Tuesday, November 27, 2012

:: Sup Tulang ala Siam ::

As Salam semua.. sejak dua menjak akhir-akhir tahun ini rasa macam dah kurang ada semangat untuk bekerja.. cuti tahunan pun boleh tahan banyak lagi dan kalau tidak dihabiskan akan hangus sebegitu sahaja.. ohh dugaan, bila ingatkan kerja itu adalah satu ibadah pun malas juga.. haihhh.. Kenapalah penyakit malas ni melanda masa-masa sekarang.. oh ya, entri yang hendak dikongsi inipun tertunggak 2-3 hari yang lepas dan ada skit kerajinan sebab nak guna pressure cooker yang baru dibeli.. hehe




Sup tulang ini ala-ala style siam yang ada rasa masam2 sket sebab guna tomato dan diperah asam limau supaya tidak rasa muak sangat dengan lemak-lemak daging. Jom semak resepinya......



Resepi sup
-
-
-
1 kilo tulang daging lembu
1 bungkus rempah sup bunjut adabi
4 biji tomato dipotong baji
Halia 2 inci - diketuk besar
5 -6 bj limau kasturi - diperah airnya
Air secukupnya 

Rempah tumis
-
-
-
Sedikit minyak
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk) 
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang

Hiasan
-
-
-
Bawang goreng tabur (bawang kecil dihiris, gaul dgn sedikit tepung dan goreng garing) 
Daun sup & daun bawang
Garam & gula mengikut sukatan masing2 (saya gantikan Ajino dgn gula)

CARA-CARANYA :
-
-
-
Rebus tulang di dalam periuk tekanan selama 1/2 jam atau sehingga empuk*Bila sudah empuk alihkan tulang kedalam periuk lain dan masuk sup bunjut dan halia*Dalam kuali yang lain, tumis bahan2 rempah tumis sehingga wangi atau bawang warna keperangan dan tuang kedalam rebusan tulang tadi bersama2 minysk gorengan*Kemudian masukkkan tomato dan air limau kasturi dan letak perasa mengikut citarasa masing-masing*Tunggu hingga masak dan tabur dengan bahan-bahan hiasan.  



Saturday, November 24, 2012

:: Cream Puff with Corn Custard ::


Sudah lama teringin nak mencuba crunchy cream puff with cream custard.. bila ada masa terluang baru-baru ini baru berkesempatan dan bila buat blog walking rasa macam nak cuba cik mat gebu punya resepi sebabnya dah berulang kali beliau buat cream puff ni.. tentunya sedap bangat kannn... :))
Cumanya adunan custard ditambah setengah cawan cream corn dalam tin.. apapun terpulang kepada citarasa masing-masing.. Saya bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit kerana ingin hasil yang agak rangup di luar dan soft di dalam.. 







Siap untuk dijamah

Thursday, November 22, 2012

:: Pulut Durian ::

Dulu masa sekolah-sekolah, arwah mak selalu makan nasi bersama santan dan durian.. Masa tu rasa pelik sangat kenapalah mak makan durian macam tu.. Sebab nak terima durian tu sendiri macam agak susah dengan bau yang sangat kuat.. Tapi arwah mak makan dengan begitu selera sekali.. Saya hanya habiskan tang durian sahaja.. Hehe.

Baru-baru ini ada sesi makan durian bersama pulut, santan dan gula merah kelantan.. Dengar macam terdapat banyak kalori disitu tapi cara makan sebegini mmg sgt femes di negeri pantai timur.. Cara makannya gula perlu dicampur dengan santan terlebih dahulu agar sebati kemudian ditambah pulut .. Gaul lagi dan boleh dinikmati dengan enaknya.. Seperkara lagi, kalau makan pulut durian ini perlu dimakan dengan pantas kerana rasanya akan cepat menjadi muak jika makan secara perlahan tapi bukan gelojoh yerr.. Tercekik pula nanti.. 

