih mata dan bibir.. Mengapa? kerana pembersihan muka pada bahagian mata selalunya akan mengalami kesukaran untuk dibersihkan.. tetapi dgn menggunakan 'facial wipes' ini, sudah tentuya tiada masalah lagi.. malah tiada langsung kesan mascara atau eye liner setelah muka dicuci.. dan ianya mudah dibawa kemana2..

Ohhh... ya, waterproof mascara pun tiada masalah untuk dibersihkan..:)


Tidak perlu untuk menggunakan kedua-dua pembersih ini lagi... :D

Ianya boleh didapati di Watson, Guardian dan beberapa pasaraya terkemuka dengan harga sekitar RM14.05 (after discount) - RM16.00 for 25 wipes

Selamat melaramm.. :)

Monday, March 7, 2011

:: Its hard to say good bye to my Blackberry 9700 ::

Setelah genap setahun ia bersamaku, pada Ahad yang lepas (6 Mac), ia pergi jua membawa diri yang lara.. sob.. sobb

Semuanya gara-gara kecuaian diri sendiri.. 

Bila dihubungi talianku hanya menjawab "no. yang anda dail berada diluar kawasan"'.. ohh.. longlai sekejap di buatnya..

Itu baru hilang harta dunia yang tidak seberapa.. bagaimana pula mereka yg kehilangan nyawa atau org2 tersyg??.. Sesungguhnya keredhaan itu hanya ada pada org2 beriman.. (kena muhasabah diri sendiri..) 

Message dari En. K lg buat aku tergamam.. "Let it go yerr... Mau ikhlas, baru jd amal jariah.. Keuntungan mengatasi kerugian... Wallahuallam.. Dunia sekadar pinjaman, owner sebenar ada diatas" 

Oucchhhhh!!! tersentak sebentar.. benarlah bagai yg dikata.. ~ redha ~


Hanya tinggal kenangan dan jasamu akan sentiasa dikenang ~

Untuk mengubati hati yg lara..  Nokia C3 menjadi peneman setia tatkala ini..

Harap-harap tidaklahh dia membawa diri spt BB..

TIPS : Sekiranya BB anda hilang/dicuri, berikut adalah cara untuk menyekat pengguna seterusnya daripada menggunakan 'mobile broadband' dan 'BB service' (ianya hanya untuk pemilik BB yang membeli terus dari service provider company i.e. Celcom, Digi, Maxis)

i. Call customer service talian telefon mudah alih anda untuk menyekat talian (sekiranya sim card anda mempunyai password lagi bagus dan tdk perlu risau) dan lapor kehilangan BB

ii. Penting!! sila berikan no. invoice yang diterima semasa transaksi jual beli device kepada service provider.. (mereka akan menyemak didalam sistem utk bukti pembelian dan report kehilangan akan dibuat melalui serial no. dan pin khas)

iii. Bhg. yang menerima laporan akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan (anda perlu follow-up sekiranya panggilan tidak diterima lebih dari tempoh 24 jam)

iv. Report akan dikeluarkan dan telefon/device akan disenarai hitam dari permohonan 'mobile braoadband' dan 'BB service' (report akan dikemaskini utk semua service provider)

v. So, itu sahaja cara bg mereka yg kurang jujur bila terjumpa BB anda yang hilang.. huhu 

Sekian, terima kasih.. :)

Saturday, March 5, 2011

:: Pencerobohan dari siapa? ::

5 Mac 2011 ~ Hari ini dalam sejarah.. :D

Tiba-tiba teringat kenangan semasa kecil melawat Zoo Negara.. sudah tentu semua ada pengalaman ini memandangkan Zoo Negara secara tidak rasminya wujud pada tahun 1958 dan secara rasminya pada tahun 1963...pengasasnya Tan Sri V.M. Hutson dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman pada 1963. Lawatan kali ini sebab ada tugasan dan tetiba terasa sgt teruja.. :D

Pengasas Zoo Negara yang hanya sempat hidup selama 80 tahun sahaja
Pemandangan dipintu masuk pada suatu masa dahulu sehingga pada hari ini.. (mungkin adalah diorg renovate mana yg patut :p)

Tramp yang membawa kami berpusing-pusing to say 'Hi' to penghuni Zoo.. :)

Bila berada dipintu masuk sahaja dah nampak 'classic view' nya.. rasanya senibina asal masih terpelihara.. dan tetiba teringat aku bersama keluarga & sedara-mara dari Melaka dan Sarawak pernah berkunjung ke sini sekitar 80-an.. sangat mengimbau kenangan..

Sehingga ke hari ini Zoo Negara masih wujud lagi untuk para pegunjung yang yang cintakan hidupan alam... Hari ini juga, terpahat lagi sejarah apabila Majlis menandatangani perjanjian utk TM Earth Camp 2011 dan Pelancaran Kelab Pencinta Alam diadakan..
Para tetamu kehormat melangkah masuk ke Zoo Negara.. yeayyy!!

