Saturday, February 19, 2011

:: Toothpaste Squeezing Device ::

Semalam ke pasar malam Bkt Anggerik, Cheras.. dilihat terdapat pelbagai jenis / aneka barang2 dan makanan di jual.. pasar malam ni special sikit sebab terbahagai kpd 2 iaitu golongan tionghua dan melayu... golongan tionghua ni kalau berniaga bersungguh2.. cthnya kalau menjual kek, dia punya preparation dah mcm nak bukak kedai kek (maksudnya kedai yg di dalam bangunan) penuh, panjang meja dan siap ada pembungkusan khas lagi.. kalau yg menjual jagung pulak, kualiliti jagungnya jauh lebih baik dari org kita, mereka siap ada pilihan jagung sama ada biasa or dari Cameron Highlands, from cameron warna tidak sekata..lebih besar dan manis.. Bermacam2 lagilahh kalau anda tgk sendiri tentu rasa tertarik.. ada sahaja idea mereka untuk lebih inovatif.. Peniaga jenis bangsa kita juga ada yg hebat tapi boleh dikira dgn jari.. Kakak yang jual putu piring kat situ memang sangat laku.. malah suka aku tgk gerai org kita dikerumuni pelanggan..

Jalan punya jalan mlm tu ternampak seorang apek membuat promosi barang yang aku pernah imagine suatu masa dahulu iaitu 'pemicit ubat gigi'..  haha

Padaku ianya sangat berguna terutama bila waktu pagi di mana kita akan mamai masuk ke toilet.. pastu nak membuka penutup colgate dan nak squeeze ubat gigi pun malas..belum lg kalau cover colgate tu tejatuh ker hilang kerr.. kalau ubat gigi dah nak abis lagi stress nak kena picit kemas2.. adoii.. 

Bila org ramai kerumun dan membeli, aku terpaksa menunggu apek tu melayan customer dia.. tunggu sbb nak dgr demo dia.. dia pun siap ckp 'nti sye kasi tunjuk itu demo, kalu beli tp tak tau kasi guna pun tak bole'.. disebabkan berminat aku menunggu sekejap..        


Satu set dengan tempat letak tooth brush

Kotak dia pun tulisan yang tak faham.. sib baik apek tu explain

Malas nak tunggu lama ditambah dah berkenan.. harganya pula hanya 10 hengget dan berbaloi.. terus jer grab!! 'memang sangat tidak menyesal' membelinya.. murah, mudah dipasang dan digunakan.. siap lepas ni kalau ada lagi nak beli untuk ayah aku.. dia mesti suka gadjet2 mcm nihh dan lagipun bila tgk ubat giginya selalu jer penutup hilang.. 

Keratan rentas - senang dipasang dan hanya sumbatkan ubat gigi. Ia mampu menyedut ubat gigi sehingga licinnn..
Seronok sangat sesuatu benda 'remeh' yang pernah diimpikan ada dipasaran.. uhhh tiada yang mustahil..


Dannnn ianya semudahhh inii... :D... wehuuuuu..


5 comments:

-aTy- said...

MENARIK!!!

ferus said...

Menarik dan tertarik.. :))

Sue Chanteq said...

cam best jek gadget ni..nak beli jugak walaupun saya akan dikutuk oleh org kat umah tuh..nak picit ubat gigi pun malas???tp ade aku kesahhh?!
kat mane bkt anggerik tuh ek?nak g cr gak ni...

ferus said...

Bukit Anggerik, Cheras... dekat dgn Taman Desa Baiduri.. quarters polis kat Cheras, sure ramai yg tau that area..Setiap malam sabtu..

Tapi masa pergi lagi 2 minggu slps itu, apek tu dah jual brg lain.. 'Nano Ceramic Knife' menarik juga tp tak belipun :)

Sue Chanteq said...

lorr area desa baiduri je ke..kat situ byk sgt taman, sampai xtau name...klu area tuh tau sgt la...
xpe, nnt i g skodeng juge ape yg best disana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...