Sekali lagi.. Saya bolehlah menjamah tapi hanya sekali sahaja sebelum ini.. Kerana rasanya yang agak berlemak ditambah isi durian dan manis gula tak berapa pula nak kena dengan tekak ini.. Kiranya jika adapun hanya menjamah durian sahaja.. Kalau durian dibuat sambal tempoyak..haaaaa memang kena sangat-sangat dan boleh diterima.. Huhu.. Begitulah banyak orang banyak ragamnya..



Jom tengok cara mudah penyediaannya..

Pulut yang dimasak/kukus dengan air dan garam
Gula nisan yang dihancurkan 
Santan 
Duriannnnnnnnnn secukupnya..

Nak menjamah durian sahaja pun ok.. bole join saya.. :)


Monday, November 12, 2012

:: KetentuanNya ::



Sesuatu perkara yang kadangkala tidak terjangka dalam kehidupan seharian datang seperti kilat, halilintar yang membuatkan kita rasa tersentap.. seringkali memujuk hati berkata 'sesuatu musibah yang datang ada tersembunyi sebuah hikmah'.. namun, sejauh mana kita dapat memujuk hati dan percaya akan hikmah yang tidak diketahui bila akan berkunjung tiba... bila? bila? bila?.. semuanya dapat terjawab atau hanya boleh menanti dengan meningkatkan amal dan zikrullah padaNya.. 

Terpanjang pula pendahuluan, apa yang hendak dikongsi ini adalah untuk renungan semua berkenaan dengan saudara kandungku, Abg A. Ya, Abg A.... Abg A telah diarahkan untuk meninggalkan syarikat tempatnya bekerja atas sebab yang akan diceritakan sebentar lagi. Dengan statusnya sebagai ketua keluarga, mempunyai 5 org anak yang masih bersekolah (yang sulong sedang menghadapi SPM) dan yang bongsu berumur 4 tahun. Bermula cerita Abg A yang membawa kenderaan syarikat kurier antarabangsa untuk dihantar kepada pelanggannya.... disaat barang hendak diserahkan, pelanggan telah meminta supaya menangguh penghantaran. Memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat dan semua umat Islam lelaki wajib menunaikan solat Jumaat.. maka, Abg A telah berfikir adalah lebih baik menunaikan solat terlebih dahulu sebelum penghantaran dibuat. 

Hendak dijadikan cerita, selepas sahaja waktu solat.. hatinya berdebar2 bila melihat kenderaan yang dibawanya seperti telah dipecah dannnnn ajaibnya hanya barang2 yg beharga sahaja yang hilang manakala barang2 lain masih lagi berada dalam kenderaan tadi.. barang-barang beharga itu bernilai sehingga setengah juta.. Walau dalam keadaan panik, Abg A telah memberitahu pihak pengurusan (pengurus) dan pihak keselamatan syarikatnya bertugas dan bertegas untuk membuat laporan dengan segera. Tetapi... dengan pengurus yang tak berapa bijak, dan polis bantuan yang konon punyai pengalaman 17 tahun sebagai polis seolah-olah bertindak seperti tidak masuk akal bila menasihati agar Abg A membuat laporan di Balai Polis KLIA dan menyiapkan kerja dahulu (kebetulan barang hendak dihantar kesana juga) sedangkan kejadian berlaku pukul 2.00 petang di Kelana Jaya.. disebabkan kelewatan itu, Abg A hanya dapat membuat laporan pada pukul 10.00 mlm di balai polis KLIA..

Keesokan harinya Abg A telah ditahan reman dan polis telah mengklasifikasikan kes beliau adalah kategori jenayah berat.. Dalam keadaan yang agak perit itu juga, Abg A tidak dapat menyembunyikan apa yang terjadi dari anaknya yang sedang menghadapi ujian PMR.. hendak dijadikan cerita, bila anaknya balik dari menjawab kertas soalan sejarah dan geografi, setelah semakan semula dibuat.. hanya terdapat 2 kesalahan (paper objektif) bagi setiap paper.. anaknya balik berjumpa dgn isteri Abg A sambil menjerit2 gembira mencari 'mama..ayah mana? ayah mana? tak sabar nak bg tahu ayah ni.....' dengan seribu kepayahan si ibu memberitahu, 'ayah ditahan reman' apalagi... bercucuran airmata anaknya... 'kata ayah tak bersalah, kenapa ayah ditahan?'.. mungkin anaknya yang bijak itu tidak berapa faham apakah ditahan reman.. dan si ibu perlu menerangkan dengan lebih lanjut apakah maksud sebenar tahanan reman.. 

