Monday, September 24, 2012

:: Coconut / Lychee Shake ::

Masa training di Jalan Semarak tempoh hari.. ramai yang berkata2 'dah try coconut shake?'.. kemudian saya tanya 'sedap ker?' .. 'SEDAPPPPPP jawabnya'...

Okey bolehlah cuba this lunch hour..
Gerainya berada di luar dan agak jauh dari tempat latihan..
Jalan dalam keadaan panas..
Bila sampai dan melihat gambarnya sahaja.. dah membuatkan tekak haus!
Bila rasa.. YA memang sedap..
Tak berapa manis, terasa kelapanya sebab diblender dengan isi kelapa..
Terasa vanilla ice-cream.. lemak-lemak sedikit..
wallarrr... melalui tekak..
Sedapnya.. nikmat tidak terhingga.. Alhamdulillah..



Sesiapa yang teringin silalah ke gerai berhampiran TM Training College, gerai yang first sekali.. ditepi jalan..

:: Kerang Yang Berbulu ::

Semalam pergi ke pasar malam sekitar rumah, melihat akan jualan bahan-bahan basah seperti ikan, daging, sayur.. Semuanya fresh bukan main.. Harganya tentu mahal rasanya berbanding pasar besar.. Tapi tidak mengapa, janji cepat, mudah, senang, dekat dan yg paling penting segarrrr... Dah macam motto pulak.. 



Dalam pada berjalan2 tu ternampak sejenis spesis kerang yang digelar 'kerang bulu'.. Ya, memang kerang ni berbulu.. Mungkin ramai yang dah tahu.. Tapi aku nih semacam gayat sebab pes time tengok.. Haha

Sebelum ini mmg ramai yg bercerita tentang kesedapan kerang ini.. Cumanya susah untuk didapati.. Kebetulan rezeki menyebelahi, dapatlah merasa... Alhamdulillah.. Itupun tanya dengan abg yang menjual tu betul ker kerang bulu.. Dan jawabnya 'ya' sambungnya lagi..'masak mcm kerang biasa tu, cumanya dia berbulu dan besar'.. Sepinggan tiga hengget setengah dan adalah dalam 20 ketul.. Tak tahulah mahal ker murah.. Tapi nak merasa sgt kannn..

Balik rumah jer terus capai periuk, basuh kerang sehingga bersih, ketuk serai sebatang, letak 1/2 sk garam, air sikit (sebab akan kluar air nanti).. Rebus sehingga masak. Bila rasa memang sedap, manis2 dan kenyal.. Terfikir kalau buat sambal tentu sedap. Cumanya nak rasa keaslian isinya, itu yg tidak mahu ditambah banyak bahan lain.. Nak pula masa beli tu cengkerangnya masih bukak, katup.. Bukak katup lagi.. Fresh! Atau yg dah matipun baru jer mengucap.. Hehe
Dengar cerita kalau dibuat rendang pun sodap! Ala2 style org nogori.. :)

:: Sekadar Berkongsi ::

Sekadar berkongsi ilmu dari kelas yang dihadiri tempoh hari untuk rakan-rakan blogger diluar sana..
Seorang ustaz telah memberitahu sekiranya kita hambaNYA ingin rasa selamat, rasa dilindungi dari ketua yang bengis, musuh dan mahukan sesuatu berada dalam keadaan baik.. tidak kira pada kenderaan, pakaian dan sebagainya.. bacalah ayat ini.. Semua yang berada di muka bumi ini adalah milikNYA dan suatu hari nanti akan kembali denganNYA....

Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada orang atau air untuk di minum.


"Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali." 

Selamat beramal.....

Sunday, September 23, 2012

:: Mengidam Peria Goreng Rangup ::

Malam semalam teringat kat peria goreng rangup macam kat kedai Mahbub, Bangsar.. Cuma bila nak pergi ke Bangsar terasa penyakit kemalasan melanda teramat sangat.. Kebetulan pula ada pasar malam di kawasan rumah, maka agenda mencari peria katak bermula.. cuma resepinya main agak2 sahaja. Sepatutnya  guna serbuk kari sebab terasa rempah-rempah sedikit. Tetapi masa tu nak mencari pek besar serbuk kari yang baru digunakan sekali sahaja seperti hendak mencari harta karun..lupa sangattt letak dimana.. maka gunalah serbuk kunyit, tepung gandum dan garam sahaja. Nak dijadikan cerita, sehari selepas itu baru jumpa serbuk kari dalam fridge lama dibahagian tersembunyi. hrmmmmm.... 



