Saturday, April 30, 2011

:: Klise ::

"I belum kahwin lagi.."
***
"I tak pernah cerita apa masalah i pada org lain.."
"Dah lama i admire dgn u"

ermmm.. jawapan klise ini dikaitkan dgn insan yg bergelar L.E.L.A.K.I

Bosannnnn... inilah hakikat.. Benciiiii.. inilahh dunia... Meluattt.. inilah dugaan..

Apa yg pasti... ada aku kisah???
-
-
-
Dgn klise ini...
Bukan ingin menolak takdir dariNya..
Cuma terkadang bila ianya sukar untuk diterima, lebih baik menjauh..
Takut kelak akan merasa jelak..
-
-
-
Dgn klise ini...
Jangan rasa aku berada di alam khayalan..
Apatah lagi hanyut di buai impian yg tidak pasti..
-
-
-
Dgn klise ini...
Terlalu pantas aku menghidu sesuatu yg tdk kena..
Tidak perlu pertemuan, tidak perlu kata-kata manis..
Dari aksi yg berpura-pura.. terbukti ada hati insan lain yg perluku jaga..
Owhh.. tatkala ini pengalaman lepas itu adalah sgt berharga 
-
-
-
Dgn klise ini...
Kebahagiaan kini tidak boleh dijual beli..
Pada mereka yg mempunyai t/jawab atau amanah dari Allah
Laksanakan ia sebaik mungkin..
-
-
-
AKU

Sunday, April 24, 2011

:: Apam balik NUTELLA.. ::

Bila tgk kat dapur ada Nutella yg dah nak expired.. terfikir apa nak buat supaya tdk terbuang..ermmm..fikirkan anak2 buah memang suka mkn nutella nih.. kepala pun ligat nak mencari apa menu yg sesuai utk dijamah mereka..

Malam td ke pasar malam tgk ada org jual apam balik perasa biasa dan pandan.. uhh, apa kata buat apam balik nutella/coklat pun menarik juga.. lagipun kalau dah dgn nutella bdk2pun suka..


Tadaaaaaaa!!!... siap untuk dihidang..




Versi tebal dan nipis.. ermmm sgt menyelerakan :)


BAHAN-BAHAN :

2 cwn tepung (saya guna tepung roti blue key)
1 sb serbuk koko (saya guna hersyes)
1/4 cwn gula
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st baking powder
1 bj telur besar
1 1/2 cwn susu
1 sb mentega
Inti
Gula
Kacang tumbuk
Jagung
Nutella

CARA-CARA :


Apam balik SDN BHD!

Dengan menggunakan mesin pengisar, kisar telur & gula sehingga kembang*masuk soda bicarbonate, baking soda*tambah tepung, sebuk koko, susu dan kisar lagi sehingga adunan sekata*sediakan non stick pan*masuk sedikit mentega dan tuang adunan untuk saiz yg dikehendaki*bila nampak buih terus masuk gula, kacang, jagung dan nutella*setelah masak, lipat dua dan angkat* sedia utk dihidang...:)

Enjoyy!!

:: Mihun goreng tauchu ::

Pagi Ahad yang melegakan bila semua tugasan sudah siap dilaksanakan.. menu kali ini adalah menu tangkap muat.. terasa nak buat mihun tauchu.. lagipun bnyk bhn2 yg sudah habis.. rencah ayam, sotong dan udang dlm peti yang lebih haritu boleh juga ditambah skali.. ini  adalah menu untuk sarapan pg dan mkn tengahari ini..




400g mihun
100g ayam - dipotong kecil
15 ekor udang - dibuang kulit dan belah belakang
Sawi
Lobak merah
Kobis bunga - optional
Daun sup
3 ulas bawang putih - dikisar
7 ulas bawang merah - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
1 1/2 sb tauchu
1 kiub ikan bilis
1 sd sos tiram
3 sb kicap manis
Minyak secukupnya

CARA-CARA:

Goreng bahan kisar hingga garing*masuk udang, ayam, sotong sos tiram dan kicap dan kiub ikan bilis*kacau dan masuk tauchu*masuk mihun dan sayur*Kacau rata dan tunggu sehingga masak..

