Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

:: Kryolan - Baru Tercapai Hasrat ::


As Salam semua, kali ni bukan nak cerita pasal masak-masak tapi pasal alat solek atau make-up yang dah lama terpendam untuk dimiliki dari sehari ke sehari.. Baru-baru ini, Alhamdulillah baru tercapai. Masa google memang terlalu banyak yang berurusniaga secara online untuk jenama ini.. tapi warna yang dikehendaki atau hot colour wanita asia memang banyak yang 'out of stock'. Bila google-google lagi nak cari pengedar sah (cehh.. macam nak beli banyak) di Malaysia.. so, terjumpalah pengedar tunggal Malaysia Cosmoprof Sdn Bhd di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan. Ingatkan class sangat kedainya.. tapi alahai itulah yg dlm pic dan dalam bangunan lama (dulu dikenali sebagai Wisma HLA).. Hargapun sebenarnya lebih kurang sama dengan yg online, cuma semua colour ada di sini. Bagi yg bisness online tu diorg borong kat Indonesia agaknya sebab sana murah, kalau tidak manalah nak untung..





Hari tu dapat grab 2 TV Paint stick, 1 supracolour dan sponge dan hampir mencecah ke 300 hengget lepas 10% off ..huhh! lebih kurang macam counter brand make-up yang lain.. cumanya hasil dari jenama ini mungkin lagi cantik.


Next target pula macam hendak memiliki eyeshadow yang menarik seperti di atas tapi lebih kepada warna-warna gelap untuk smokey eyes dan plastic eyebrow pencil untuk penyamaran/membentuk kening. Terlalu banyak keluaran bagi jenama ini sampai rambang mata.. cumanya pengguna perlu bijak memilih sekiranya ia benar-benar diperlukan. 

Saturday, April 23, 2011

:: Hair treatment @ home ::

Hair treatment @ rawatan rambut disalon selalunya akan mencecah kepada $80-$120 mengikut kepada panjangnya rambut dan jenis krim rawatan yg digunakan..

Bagi mereka yg agak mementingkan kesihatan rambut, ianya perlu dirawat paling kurang sebulan sekali atau yg kerap mewarna, mengeriting, melurus.. ianya perlu dibuat 2 minggu sekali..

Sekiranya anda yg pernah mewarnakan rambut, selepas anda mewarnakan.. salon girl akan terus menawarkan khidmat merawat.. ini untuk mengukuhkan kembali stuktur rambut yg telah poros apabila proses mewarna tadi.. begitu juga bagi proses keriting dan lurus..

Dalam erti kata lain 'rawatan rambut' adalah penting.. selain mengelakkan rambut kering, pecah pada hujungnya ia juga tidak membuatkan rambut mudah putus.. Untuk pengetahuan semua, proses rawatan juga boleh dibuat di rumah.. oh bagaimana pulak yerr?? errrmmm senang jer... antara peralatan yg diperlukan adalah seperti berikut:-



  • Hair treatment cream (apa2 jenama yg sesuai)
  • Sikat untuk mewarna/merawat
  • Klip rambut
  • Tuala untuk mengering & membalut kepala (good morning pun ok)
  • Air suam yg diletak dlm bekas sederhana besar

KAEDAH :

1. Cuci rambut dan keringkan sehingga separuh kering
2. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian dari atas ke bawah..
3. Ambil rambut sedikit demi sedkit dari bahagian bawah kepala dan mulakan menyapu krim  rawatan dariatas ke bawah..
4. Ulangi sehingga habis dan klip keseluruhan rambut..


5. Ambil kain lembab/suam dan balut kemas


6. Tunggu sehingga 20-30 minit (masa ni adalah aktiviti bebas)
7. Cuci seperti biasa dan blow kemas...

Mudah jerr kann.. :D

Friday, April 22, 2011

:: Salon products @ Despotic shop ::

Lanjutan dari N3 sebelum ini.. pemandangan yg aku rasa sangat seronok tatkala sudah besar panjang ini adalah disini.. :) ohhh.. ini salah satu sahaja.. ada bnyk lagi kedai yg menarik.. ermm.. BAHAYA nihh.. :p

Ok, jom ikut i ronda-ronda tgk apa yg ada dlm kedai ni.. :)

Nails accessories..

Salon equipments..