Insiden mencari serbuk kari tak jumpa, dan terasa lari sedikit rasanya.. Apapun jom check resipi..

Bahan-bahan dan caranya :

Sebiji peria dipotong nipis bulat dan dibuang bijinya
Serbuk kunyit atau serbuk kari
1 1/2 sb tepung gandum
Garam dan minyak untuk menggoreng  

Peria dipotong nipis dan direndam dengan garam sebentar (untuk mengurangkan pahit)*Setelah itu toskan dan keringkan peria dengan kitchen towel*Gaulkan peria dengan bahan-bahan lain.. tepung gandum, serbuk kari/kunyit dan garam sedikit*Goreng sehingga garing dengan api yg sederhana..

Alhamdulillah.. menjadi juga.. ranguppp.. cuma kalau ada rasa rempah kari lagi sedap agaknya.. :))

:: Daging Goreng Kunyit ::

Semasa musim raya banyak sangat sajian berasaskan daging dari lembu, kambing, rusa dan bagai.. Menu yang paling kena sekali bila dimakan dengan nasi impit atau ketupat tentulah rendang.. cuma kambing jer dibakar, dipanggang.. ikut sahaja selera masing-masing..


Lepas-lepas raya ni rasa nak makan daging lagi.. tapi dengan masakan yang paling mudah.. semudah dengan masak sambil memejam mata.. ohh, boleh kerr?? :)

Ok, jom tengok resipi mudah ini..


Bahan-bahan & caranya : 

300-400 g daging lembut (saya guna batang pinang)
2 bj bawang besar (dipotong besar)
Sebiji ketang (dipotong seperti fries)
5 biji cili padi
1/2 sk serbuk kunyit
Garam & gula 
Minyak untuk menggoreng 

Daging dipotong agak nipis dan diperap kunyit, garam dan gula sebentar*Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga empuk dan angkat*Goreng pula daging yang diperap tadi sehingga agak garing atau sekadar masak sahaja, angkat dan toskan*Tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga berbau dan bawang agak layur, masuk kentang dan daging*Perasakan sedikit dan sekira perlu letak sedikit air, sedikit sahaja yer... sekadar mencairkan gula or garam yang masih berketul..*Angkat dan boleh dihaidang dengan nasi panas.. lagi sedap dengan tempoyak.. huh!!

Senangkan?? :) 





Monday, September 10, 2012

:: Masih beraya lagi? ::

As Salam semua.. :) 



Musim-musim raya begini terlalu banyak yg mengadakan 'open house'.. sampaikan tidak tertunai jemputan yang datang menimpa-nimpa.. Belum cerita di tempat kerja lagi, berapa banyak division dan boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja undangan.. undangan di pejabat memang selalu dipenuhi, maklumlah bila pula diadakan masa makan tengahari tentulah teringat makanan yg melambai-lambai..

**************** 

Murahnya rezeki.. syukur dengan kurniaan Illahi.. makanpun makan juga.. bila tengok skala penimbang,  ia mampu menjadi masalah dunia..errkk! Lepas ini perlu ada perancangan kesihatan yang lebih baik.. 

Itulah hakikat, nikmat dariNya yang tidak pernah putus..

Kadangkala kemeriahan open house dapat dirasa sehingga ke penghujung Syawal malah ada jugak yang terlajak.. yup memang ada.. Puasa Enam pun tak cukup enam hari sebab terlalu banyak open house katanya.
Kalau tidak hadir atau menjamah makanan akan takut pula pihak yg menjemput berkecil hati.. Macam-macam 'pesen' pulak kannnn.. :)

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua tetamu blog ini.. :) :) :) 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...