SIAPP!!

Saturday, April 23, 2011

:: Hair treatment @ home ::

Hair treatment @ rawatan rambut disalon selalunya akan mencecah kepada $80-$120 mengikut kepada panjangnya rambut dan jenis krim rawatan yg digunakan..

Bagi mereka yg agak mementingkan kesihatan rambut, ianya perlu dirawat paling kurang sebulan sekali atau yg kerap mewarna, mengeriting, melurus.. ianya perlu dibuat 2 minggu sekali..

Sekiranya anda yg pernah mewarnakan rambut, selepas anda mewarnakan.. salon girl akan terus menawarkan khidmat merawat.. ini untuk mengukuhkan kembali stuktur rambut yg telah poros apabila proses mewarna tadi.. begitu juga bagi proses keriting dan lurus..

Dalam erti kata lain 'rawatan rambut' adalah penting.. selain mengelakkan rambut kering, pecah pada hujungnya ia juga tidak membuatkan rambut mudah putus.. Untuk pengetahuan semua, proses rawatan juga boleh dibuat di rumah.. oh bagaimana pulak yerr?? errrmmm senang jer... antara peralatan yg diperlukan adalah seperti berikut:-



  • Hair treatment cream (apa2 jenama yg sesuai)
  • Sikat untuk mewarna/merawat
  • Klip rambut
  • Tuala untuk mengering & membalut kepala (good morning pun ok)
  • Air suam yg diletak dlm bekas sederhana besar

KAEDAH :

1. Cuci rambut dan keringkan sehingga separuh kering
2. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian dari atas ke bawah..
3. Ambil rambut sedikit demi sedkit dari bahagian bawah kepala dan mulakan menyapu krim  rawatan dariatas ke bawah..
4. Ulangi sehingga habis dan klip keseluruhan rambut..


5. Ambil kain lembab/suam dan balut kemas


6. Tunggu sehingga 20-30 minit (masa ni adalah aktiviti bebas)
7. Cuci seperti biasa dan blow kemas...

Mudah jerr kann.. :D

Friday, April 22, 2011

:: Salon products @ Despotic shop ::

Lanjutan dari N3 sebelum ini.. pemandangan yg aku rasa sangat seronok tatkala sudah besar panjang ini adalah disini.. :) ohhh.. ini salah satu sahaja.. ada bnyk lagi kedai yg menarik.. ermm.. BAHAYA nihh.. :p

Ok, jom ikut i ronda-ronda tgk apa yg ada dlm kedai ni.. :)

Nails accessories..

Salon equipments..

Among the products..

Dibhg ini kelengkapan untuk mengeriting,
 mewarna rambut, towels and so on..

Bain de tare hair product..

also, among the products..

Brushes..
Sekiranya anda berkenderaan adalah sgt tidak dicadangkan ke HQ Despotic.. parking adalah suatu masalah besar.. jadi adalah lebih baik jika anda ke Sg. Wang Plaza untuk membelinya. tambahan pula disana terdapat bnyk kedai sebegini yg boleh anda buat perbandingan harga.. harga disini dan di Sg. Wang adalah lebih kurang sahaja... lain pula cerita kalau anda nak buka salon or spa centre..  bolehlar anda kesini, memang rambang mata jadinya sbb terdapat bnyk sangat pilihan.. ok, untuk kesini alamat adalah spt berikut:-

Despotic salon signature
No63B-2 Jalan Sultan, 50000 KL

Enjoyyy!! :)

Thursday, April 21, 2011

:: Hair treatment cream & lotion ::

Hari ini sekali lagi seharian meeting sampai dah rasa 'lebam' tekak pun mcm dah kering berckp.. huh
Belum lagi bila berhadapan dgn kerenah birokrasi.. errmm biarlah mereka dan keluarga mereka gembira seadanya.. :)

Itu bukan topik sebenar, apa yg ingin dikongsi adalah berkenaan sebuah kedai pembekal/pemborong alat dan bahan salon dijalan Sultan.. Kebetulan mesyuarat di Bkt Mahkamah, sempatlah menyinggah kesini..

