Sunday, May 15, 2011

:: Junk food seberang ::

Semasa di Jalan Riau, Bandung ternampak sebuah kedai yg menjual snack makanan tempatan mereka.. memang ada yg agak pelik tapi itulah kreatifnya mereka sampai nak makan pun jadi takut.. huhu 


Aneka snek di kedai ini





Aku hanya beli yg ini sahaja sebagai buah tangan

Yang ini paling takut nak makan



Mungkin ada lagi snek2 lain yg lebih menarik dan tertarik untuk diketahui tetapi belum lagi ada niat untuk menjamahnya.. :D

******

Kami akan berkata YA pada makanan2 seperti ini.. :))
-
-
-


aiskrim durian bersama isi durian, pulut hitam dan dituang coklat hanya
rp7000 = rm 2.50 
-
-
-
dan ini... corn cup bersama cheese, susu dan mentega.. sumber yg mewah dgn kalori..

:: Nasib dibumi sendiri ::

Baru-baru ini aku berkesempatan lagi ke Jakarta dan Bandung.. ini adalah pemergian kali kedua bagiku manakala aunty dan kakak adalah pertama kali.. kami berada di Bandung dari 10-12 May dan Jakarta 12-14 May.. Flight kami dari KL-Jakarta, Jakarta-KL..

Kami tidak menggunakan mana-mana travel agency kerana hendak bebas mengatur rancangan perjalanan selain rasa ia lebih menjimatkan.. :)

Hari pertama sampai di Jakarta kami menggunakan bas Primajasa untuk ke Bandung.. perjalanan mengambil masa selama 3 jam.. huhhh.. sampai naik bosan juga jadinya.. tiba di bandung agak petang..

Tempat pertama yg boleh dikunjungi adalah Jalan Dago dan Jalan Riau.. kerana factory outlet di sini tutup malam.. memang inilah tujuan sebenar kami ke sini..

Setibanya di Bandung, kami disambut oleh kanak-kanak ini yg berlari untuk mendapatkan kami taxi..

mcm ini mungkin tidak mengapa.. tetapi bila macam dibawah ini terasa sedihnya melihat mereka..

-
-
-

-
-
-

Suasana hujan dan dengan tidak memakai selipar atau kasut bukan sesuatu yg janggal bagi mereka.. Bila ditanya sekolah atau tidak.. jawapannya sudah pulang dari sekolah dan terus harus bekerja untuk membantu keluarga.. sampaikan kakak ku ada berkata jika anaknya seperti ini dia akan sedih.. tak sanggup dia melihat kanak-kanak ini...

Sebenarnya golongan seperti ini memang terlalu ramai di sana.. dan ia bukanlah sesuatu yg mustahil bila populasi di sana terlalu ramai dan ia boleh dikategorikan sebagai golongan majoriti..

Cuma pengunjung yg datang perlu berhati-hati untuk memberi kepada mereka kerana jika diberi pada seseorang.. makanya yg sekumpulan lagi akan mengekori anda.. so, harus berwaspada..



Kanak-kanak ini pula ada disekitar Jalan Riau.. memandangkan tiada siapa selain mereka adik-beradik.. jadi kami memberikan sedikit wang kpd mereka... Kesian, menurut mereka ayah dan ibu tidak bekerja kerana sakit.. tidak tahulah betul atau sebaliknya.. takpelahh janji ikhlas pemberian pada mereka..




:: Si Maharaja yg suka berlawak ::

Maharaja bukan sebarang maharaja.. maharaja serupa lawakss..
Seminggu dari itu kitorg dah dapat jemputan dari kawan yg bertugas di astro untuk saksikan live show maharaja lawak..

Follow si maharaja2 ni sebab anak buahku.. dia yg beriya2 sgt nak jumpa jozan.. bila layan lawak diorg memang boleh gelak sampai sakit perut.. :))
Cuma bila live show 'aura' dia lagi lain sebenarnya.. sama juga klu tgk DVD kat rumah kurang feel melainkan tgk wayang.. ermm tepuk dada tanya selera

Entahlar apa yg lawakss sgt sampai kerusi plastic kitoranpun gerak kedepan kebelakang pasal gelak sakan..hahaha

Apapun diorg memang sempoi, selamba dan sudah pasti sgt tidak sombong dan overall event ni mmg cool to the max!!


