Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

:: Kenangan kuih raya ::

Dah berada dipenghujung Ramadhan sudah kita..
Harap-harap kita jumpa malam lailatul qadar, Insya Allah..

Di penghujung puasa ni semangat nak masak lauk puasa pun..
Dah macam suam-suam kukujer semangat..
Bukan apa, kepala dah fikir pulak untuk lauk-pauk raya..
Uishhh.. awalnya..
Tapi itulah kebenaran..
Belum lagi fikir pasal kuih/biskut raya yg belum lagi penuh balang..

Kalau masa arwah mak ada dulu dia akan buat kuih simpan
dalam balang horlicks kaca dan tersusun cantik dekat almari..

Memang tak boleh usik langsung.. kecuali raya!!
Itu arahan arwah emak..
So, kitorang boleh mkn cookie yg kene reject..
Mak bukanlah garangpun..
Tapi kitorang mmg dgr arahan dan xnak membantah..
seperkara lagi kitorang pun rasa sayang nak makan kuih-muih tu mmg cantik bila
diletak dalam balang lutsinar..
Aneka warna.. bentuk dan rasa. huhu
My feveret kuih tart nenas bentuk lama
alar yg mcm ni..


Tart nenas bunga

Silang kata tengah2 tu keje aku larr sebagai 'penyibuk'..
Mak mmg tak kasi aku menerap.. katanya tak sama tebal.. haha
Budak-budaklarr katakan..

Lepas tu kuarlar plak pesen-pesen lain..


Tart buah nenas


Pastu tart gulung, bentuk kelopak bunga dan mcm2 lagilar..

Pendek kata macam-macam versi ada..
Sekarang ni pulak ada almond tart..
Pastri tart dicampur serbuk badam, rasa lemak-lemak gitu..

Apapun semuanya terpulang kepada tekak masing2.. :))

Oh ya.. pilihan emak untuk butter adalah 'buttercup'..
Pada masa tu sebut buttercup, memang org tahu hasilnya tidak menghampakan..
Klu tak caya sampai skrg..
Org2 yg jual kuih klu guna buttercup..
"Kuih ni mahal sket harganya sebab guna butter" cup tu tinggal..
maknanya bukan guna planta yer.. hehe

Next cerita buat cookie lain...
dan next lagi cerita buat kuih muih tradisional.. :))

Monday, February 28, 2011

:: Crunchy Horlicks..Nestum..Cookie RECIPE ::

Salam,

Setelah mendapat maklumbalas daripada mereka yang sudah merasa cookie seperti di atas, nampaknya ada yang meminta resipi.. untuk pengetahuan, resipi ini diambil dari blog Kak Rima, Singapore.. Tp ada bahan2 yang telah dikurang / ditambah bagi mengikut citarasa saya.. sekiranya anda juga ingin mengikut citarasa anda.. dipersilakan, tiada yang salah.. asalkan org kata 'kreatif biar bertempat'.. hehe.. tepuk dada tanya selera.. :)

Lets check it out the recipe :

250g buttercup
180g gula perang (resipi asal 200g)
1/4 st garam
1/2 st coffee oil
1 bj telur
1 st esen vanilla
20g horlicks (tiada di dalam resipi asal)
80g semisweet hersyes choc chip (nak letak 100 g pun ok and make sure hersyes choc baru best!!)
1/4 cwn nestum / oat (saya guna nestum)
80g badam/walnut/hazel nut/ macadamia cincang (saya guna 100g badam)
300g tepung naik sendiri

Cara-caranya :

Telur, coffee oil dan esen vanilla dipukul dan dibiarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam*Panggang badam dalam 3-4 minit atau sehingga garing*Ayak tepung & horlicks*Pukul gula dan mentega hingga kembang*masuk telur yang disimpan td*masuk nestum, badam, choc chip dan tepung sedikit demi sedikit*Bakar dalam jangka masa 12-15 minit (rangup), 8-10 minit (chewy)...

TIPS : Adalah digalakkan untuk menyimpan adunan selama 2 jam didalam peti sejuk dan baru dibakar.. cookie anda akan lbh crispy.. Biarkan biskut semalam didalam bekas kedap udara untuk untuk mendapat aroma sebenar..

Selamat mencuba!! :)

Sunday, February 20, 2011

:: Crunchy Horlicks..Nestum..Cookie ::

Hujung minggu ni sudah dua jenis cokies telah kuhasilkan.. kurang pasti kenapa tahap kerajinan melanda.. bagi resipi kali ini tiada serbuk koko cuma ditambah horlicks & nestum untuk merasa kelainan.. dan hasilnya adalah seperti ini..

 ~ My cookie ~

Yang tergelap sikit tu kira halal larr yerr.. hehe



Cookie ni dibakar mengikut selera masing-masing.. for those yg gemarkan chewy cookie hanya perlu masak 10-12 minit manakala yang suka crunchy boleh bake lebih lama dari itu..


Huhh.. jenuh juga nak menghabiskan bakar doh nihh.. dah sampai satu tahap nak simpan dlm fridge dahhh.. tp fikirkan bila lg nak continue sbb next week dah banyak meeting, event dan sewaktu dengannya yang membuatkan diri ini seperti lipas kudung.. teruskan jua perjuangan dan Alhamdulillah siap.. :)

Ada sebahagian for my office frenn.. so, kita nantikan apa kata juri.. haha

Saturday, February 19, 2011

:: Crunchy Famous Amos alike ::

Semasa berada di airport masa outstation aritu.. memang rasa sangat teringin nak menikmati famous amos cookie.. baunya saja sudah menusuk hidung dan membuatkan aku terbeli juga.. disebabkan harganya yang mahal tapi kepingin sangat.. belilah juga sekadar merasa.. dengan berkata di dalam hati balik nanti memang nak adakan 'baking project' for haunted cookie nihhh... then, nak put in a lots of nuts pluss hersyes choc chipp.. weeehuuuu...

Setelah beberapa minggu, baru projek ini menjadi.. maklumlah bnyk keje dan penyakit 'kurang rajin' melanda sekali-sekala.. bila bangun pagi and 1st thing in the morning teringat nak toast hazel nut yang beli kat giant smlm.. sgt berkobar-kobar semangat nihh bila teringat famous amos..

Bila dah siapkan bahan-bahan dan hasil adunannya adalah seperti ini ~ *~ *~ :))


Here u gooo!! wahh dah siap doh ini.. skrg keje nak mem'baking' pulak... huhh, sure berpoloh2 sbb aku tak berapa suka dgn oven kecik aku nihh.. Uwaaaaarghhh :((.. bnyk plak adunan nihhhh..


Baunya memanglah sangat semerbak.. mesti ada jiran2 tertanya.. 'umah cina mana pulak nihh tak abis2 buat kuih raya'.. maklumlah kan suasana Chinese New Year lagikk.. :)

Setelah berhempas pulas mem'baking' dannn taraaaaaa.. mempersembahkan the best of  'Homed (Home Made) Famous Amos Cookie' for your tea break munchiess..


Memang sangat sedap & rangup.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...