Rasa macam suatu kepuasan bila dapat masuk kedai ini.. barang-barang yg dijual juga sgtlar pelik-pelik walaupun pada suatu masa dahulu aku pernah mengikuti kursus kecantikan.. bnyk benda2 pelik lagi yg aku tak pernah tgk pun ada..

Tujuan kesini kali ini adalah untuk membeli 'hair treatment cream' yg mmg dah lama habis.. dlm pada tujuan sebenar, sambil2 juga melihat kalau ada brg2 lain yg terrrr'bekenan'... tapi limit not than $100 sebab dah kategori 'kering' jugak nih.. :(


Hair lotion.. nice fruity smell..  300 ml @ $25.00


Hair treatment cream.. 800 ml @ $60.00 


Produk2 ini telah dicadangkan oleh sales girl dikedai tersebut dan menurutnya sgt berkesan dan menjadi pilihan ramai.. ok, i kena cuba dulu and will give the feedback then.. ;)

Inilah sahaja brg2 yg sempat dan mampu dibeli.. :)
Maklumat kedai dan apalagi yg ada jual disana akan diupdate pada N3 seterusnya.. :))

Wednesday, April 20, 2011

:: Kata-kata nasihat - Bhg 2 ::

  1. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  2. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
  3. Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
  4. Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
  5. Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
  6. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  7. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  8. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  9. Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  10. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

:: Mee segera goreng tomyam ::

Jika sebelum ini resepi mee segera goreng pedas tapi kali ini diubahsuai kepada perasa tomyam..
Memang saja dibuat warna putih sebab perencah yg digunakan juga adalah perencah TOMYAM PUTIH..
Memang best and u shud try!!
Maka, hasilnya adalah seperti dibawah ini.. let's check it out the recipe.. :)


Mee goreng tomyam versiKU
BAHAN-BAHAN :-

Mee segera cintan - pek yg ada 5 ketul mee
100g isi ayam yg dipotong kecil
15 ekor udang sederhana kecil - dibuang kulit
Sotong - dipotong kecil 
2 bj bwg besar - dikisar
4 ulas bwg putih - dikisar
10 bj cilipadi - dikisar
2 bungkus perencah serbuk tomyam putih adabi
1 kiub ayam knorr
2 btg serai - diketuk
2 helai daun limau perut
Sayur kobis bunga
Sawi
Lobak merah
Segenggam daun ketumbar - dihiris kasar
Minyak
Garam (jika perlu)


CARA-CARANYA :-

Celur mee, tapis dan ketepikan*tumis bahan kisar hingga garing, masuk serai dan daun limau perut*masuk ayam sotong dan udang*letak kiub ayam*masuk sayur-sayuran*masuk perencah tomyam dan akhir sekali masukkan mee.. kacau rata dan sehingga masak. 

:: Antara kewajipan disini dan juga disana ::

Salam semua..

Sudahkah anda menjalankan t/jwb untuk menghantar maklumat untuk PCB??
Sekiranya belum sila-sila untuk menjalankan t/jwb ini sebelum hujung bulan ini..
Bagaimana peruntukan ini digunakan? tidak bole dipersoal..
Tanya sahaja apa kemudahan yg diperolehi hari ini..