Preparation before live show


Atika & me


Jozan & Haziq
 Thanks Intan for the tickets.. :)

Saturday, May 7, 2011

:: Sayur kobis lemak putih ::

~Kobis lemak putih~
Sayur lemak putih ini memang sgt sedap jika dimakan dengan apa jua jenis sambal.. tidak kiralah sambal ikan, ayam, daging dan ada pula ikan masin.. :) Resepi mudahnya adalah seperti berikut:-
kobis - dipotong kasar
lobak merah - dipotong kecil
cili merah - dihiris (saya tidak letak)
bawang merah - dihiris
udang basah / udang kering - saya guna udang kering
kiub ikan bilis
suhun secukupnya
santan dan air
garam dan serbuk perasa 

Panaskan air, masuk kiub ikan bilis, udang kering, bawang merah dan tunggu hingga mendidih*masuk lobak merah, tunggu sebentar dan masuk kobis dan cili*letak santan secukupnya dan masuk udang (masuk kemudian agar tidak terlebih masak)*masuk suhun, garam dan serbuk perasa.. siap untuk dihidang..

:: Kata-kata nasihat - Bhg 5 ::

  1. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
  2. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  3. Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
  4. Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
  5. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
  6. Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
  7. Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

Tuesday, May 3, 2011

:: Seafood @ Bagan Lalang ::

N3 ini adalah cerita minggu lepas yg tidak sempat utk sempat diupdate.. acara jalan2 cari makan ini diadakan bila kakak dari Tmn Melati datang bertandang ke rumah kakak yg pertama di Tmn KLIA..


Tempat ini berhampiran tepi laut.. errrkkkk.. lupa pulak nak tgk kedai apa.. Antara makanan yg dipesan oleh kakak-kakak ku adalah seperti dibawah.. rasanya aku tidak berapa nak mengambil tahu sangat pasal kedai ini sebab makanannya so.. so.. sahaja.. :) lagipun ikut sahaja rombongan ini dan tak kisahpun nak pg mana janji ada seafood..

Of course memang tiada bandingan kalau nak dibeza dgn seafood di Umbai or Serkam, Melaka.. Sekadar mencuba nasib manalah tahu sedap boleh dikhabarkan pada semua.. sesekali nak mengubah selera juga kannn.. :)


Udang sweet sour dan yang paling sedap pahat masak apa entah.. memang terbaek!!

 Waktu santapan bermula..

Sayur dan udang goreng tepung..

Pic ikan tak sempat nk snap.. dahh licinnn!!

Kaum ibu yg sedang bertukar anak

Scenery ditepi pantai yg surut airnya..Seperti didalam gambar,
katanya ada hotel disitu tetapi kurang pasti hotel apa..

Farhana dan Danish yg gembira bila bercanda ditepi pantai..

:: Sambal ayam berempah ::

Resipi ini adalah hidangan kegemaran kami sekeluarga.. nama ada sambal sahaja tentu selera makan akan bertambah-tambah.. so, mari semak resepi mudah ini..


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersih
cili kering secukupnya - dikisar
2 bj bawang besar - dikisar
1 inci belacan - dikisar
serbuk kunyit
kentang - dipotong wedges
2 kuntum bunga lawang
 2 bj buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 sb sos tiram
1 sb gula
minyak secukupnya
garam

CARA-CARA :

Panaskan minyak, goreng kentang sehingga masak*Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit, digoreng sehingga masak*Ketepikan kentang dan ayam tadi, dengan menggunakan minyak ayam tadi..masukkan bunga lawang, buah pelaga dan klit kayu manis*Masuk bahan-bahan kisar, kacau sehingga garing*Masuk sos tiram, gula dan garam*Kacau lagi dan masuk ayam dan kentang yg telah digoreng tadi.. siap untuk dihidan bersama nasi panas.. :D

Sudi-sudilah mencuba... :)


:: Kata-kata nasihat - Bhg 4 ::

  1. Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.
  2. Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
  3. Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  4. Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
  5. “rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
  6. Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya, apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
  7. Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
  8. Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
  9. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
  10. Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Sunday, May 1, 2011

:: Jemput-jemput fries & sosej ::

Menu ini adalah untuk minum petang tadi.. Haziq yg suruh masak sebab lapar katanya..
Entah bilanya kenyang tak tahu.. lapar jer selalu.. Walhal baru jer makan nasi rasanya..
Ermmmm.. layan jer larrr Si Haziq dgn Danish ni...

