Monday, November 12, 2012

:: KetentuanNya ::



Sesuatu perkara yang kadangkala tidak terjangka dalam kehidupan seharian datang seperti kilat, halilintar yang membuatkan kita rasa tersentap.. seringkali memujuk hati berkata 'sesuatu musibah yang datang ada tersembunyi sebuah hikmah'.. namun, sejauh mana kita dapat memujuk hati dan percaya akan hikmah yang tidak diketahui bila akan berkunjung tiba... bila? bila? bila?.. semuanya dapat terjawab atau hanya boleh menanti dengan meningkatkan amal dan zikrullah padaNya.. 

Terpanjang pula pendahuluan, apa yang hendak dikongsi ini adalah untuk renungan semua berkenaan dengan saudara kandungku, Abg A. Ya, Abg A.... Abg A telah diarahkan untuk meninggalkan syarikat tempatnya bekerja atas sebab yang akan diceritakan sebentar lagi. Dengan statusnya sebagai ketua keluarga, mempunyai 5 org anak yang masih bersekolah (yang sulong sedang menghadapi SPM) dan yang bongsu berumur 4 tahun. Bermula cerita Abg A yang membawa kenderaan syarikat kurier antarabangsa untuk dihantar kepada pelanggannya.... disaat barang hendak diserahkan, pelanggan telah meminta supaya menangguh penghantaran. Memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat dan semua umat Islam lelaki wajib menunaikan solat Jumaat.. maka, Abg A telah berfikir adalah lebih baik menunaikan solat terlebih dahulu sebelum penghantaran dibuat. 

Hendak dijadikan cerita, selepas sahaja waktu solat.. hatinya berdebar2 bila melihat kenderaan yang dibawanya seperti telah dipecah dannnnn ajaibnya hanya barang2 yg beharga sahaja yang hilang manakala barang2 lain masih lagi berada dalam kenderaan tadi.. barang-barang beharga itu bernilai sehingga setengah juta.. Walau dalam keadaan panik, Abg A telah memberitahu pihak pengurusan (pengurus) dan pihak keselamatan syarikatnya bertugas dan bertegas untuk membuat laporan dengan segera. Tetapi... dengan pengurus yang tak berapa bijak, dan polis bantuan yang konon punyai pengalaman 17 tahun sebagai polis seolah-olah bertindak seperti tidak masuk akal bila menasihati agar Abg A membuat laporan di Balai Polis KLIA dan menyiapkan kerja dahulu (kebetulan barang hendak dihantar kesana juga) sedangkan kejadian berlaku pukul 2.00 petang di Kelana Jaya.. disebabkan kelewatan itu, Abg A hanya dapat membuat laporan pada pukul 10.00 mlm di balai polis KLIA..

Keesokan harinya Abg A telah ditahan reman dan polis telah mengklasifikasikan kes beliau adalah kategori jenayah berat.. Dalam keadaan yang agak perit itu juga, Abg A tidak dapat menyembunyikan apa yang terjadi dari anaknya yang sedang menghadapi ujian PMR.. hendak dijadikan cerita, bila anaknya balik dari menjawab kertas soalan sejarah dan geografi, setelah semakan semula dibuat.. hanya terdapat 2 kesalahan (paper objektif) bagi setiap paper.. anaknya balik berjumpa dgn isteri Abg A sambil menjerit2 gembira mencari 'mama..ayah mana? ayah mana? tak sabar nak bg tahu ayah ni.....' dengan seribu kepayahan si ibu memberitahu, 'ayah ditahan reman' apalagi... bercucuran airmata anaknya... 'kata ayah tak bersalah, kenapa ayah ditahan?'.. mungkin anaknya yang bijak itu tidak berapa faham apakah ditahan reman.. dan si ibu perlu menerangkan dengan lebih lanjut apakah maksud sebenar tahanan reman.. 

Abg A telah ditahan reman selama 4 hari berbanding 7 hari.. Abg A dilepaskan bersama 2 org lagi yang ditahan dengan jaminan polis.. Polis telah memberitahu Abg A adalah org yang teraniaya dan kes2 jenayah seperti itu adalah jenayah terancang dan begitu lick sekali.. Abg A telah berkongsi pengalaman bersama kami semasa ditahan reman.. Apa yg menarik, bila sesama mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dan hidangan roti kering berderai adalah wajib! Seperkara lagi Abg A berkata selama beberapa hari ditahan, perkara yang paling menyesakkan dada adalah bila teringatkan anak, isteri dirumah... Pengajaran yg dapat ku perolehi.. itu baru terputus didunia yang fana ini dalam sementara waktu.. bagaimana pula jika kita yg semestinya PASTI mengadapNya suatu hari nanti? Itu pasti akan menyesakkan lagi dada bila teringat sudah cukupkah amalan kita? Allahualam.. 

Setelah bebas, pihak syarikat pula ingin membicarakan Abg A untuk kesalahan yang di buat..Pada 5 Nov yang lalu, Abg A telah dibicara dan sesungguhnya beliau disalah kerana tidak mengikut SOP (Standard Operating System). Abg A selalu meluahkan isi hatinya kepadaku dan setiap kisahnya berkenaan perkara ini sudahku ketahui dan itu adalah sangat dihargai dan niat untuk membantunya tidak pernah putus.. 

Surat tunjuk sebab telah dibalas, surat akuan bersalah dan desakan untuk berhenti juga telah dibalas (tempoh 7 hari)... sekarang ini hanyalah untuk menunggu jawapan dari syarikatnya. 

Dari apa yang telah diteliti, SOP yang telah diedarkan bukan hanya patut dipatuhi oleh sebuah pihak sahaja, ia seharusnya dipatuhi oleh pihak-pihak lain.. malangnya, banyak kelemahan syarikat telah dikenalpasti.. Dari pengamatan rakan-rakan (ada yg menawarkan khidmat guman) kes2 seperti ini adalah alasan syarikat untuk mengurangkan tenaga pekerja dengan mencari alasan yang mudah.. Khidmat Abg A selama 19 tahun telah diperlekeh.. mujurlah Abg A seorang yang berjimat cermat dan pandai mengemaskini kewangan. Begitu juga dengan isteri beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang padanya.

Semoga beliau terus mendapat keyakinan untuk menghadapi dugaan ini dan sentiasa bermunajat padaNya.. sudah pasti.. rezki, ajal, maut, jodoh dan sebagainya adalah ketentuanNya..   





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...