P/S : Sila semak sebaik mungkin online form anda seblm dihantar..
Jgn jd sepertiku yg tak sabar2 nak submit sgt sampai tersilap key-in figures..
Dah satu keje nak prepare cover note, bw borang e-BA dan EA form ke LHDN..untuk dikira secara manual.. hahaha.. padan mukaku..
Ohh.. ada juga kwnku yg buat silap.. so, kitorg together-gether ke LHDN..
Terima kasih En. Rohaizad kerana memberi maklumbalas sepantas kilat.. :)


****************


Dapat sampai 2 penyata yg sama.. dari 2 pihak yg berlainan.. Rajin bebenor!!

Ini cerita lain pula.. bagaimana dgn kewajipan sebagai seorang Islam...
Melaksanakan zakat pendapatan.. Adakah kita sudah memenuhinya?
Saya ingin mengesyorkan kpd Muslimin dan Muslimat diluar sana..
Anda digalakkan untuk memotong zakat dan ianya boleh ditolak dari jumlah PCB yg dibayar sehingga pada kadar100%..

Cth :
Jumlah PCB yang dibayar : RM 170.00
Jumlah potongan zakat : RM 150.00 @ 170.00
Jumlah PCB hanya : RM20.00 @ Nil

Sekiranya zakat adalah 100%.. tiada bayaran PCB akan dikenakan..
Dan anda tidak perlu risau Zakat yang telah dibyr akan dihitung dlm PCB dan refund akan diberikan kemudian.
Dan adalah lebih afdhal bagi golongan muslimin dan muslimat berbelanja hasil halal (Insya Allah) ke jalan yg lebih diredhai.. Bukan gitu??

Tepuk dada tanya selera.. :D

Tuesday, April 19, 2011

:: Kata-kata nasihat - Bhg 1 ::

  1. Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
  2. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan 
  3. Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab
  4. Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya. 
  5. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. 
  6. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis. 
  7. Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya. 
  8. Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
  9. Rasulullah bersabda bermaksud: "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-Hakim. 
  10. Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

:: Sambal goreng style Melaka ::

Bermula dari semalam, mood nak masuk office memang tidak ada langsung...
Rasa tersangatlah bosan, mengantuk dan mcm2 lg.. Smlm pun bnyk sgt meeting..
Hari ini pun semangat masih belum 'mari'.. ermmm..entahlahh.. mujur tiada benda yg penting arini..

Bila dah rasa bosan, nak pegi makan pun tidak beriya2 mana..
Dan buntu fikirkan nak makan apa dekat sekitar kawasan rumah ni..

Antara rajin dgn tidak aku masak juga.. sebab teringin sangat nak makan sambal goreng ala2 style Melaka.. so, layanlarr diri jugak.. dulunya menu ini adalah menu feveret setiap kali pulang ke hostel.. sampaikan bila dah habis rasa mcm tak sabar nak balik rumah and msk bnyk2 lagikk.. :)
Sampai satu tahap arwah mak marah tak kasik makan cili bnyk2.. takut penyakit tut..tut..

Ok, resepi sempoinya adalah seperti berikut:-



20 tangkai cili kering - dipotong, buang biji, dicelur air panas, dikisar
Minyak secukupnya
1 bj bawang besar - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
4 ulas bawang kecil - ditumbuk/hiris
20g ikan bilis (lebihpun takpe) 
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula

Kisar bahan2 yg perlu dikisar*panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga kekuningan dan angkat*tumis bawang yg ditumbuk kedalam minyak tadi*setelah bawang wangi masuk bahan kisar dan kiub ikan bilis*goreng dengan api yg kecil dan sentiasa kacau sehingga cili benar2 garing dan masuk garam dan gula mengikut citarasa (bertukar warna dari warna cili asal ke warna agak gelap.. tapi bukan hangus ya..)*bila cili benar2 garing masuk ikan bilis goreng tadi dan boleh diangkat*tabur baki ikan bilis keatasnya..

Bagi sesiapa yang menggilai sambal goreng kering sebegini, boleh mencubanya. Seperkara lagi ianya sangat tahan walaupun disimpan selama seminggu.