Simboliknya untuk acara ini adalah Si Tapir.. VIP melepaskan tapir yang 'buat-buat comel'.. (memang comelpunn).. setelah TM bersetuju untuk menaja spesis ini dlm tempoh tertentu.. kalau nak tahu, tembok kandang tapir ini yg memisahkan antara kandang dan antara rumah teres di Hulu Kelang.. wahhh hebat bukan?? dan macam safari world.. belum lg harimau, rusa, gajah, zirafah.. yg dikelilingi manusia yang tidak berapa nak sedar.. kenapa?


Bosses yang memberi mkn tapir-tapir kami ~

Suatu masa dahulu mereka pernah memprotes untuk pindahkan Zoo ini kerana berbau, bising dan tidak berapa sesuai berada berdekatan kawasan rumah mereka.. Kesian mereka!! seumpama ditipu pihak pemaju atau mereka sendiri membeli kediaman tanpa meneliti kawasan sekeliling.. alih2 duduk umah ada bunyi 'auuuummmmm'''' harimau!!.. mana tak meracau.. hahaha..

Persolannya siapa yang menceroboh kawasan siapa?? rasanya binatang2 ini pun cuba memprotes.. malangnya bahasa, nahu, lenggok percakapan mereka tidak difahami 'Kita'.. Apapun, semoga semuanya selamat menginap disitu..

Ohhh.. ooo... The lion king is not happy when we entering his territory.. auummmmmm!!!!!!!!!!!!


What is this?? ohh this is elephant.. (hehe..dialog masa kecik2)

Asalnya kawasan Hulu Kelang itu adalah hutan belantara.. sekitar tahun 50-an memang hutan.. tiket masuk Zoo pada mula ditubuhkan adalah pada harga 50sen utk dewasa dan 20sen utk kanak-kanak.. fuhh cukup murah berbanding skrg 20 hinggit dewasa dan 6 hinggit utk kanak2.. Perbezaan pun sesuai mengikut harga semasa.. bnyk kos2 lain perlu diambil kira juga.. :)

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung kesini, silalah berkunjung lagi.. sekurang-kurangnya dengan sumbangan harga tiket anda dapat melanjutkan lagi usia haiwan-haiwan ini..


Go green and safe our earth!!




Thursday, February 10, 2011

:: Kraftangan of Miri ::

Sementara menunggu kawan2 membeli-belah di Miri Handycraft Centre, sempatlah juga melihat aunty Madeline menunjuk kepakarannya membuat salah satu seni kraf orang Iban, Sarawak... minta maaf yerr  dah lupa namanya.. "short memory termm" ohhh.. nooo..

Handicraft of Miri


 
Aunty Madeline - beliau juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay untuk pameran dan ekspo kraftangan Malaysia.. siap juga berpesan untuk aku berkunjung ke booth dia pada Mac 2011 sekembalinya di KL nanti.. all the best aunty!! :)


 
Skill from the expertise






Segala usaha tidak sia-sia bila ianya mendapat pengiktirafan

*******************
Disuatu sudut yang lain, aunty ni sedang menjahit labuchi or manik pada baju suku kaum di sana.. beliau juga sangat tekun menyediakan hasil kraf ini.

 
Aunty sedang menjahit hiasan pada baju tradisional mereka
Wowww....Inilah hasil kerja tangan beliau..


Tuesday, February 8, 2011

:: Jalan-Jalan Kena Makan (JJKM) ::

Di semenanjung, bila bercakap pasal negeri Melaka tentunya kita akan berkata tentang asam pedas dan ikan bakar..Masakan asam pedas Melaka memang sangat terkenal tetapi kena pandai memilih kedai.. asam pedas Sarawak kita jarang sekali mendengarnya (mana tidaknya..kamek bukan dari sinik, kami dari nun dari semenanjung) hehe.. bole cover line lagi tu..

Ok, asam pedas Sarawak ni seperti masak lomak cili api.. tapi tidaklah sepedas masakan nogori tuu.. ianya lebih kepada rasa kunyit dan tiada rasa lemak.. Kami nikmati hidangan ini di Restoran Sajian Warisan, Miri.







The entrance..yahhhh.. mari kita serbu.. :D





Antara pemandangan yang menarik di restoran ini.... i looooikkee..
ASAM PEDAS IKAN SARAWAK - ikan braham (maaf yerr org seghawak klu salah disebut) / ikan jenahak)

Selain asam pedas ikan jenahak yang beratnya hampir 2 kilo (huh.. siap tapauu), kami memesan tomyam campur, thai chili paste prawn, telur dadar dan ulaman..



THAI CHILI PASTE PRAWN... Recommended!!


SEAFOOD TOMYAM
Sebenarnya, niat kami semasa lunch tadi nak makan udang galah tapi yang ada cumalah udang sederhana.. tidak mengapa.. rezki dah bnyk itu.. :) ..Kononya lepas habis mkn boleh pergi ke market cari udang galah sebagai buah tangan.. Harapan setinggi gunung!!
Bila sampai di e-mart, memang tiada bapak udang pun.. yang ada cumalah anak2 udang yang tidak bermaya.. mungkin bukan musim dan memang rezeki udang galah tidak menyebelahi kami... ~Redha~

e-mart.. memang famous di sini..

Ikan pari seberat hampir 30 KILO.. ouchhhh!!



Pasar yang attached with supermarket.. Best sangat pasar ni lantai tidak basah langsung dan sgt bersih..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...