Abg A telah ditahan reman selama 4 hari berbanding 7 hari.. Abg A dilepaskan bersama 2 org lagi yang ditahan dengan jaminan polis.. Polis telah memberitahu Abg A adalah org yang teraniaya dan kes2 jenayah seperti itu adalah jenayah terancang dan begitu lick sekali.. Abg A telah berkongsi pengalaman bersama kami semasa ditahan reman.. Apa yg menarik, bila sesama mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dan hidangan roti kering berderai adalah wajib! Seperkara lagi Abg A berkata selama beberapa hari ditahan, perkara yang paling menyesakkan dada adalah bila teringatkan anak, isteri dirumah... Pengajaran yg dapat ku perolehi.. itu baru terputus didunia yang fana ini dalam sementara waktu.. bagaimana pula jika kita yg semestinya PASTI mengadapNya suatu hari nanti? Itu pasti akan menyesakkan lagi dada bila teringat sudah cukupkah amalan kita? Allahualam.. 

Setelah bebas, pihak syarikat pula ingin membicarakan Abg A untuk kesalahan yang di buat..Pada 5 Nov yang lalu, Abg A telah dibicara dan sesungguhnya beliau disalah kerana tidak mengikut SOP (Standard Operating System). Abg A selalu meluahkan isi hatinya kepadaku dan setiap kisahnya berkenaan perkara ini sudahku ketahui dan itu adalah sangat dihargai dan niat untuk membantunya tidak pernah putus.. 

Surat tunjuk sebab telah dibalas, surat akuan bersalah dan desakan untuk berhenti juga telah dibalas (tempoh 7 hari)... sekarang ini hanyalah untuk menunggu jawapan dari syarikatnya. 

Dari apa yang telah diteliti, SOP yang telah diedarkan bukan hanya patut dipatuhi oleh sebuah pihak sahaja, ia seharusnya dipatuhi oleh pihak-pihak lain.. malangnya, banyak kelemahan syarikat telah dikenalpasti.. Dari pengamatan rakan-rakan (ada yg menawarkan khidmat guman) kes2 seperti ini adalah alasan syarikat untuk mengurangkan tenaga pekerja dengan mencari alasan yang mudah.. Khidmat Abg A selama 19 tahun telah diperlekeh.. mujurlah Abg A seorang yang berjimat cermat dan pandai mengemaskini kewangan. Begitu juga dengan isteri beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang padanya.

Semoga beliau terus mendapat keyakinan untuk menghadapi dugaan ini dan sentiasa bermunajat padaNya.. sudah pasti.. rezki, ajal, maut, jodoh dan sebagainya adalah ketentuanNya..   





Thursday, November 8, 2012

:: Selamat Tinggal HP Mini ::

Genap setahun teman gadjet yang satu ini bersamaku.. kini tibalah masa untuk melepaskannya kepada sesiapa yang sudi memeliharanya.. Ramai yang bertanya unutk memilikinya, akhirnya rakan rapat sendiri yang   ingin membelinya 'nasib baiklah ada yg sudi memilikinya' kalau tidak duduk dalam kotak senyap-senyap.. :) (sebab dah ada 2 laptop lain)
Pemergiannya adalah untuk menyambut kehadiran gadjet lain....


Jasa dan baktimu sentiasa dikenang..


Terima kasih kerana sudi berbakti dan menemaniku selama setahun..
Macam 'habis manis, sepah dibuang' pula bunyinya.. ohh.. tidak sama sekali..
Berat hati pada mulanya, keputusan dibuat untk menjualnya adalah selama 3 bulan...
Dan ingin melepaskannya kepada mereka yg dipercayai sahaja..

Daripada dia sunyi dengan tuan sekarang, adalah lebih baik dia mendapat tuan baru.. Sayonara!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...