Sunday, April 17, 2011

:: Mee segera goreng pedas ::

Menu ini adalah makanan tengahari yg telah dimasak oleh my sis..
Disebabkan semuapun mcm tdk mahu menjamah nasi..
So, idea yg sgt bernas adalah menyediakan 'mee segera goreng'..

Abg iparku telah meringankan tulang keluar mencari bahan2 yg kurang.. :)
-
-
-
-
Baunya bahan tumisan jerr dah menyebabkan lapar.. bila tgk jerr lagilarr mcm melambai2.. huhh..
Terbaek!! sbb dah lapar

Bahan2nya....
Oppsss.. aku tiada semasa penyediaannya..
Tiada sebab sibuk menonton tv.. gitular gayanya kakak aku ni jenis tak suka diganggu klu dia di dapur..
Fuhhh... s.e.l.a.m.a.t...
Insya Allah, recipe akan menyusul kemudian
-
-
-
-
Ohh.. tapi sempat bau dan menjengah yerr..
Kalau tak caya tgk nihhh.. :)  


Mee goreng.. SIAP!!
Errrmmm.. sbnrnya dah siap masak.. itu yg nak menjengah.. :p
Memang best dan nak cont for 2nd round..
Sila2 jemput... :D


Saturday, April 16, 2011

:: Bersantai lagi ::

Salam..

Dipagi hari minggu ni terasa bosan pulak.. memandangkan semua kerja rumah dah selesai.. bolehlar meng'ular' kerumah kakak..Sebelum itu nak bw sedikit buah tangan..

Ramly frankfurter roll yg dibeli hari itu ada lagi.. so, pepagi buta dah siapkan hot dog ala2 1901 dan Coney Dog ala2 A&W untuk breakfast..
errmm breakfastlarr sangat sampai umah kakak dah dekat pukul 11.00.. huhu

Rindukan si kenit Mia Aryssa pun yerr jugak..
Sesampai memang kena terkam dia dulu.. :D

Beginilah hasilnya setelah berhempas pulas pepagi buta.. :)



My sis said 'wahh dah mcm nak berniaga pulak'..
Ohh mestilah.. 'makan dulu, byr kemudian' huhu...

Apapun terima kasih kerana sudi menjamah.. :)

:: Kue teow 'kungfu' ::

Perancangan pada hujung minggu ini memang tiada kemana-mana...cuma keluar pagi dan petang ke Taman Tasik Permaisuri untuk berjogging..



Kue teow 'kungfu'

Bila sudah tidak kemana-mana cadangnya nak mengemas stor.. tapi penyakit m.a.l.a.s amatlah tidak dpt dibendung.. ermmm nampaknya memang kene upah bibik..

Dalam pada malas mengemas, bila perut dah lapar rajin pulak nak masak.. :D
Menu ni mmg dah lama teringin nak mkn.. tp bila ingat klu makan kat luar perencahnya main tangkap muat jerr.. sayur 2-3 helai.. udang sekor.. then minyakpun bnyk.. adoiii...

Disebabkan tdk mahu rasa bersalah.. maka terjadilah 'kue teou kungfu' versiku..

RESEPI adalah spt berikut:-

Kue teow (agak-agak untuk sepinggan)
Sebiji telur - dipukul dan letak secubit garam
Minyak
Bawang putih - dihiris 
Bawang merah - dihiris
3 bj cili padi - diketuk
Isi ayam - dipotong kecil
Udang - dibuang kepala
Sayur-sayuran (lobak merah, sawi, kobis bunga)
1/2 kiub ikan bilis knorr
1/4 sdt lada sulah
1 sdb sos tiram
Tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air biasa
1 cwn air panas 
Garam

CARA-CARA :

1. Kue teow : Cuci kue teow dgn air panas*toskan dan gaul dgn telur*masak seperti telur dadar sehingga perang dan angkat.
2. Kuahnya : Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi*masuk ayam dan goreng sampai masak*masuk udang, sos tiram kacau dan tuang air panas dan letak kiub ikan bilis*masuk sayur-sayuran, tunggu sehigga masak, masuk tepung jagung, tabur lada sulah*tuang kuah keatas kue teow tadi dan letak hiasan bawang goreng dan daun sup..