Among the products..

Dibhg ini kelengkapan untuk mengeriting,
 mewarna rambut, towels and so on..

Bain de tare hair product..

also, among the products..

Brushes..
Sekiranya anda berkenderaan adalah sgt tidak dicadangkan ke HQ Despotic.. parking adalah suatu masalah besar.. jadi adalah lebih baik jika anda ke Sg. Wang Plaza untuk membelinya. tambahan pula disana terdapat bnyk kedai sebegini yg boleh anda buat perbandingan harga.. harga disini dan di Sg. Wang adalah lebih kurang sahaja... lain pula cerita kalau anda nak buka salon or spa centre..  bolehlar anda kesini, memang rambang mata jadinya sbb terdapat bnyk sangat pilihan.. ok, untuk kesini alamat adalah spt berikut:-

Despotic salon signature
No63B-2 Jalan Sultan, 50000 KL

Enjoyyy!! :)

Thursday, April 21, 2011

:: Hair treatment cream & lotion ::

Hari ini sekali lagi seharian meeting sampai dah rasa 'lebam' tekak pun mcm dah kering berckp.. huh
Belum lagi bila berhadapan dgn kerenah birokrasi.. errmm biarlah mereka dan keluarga mereka gembira seadanya.. :)

Itu bukan topik sebenar, apa yg ingin dikongsi adalah berkenaan sebuah kedai pembekal/pemborong alat dan bahan salon dijalan Sultan.. Kebetulan mesyuarat di Bkt Mahkamah, sempatlah menyinggah kesini..

Rasa macam suatu kepuasan bila dapat masuk kedai ini.. barang-barang yg dijual juga sgtlar pelik-pelik walaupun pada suatu masa dahulu aku pernah mengikuti kursus kecantikan.. bnyk benda2 pelik lagi yg aku tak pernah tgk pun ada..

Tujuan kesini kali ini adalah untuk membeli 'hair treatment cream' yg mmg dah lama habis.. dlm pada tujuan sebenar, sambil2 juga melihat kalau ada brg2 lain yg terrrr'bekenan'... tapi limit not than $100 sebab dah kategori 'kering' jugak nih.. :(


Hair lotion.. nice fruity smell..  300 ml @ $25.00


Hair treatment cream.. 800 ml @ $60.00 


Produk2 ini telah dicadangkan oleh sales girl dikedai tersebut dan menurutnya sgt berkesan dan menjadi pilihan ramai.. ok, i kena cuba dulu and will give the feedback then.. ;)

Inilah sahaja brg2 yg sempat dan mampu dibeli.. :)
Maklumat kedai dan apalagi yg ada jual disana akan diupdate pada N3 seterusnya.. :))

Thursday, April 7, 2011

:: Sumber makanan tambahan ::

Semasa bercuti ke Perth yg lepas, aku sempat membeli fish oil omega 3 dan multi-vitamin yang harganya jauh lebih murah berbanding disini.. semasa disana, terlalu banyak tawaran hebat berkenaan produk kesihatan sehinggakan tidak tahu mana yg terbaik..

Ok, inginku kongsikan bersama apakah supplement yg menjadi teman harianku..


  1. Evening primrose oil..
  2. Multi vitamin
  3. Calcium plus
  4. Fish oil omega 3
Ada yg menyatakan ianya tidak diperlukan dan boleh diperolehi dari makanan harian... tp sebenar-benarnya kalau nak memperolehi kesemua vitamin dr makanan yg diambil memang ianya adalah sesuatu yg mustahil..
Kesimpulannya supplement juga penting sebagai pelengkap kesihatan selain mempunyai tidur yg mencukupi.. :)

Saturday, March 26, 2011

:: Micro sculpting cream ::

Sebelum ini, bila melihat harganya RM85.00 di Pasaraya A.. memang tiada niat langsung untuk memilikinya walaupun mengetahui keberkesanannya..



Tetapi minggu lepas ke sebuah farmasi.. harganya slps diskaun RM75.00..
Woowww!! murahh..
Ialah hg sebenar RM96.00..
Bukan kurang pada 85.00.. malah 75.00..
huhhh... mulalahhh nafsu perempuan menguasai diri..
'rugi kalau tak beli sementara ada promotion nihh'...
hrmmmm?????