Bila mengumbah dalam peti ada bahan-bahan berikut:-

Maka jadilah jemput2 atau cekodok... minuman petang yg menyelerakan ~

1 cwn tepung gandum
1 labu bawang besar - dihiris nipis 
1 bj telur ayam
2 btg sosej - dihiris nipis
Fries secukupnya - dipotong kecil
Garam
Air secukupnya 


Campurkan kesemua bahan*kacau agar tidak terlalu cair atau pekat*panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan/ masak*siap untuk dihidang..


Mudah bukan??.. :D

Kawan2 Danish pun menjamah sekali dan sekelip mata jer dah licin okeyyyy... :))

Makan dgn kuah masak lemak cili api ayam pulak tu.. lagilar laju... :)


Ayam masak lemak cili api  - lauk tengahari..

:: Selamat hari pekerja ::

Kepenatan mengendalikan acara demi acara yg melibatkan menteri pada minggu ini masih belum hilang lagi..
Tidak pernah rasanya sebelum ini acara melibatkan menteri dibuat dalam jarak masa yg singkat diantara satu sama lain..

Maklumlar.. pengurusan bila melibatkan tetamu kehormat YB Menteri ini agak rumit sedikit.. dari mula sampailah hingga keakhir acara perlu diambilkira.. bertambah rumit bila hendak melayan org2 kanan yg kadangkala 'mengalahkan sudu dari kuah'..

Minggu ini sahaja.. Sehingga 3 Menteri datang bertandang untuk perasmian acara-acara tertentu dan satu jemputan untuk aktiviti biasa.. Rasanya hampir setiap malam pulang lewat..

Penat? yaaa.. memang penat sangat.. penat dgn tugasan, penat dgn kerenah manusia dan pelbagai lagi... apa yg penting F.O.K.U.S!!

Belum cukup dengan itu ada pula acara lain di Menara Kuala Lumpur bersama isteri pembesar... Ohhhh.. Baru hendak menyambut hari pekerja.. perlu lagi bekerja??? errrrkkkk...

Tepuk dada, memang dah tidak ada selera... hrrrrrmmmmmmmm.....

Mujurlah ada staff yg sudi berkerja pada hari ini..
Apapun selamat menyambut hari pekerja kepada semua :D 



:: Penyejuk hati ::

Di awal minggu ini lagi sudah mendapat panggilan dari kakak yg 1st untuk menjaga Mia Aryssa...
Owhh.. sesungguhnya jawapanku 'YES'.. walaupun sedikit nervous nak menjaga baby..

Maklumlah dah lama tak menjaga budak kecil.. dulu selalu lyn anak buah yg sulong tapi cerita 17 tahun yg lalu ms zaman2 sekolah.. Skrg ni skill utk menjadi baby sitter kehormat sudah tidak sehebat dulu.. :p

Oh ya.. buat masa skrg, Zabdan dan Mia Aryssa akan selalu diterkam sekiranya kami berkumpul..
Zabdan adalah anak kakak yg kedua...


Zabdan and Mia Aryssa

Bila melayan Mia memang bukan suatu masalah besar.. tidak banyak meragam, menangis bila lapar dan mengantuk.. bila mandipun senyap jerr.. ohh Mia yg sangat baik.. :))

Senang sangat menjaganya.. boleh buat kerja seperti biasa..
Dan lebih penting serasi dgn auntynyerrr.. :D


Adorable~~ Zabdan, 6 mths... Mia, 3 mths



~ Danish & Mia ~





:: Kata-kata nasihat - Bhg 3 ::

  1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh lenyap. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
  2. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille
  3. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
  4. Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
  5. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu ialah wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
  6. Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
  7. Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
  8. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  9. Kemahiran dan ilmu yang semakin diguna maka ianya semakin banyak diperolehi.
  10. Sempurnanya akal adalah apabila kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...