Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Monday, January 23, 2012

:: Pengat Pisang Tanduk ::

Bahagianya rasa bila sesekali cuti panjang sebegini..
Seronok sangat sebab no emails, no calls, no appointment, no meetings..
and segala yg no.no.no....
Accept for the personal matter..huhu
Happy CNY!

Bila Ops Sikap dah bermula.. nak berjalan2pun malas jadinya..
Sebab tak suka ada road block sana sini..
Aku ni kadang2 bukannya sopan sangat bila di jalanraya..
*sudah! kantoi*
Pernah member ofis sama juga org Melaka..
Masuk ofis terus dia sound..
'wahh lajunyerrrrr kat highway, sepantas kilat memotong'
akupun dgn pening2 lalat apasal dia sound aku camtu..
Katanya dia nmpk kete aku laju kedepan meninggalkan kete dia..
Aiyooo!!.. dia yg lambat atau aku yg laju..haha
Mmg gelak masa tu..apalar kantoi dgn mamat ni plak..
Mengaku jerlarr mmg aku yg laju..
Begitulah klu memandu sorang diri..
Nak elak mengantuk..

Cuti-cuti ni ayah turun KL lagi..
Sebab nak uruskan hal adik..
Kebetulan dia menyinggah masa ikut jln kampung di Rembau..
Belilah beberapa ketul pisang tanduk..
Minta untuk buat pengat pisang

Tadaa.. sudah siap dan sukatannya main sesuka hati.. 
Nasib baik menjadi.. itu kata kakak lerr.. ehh, terlebih sago..hehe
Bahan-bahan :

3 biji pisang tanduk 
2 bj kelapa (perah untuk 2 bahagian - dapatkan yg cair dan pekat)
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan
Sago (direndam)
Tepung gandum (dicampur air kapur dan air untuk dimasuk kecil2 dalam pengat)
Garam 

Pengat ni makan masa minum petang.. 3 biji pisang tanduk rasa bnyk sangat.. tapi sebab ramai, maka cepat jerr dihabiskan.. ;)

Monday, January 2, 2012

:: Bubur Pulut Hitam Durian ::

Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan bermula..
Pagi2 lagi aku sudah sampai ke Pejabat..
Sangkaku jalanraya kembali sesak..
Ohh.. ianya meleset sama sekali..
Jalanraya lengang bukan main..

Selalunya cuti sekolah parents akan bercuti..
Dah start sekolahpun parents ikut sekolah..
Hrmm..
Sehari dua jer yang lengang pun..
Lepas tu siaplahh..


************

Petang semalam, tiba2 rasa teringin sgt nak mkn durian..
Bila dah beli durian, tak boleh pulak nak makan lebih dari 3 ulas..
Memang selalu mcm tu, sedap manapun.. mahal manapun..
Kecuali kalau di masak, berulang kalipun boleh berulang..
Tak kisahlar dibuat bubur, tempoyak atau apa2.. janji dimasak..
Memang akan berselera..

Durian kuning untuk dimakan sahaja.. yg putih (durian kampung) di buat bubur.. 

Disebabkan itu takut durian yg ada terbiar..
Terfikir nak buat bubur pulut hitam durian..
Untuk dessert beberapa hari ini..

Jom nak share recipe : 

250g beras pulut hitam (dicuci bersih dan direndam)
1 liter air (untuk merebus pulut dan dibancuh dgn santan) 
2 Helai daun pandan 
1 Kotak santan rendah lemak M&S 
1 1/2 ct garam 
2 cb gula merah 
5 cb gula perang 

Pulut hitam yg sudah kembang 

Beras pulut dicuci bersih dan direndam selama 3 jam. Rebus beras pulut yg direndam sehingga kembang bersama daun pandan. Setelah beras pulut kembang, masukkan durian dan tambah sedikit air, kacau sehingga rata dan biar mendidih sebentar. Kemudian tuang pula santan pekat M&S, terpulang kepada anda untuk rasa kelemakkannyer  :), letak gula dan garam secukupnya mengikut citarasa masing2.. Siap untuk dijamah.

Panas-panas lagikkk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...