OK!!
Semasa byr dapat lg baucer RM5.00.. lagi murahhh...
Alhamdulillah.. rezki2!! :)

************

Regenerist Micro-sculting Cream berfungsi untuk menghilangkan kedutan, kesan kejatuhan pada muka akibat lemak dan menegangkan kulit muka selain mengekalkan lebapan kulit..

Ianya sesuai diguna pada waktu malam kerana sel2 gantian kulit terhasil pada waktu tidur malam hari..

Ok, apapun sebelum ini aku mengguna Clinique skincare...
Since dah ada product OLAY yg setandingnya...
Tak perlu lagi pening kepala untuk maintenance diri sendiri.. :)

Saturday, March 19, 2011

:: The best skin care? hrrmm ::

Semasa berkunjung ke salah sebuah pusat membeli-belah pada minggu lepas untuk membeli pelembab muka OLAY white radiance.. ada pula seorang hamba Allah yg sedang rancak bercerita dgn sales girl disitu telah menyatakan produk-produk berikut adalah antara yg terbaik dari jenama OLAY..

Curiga ~ tentunya ada!!

Ohhh.. rupanya beliau dulu juga pernah bertugas di situ dan skrg pun masih menjadi promoter OLAY di Jaya Jusco...ok!! nampaknya bole percaya kottt...


OLAY white radiance - serum

Katanya, intensive brightning serum ini adalah menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.. berasaskan air dan mempunyai bid vitamin C.. selain menghilangkan kesan dan parut ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit..


OLAY - Total effects, 7 in 1 anti ageing eye cream ~

Yang ini pula eye cream yang menjadi pilihan bagi mereka yg mempunyai masalah lingkaran hitam mata.. krim ini juga menjadi pilihan bagi pelanggan dari China dan para pelancong yg dtg ke Malaysia.. alasan, di Malaysia produk OLAY dijual jauh lebih murah berbanding negara mereka..

Harganya sangat berbaloi berbanding counter brand skin care yang lain.. aku pernah mencuba jenama 'clinique' utk moisturizer.. tp ada iritation dan mungkin tdk berapaa sesuai dgn kulitku..

Nampaknya jenama OLAY juga yg sesuai.. dan memang sudah digunakan sejak zaman sekolah lagi.. :)

Dann akhirnya terpaksa akur untuk memiliki kedua-dua produk ini..  (huhh.. terpedaya juga aku)



Tuesday, March 8, 2011

:: Face cleansing wipes ::

Solekan nipis atau tebal yang dikenakan pada wajah selalunya tiada masalah janji kena pada masa, tempat dan keadaannya.. Tidak salah juga para wanita  diluar sana untuk nampak lebih menarik kerana itu salah satu nafsu yg ada pada perempuan..

Hrrmmm.. ada juga alasan kawan2 yang tidak mahu mengenakan solekan disebabkan nanti sukar untuk ditanggalkan.. ohh itu macam kaa??

Baiklah bagi sesiapa yang malas nak bersolek dan rasa sukar untuk menanggalkan solekan.. anda jangan risau lagi kerana ada produk dipasaran yg mudah dan sangat berkesan digunakan..

Setelah beberapa kali mencuba pelbagai jenama di pasaran, jenama ini dirasakan sangat mudah dan berkesan berbanding 'facial wipes' jenama lain..  

Mengandungi vitamins & lotus extract serta mudah digunakan pada bila-bila masa :)

Dengan menggunakan facial wipes, anda boleh melupakan losyen pencuci muka dan pembersih mata dan bibir.. Mengapa? kerana pembersihan muka pada bahagian mata selalunya akan mengalami kesukaran untuk dibersihkan.. tetapi dgn menggunakan 'facial wipes' ini, sudah tentuya tiada masalah lagi.. malah tiada langsung kesan mascara atau eye liner setelah muka dicuci.. dan ianya mudah dibawa kemana2..

Ohhh... ya, waterproof mascara pun tiada masalah untuk dibersihkan..:)


Tidak perlu untuk menggunakan kedua-dua pembersih ini lagi... :D

Ianya boleh didapati di Watson, Guardian dan beberapa pasaraya terkemuka dengan harga sekitar RM14.05 (after discount) - RM16.00 for 25 wipes

Selamat melaramm.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...