Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

Monday, December 2, 2013

:: Kudapan - Muruku ::

Bila ke Tesco Shah Alam, terdapat uncle india yang berhampiran pintu masuk dari tempat letak kereta membuka kiosk jualan muruku, dan kuih muih india yang yang lain.. rasa sungguh selera tengok muruku yag dijual..


Memikirkan acuan muruku sudah lama dibeli dan sudah lama terbiar, jadi apalah salahnya nak merasmikan alat baru.. erkk.. Ramuan utama adalah tepung BABAS.. ni yang makcik2 ku selalu guna dan bila aku makan diorg nyer muruku mmg sedap.. hrmm 


Ni dah siap dohnya.. senang jer ikut arahan belakang pembungkus.. acuan ikut suka mata yg nak menengok.. nak corak bergerigi sket or yang plane sahaja..  


Ni hasil setelah ditekan... 





Bila dah siap, letak dalam bekas kedap udara dan sesuai untuk dikudap semasa menonton tv.. hehe

Friday, December 23, 2011

:: Kerepek oh merepek ::

Semuanya adalah secara kebetulan..
Bila kawan baik telah meminta bantuan utk menyediakan bungkusan kerepek & kek..
Sebanyak 5000 bungkus setiap satu.. rasa memang tak lalu mula2..
Tapi dah ingatkan kawan..
dan pulak cuti sekolah, banyak rakyat yg boleh membantu..
Terima sahaja tawaran itu..



Pepagi lagi kitorg dah pegi ke Banting, Selangor untuk meyerbu kilang kerepek..
Nak buat banyak eloklar ke kilangnya..
Berkarung2 kerepek bawang dan keropok kacang dhal telah diborong..
Harga kat sini tetap, mmg tiada tawar menawar..
So, takyahlar dtg sini nak menawar harga.. buat perabih air liuq jer!! :)
Amik jer brp karung nak dan terus g bayar..
Harga kat sinipun ok jer.. rasa mcm sesuai dgn harga dari kilang..


Segala kerja pembungkus berjalan lancar..
Semuanya diserahkan kepada ayahku untuk mengendalikan tugasan ini..
Kiranya dia tauke besar.. make sure yg lainpun buat kerja.. hehe
Anak-anak buahku ramai.. merekalah yg membantu sungguh2..
2 hari jer dah siap hampir 4,000 bungkus..
wahh sangatlah efisyen..


Dalam masa 3 hari jer dah siap 5,000 bungkus..
Nak harapkan aku ni bukan ada masa sangat..
Tugasan harian pun tak terrrrkejarrr..
Aduhaii..

Sekarang cuma menunggu kuih bahulu yg tak kunjung tiba..
*salah sendiri sebab lambat order*

  

Friday, December 16, 2011

:: Crispy Onion Ring ::

Bila sesekali teringat A&W Rastaurant..
Teringat juga kat root beer, coney dog dannnnnn..
Onion Ring.. huhu

Masa form 3 dulu pernah kerja di A&W Rest...
Kerja suka-suka.. 
Bila time break.. Onion Ring, Curly Fries memang jadi pilihan..
Lagi satu yg best adalah ice cream waffle..
Semua mknan tu mmg menjadi kegemaran..

Dari dulu lagi nak mencuba resipi Onion Ring ni..
Baru sekarang ni berkesempatan..
Jom, nak share recipe.. :)

-
-
-
-
-



Bahan-bahan :

2 biji bawang besar holland
4 sb tepung gandum 
1 1/2 sb tepung tempura
1 sb tepung jagung 
1 st rempah kari
1 st garam
1/2 st soda bikarbonat
1 1/4 cwn air
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng 

Antara bahan-bahan crispy onion ring 
-
-
-
-
-
Cara-cara :

Capurkan semua bahan2 kering kecuali soda bikarbonat. Soda bikarbonat dicampur dengan air dan digaul bersama bahan-bahan kering tadi. Panaskan minyak. Hiris kasar bwang holland dan celup dlm bancuhan tepung tadi dan digaul dengan serbuk roti. Goreng sehingga kuning keemasan dengan api yg sederhana.
-
-
-
-
-

Boleh dimakan sebegitu atau dengan sos cili or mayo.. memang CRISPY!! :)

Thursday, August 18, 2011

:: Kuih tiram / lidah buaya ::

Sebut sahaja kuih tiram, sememangnya  ia 'feveret' ku sejak dari dulu lagi..
Masa zaman sekolah dulu pun selalu beli kalau ada jual di kantin sekolah..
Tapi semenjak dah bole menghasilkannya sendiri..
Tidak perlu lagi nak cari kat kedai..
Rasa rapuh dan tidak terlalu manis mmg itu rasa yg terbaekk!!
Resipi ini tidak menggunakan telur pun memang rangup..
Kalau buat kulit karipap juga tidak menggunakan telur juga bole mendapat hasil yg baik.. :)

Masa tahun lepas ada kawan-kawan yang order untuk raya..
Untuk tahun ini, niat sememangnya nak buat untuk makan2 sendiri..
Dan sekadar di bawa kerumah saudara-mara memandangkan kesuntukan masa..
Tapi sudah ada yg order sungguh2, tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka..
Jadi, baru-baru ini sempat juga buat sikit.. :))

Kuih tiram yg belum disira

Tugasan menanti untuk menyiapkan berpuluh bungkus lagi..

Terima kasih kepada semua yg order.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...