Friday, April 15, 2011

:: How to react? ::

Baru-baru ni aku telah berbalas2 note semasa jumpa dgn seseorang.. Tulisannya adalah seperti berikut......



Sejujur-jujurnya tidak tahu nak beri reaksi yg bagaimana...

Jawapanku hanya ~ :(

Perlu 'get rid of them'?..
Pernah pepatah mengatakan 'biarlah org buat kita dan jangan kita buat orang'
Bole guna pakai istilah ini rasanya.. hrmmm..

Apa yg berlaku dan aku hadapi sekarang ini adalah ketentuanNya dan terima segalanya dengan tenang..

Alhamdulliah, memang tidak segembira dulu.. tapi tidak se'seksa' dulu.. ^_^

Thursday, April 14, 2011

:: Home made Coney Dog ::

Semasa balik keje tadi ada menyinggah di 'Ramly Mart', Bandar Tun Razak.. bukan apa, teringat ada sosej kat rumah dan singgahpun sebab nak beli Roti sosej dan nak tengok kalau-kalau ada produk baru..

Bila kesini burger, nugget dan makanan bergoreng lain yang siap dimasak juga ada dijual..
Oklarr.. menu bersahaja kali ini mesti menjadi kegemaran bagi mereka yg selalu ke A&W Restaurant.. Yess.. 'Coney Dog'...rasa puas hati bole letak sos daging sesuka hati.. menu ni pun ala2 sempoi yg sesiapa jer pejam mata boleh buat.. :D.. resepi mudah seperti berikut..



BAHAN-BAHAN:

400 gm daging kisar
3 bj bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih -cincang halus
1 sdk serbuk lada/cili
3/4 sdk lada hitam
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa/sos tiram
10- 12 frankfurter roll (saya guna roti Ramly, Gardenia lembut dan manis sgt)
10-12 sosej/frankfurter



CARA-CARA :

Tumis bwg besar dan bwg putih sehingga naik bau*masuk serbuk lada dan masak hingga rempah masak*masuk daging kisar dan gaul sehingga daging mengecut*tuangkan sos tomato dan masuk bhn2 lain (air, lada hitam, garam, perasa dan gula) tunggu sehingga daging masak*masak sosej*belah roti hotdog, letak sosej dan tuang sos daging keatasnya... Siap untuk dijamah..




:: Mengharungi kekalutan ::

N3 kali ini inginku kongsikan kata-kata sebagai penguat semangat untuk menjadi insan yg hampir kepada kesempurnaan dialam yg fana ini untuk bekalan di sana....
Jalan menuju ketenangan
  
Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan...
-
-
-
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..
-
-
-
 Seseorang yg berkeperibadian kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan dan semakin dititik oleh cabaran hidup.. maka akan semakin teguh dan waja untuk dia menghadapi hidup. Seseorang yg berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai..
-
-
-
Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman dihari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yg merupakan suatu penyeksaan...
-
-
-
Kemuncak segala dosa adalah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan... 

Berjumpa lagi..

Tuesday, April 12, 2011

:: Healthy breakfast ::

Misi untuk berdiet tidak pernah padam.. cuma selalu sangat melanggar pantang.. :p

Entry kali ini saja nak berkongsi sarapan ringkas yang sgt menyelerakan.. :)



Anda cuma perlukan:

1/2 sb horlicks
1/2 sb milo
1/2 sb nestum keluarga
120 ml skimmed/low fat milk
3 sb Special K/ Nestle fitness cereal
(pls take note that calorie for Nestle fitness cereal is lower than Special Kellogs)
Fresh cut fruits - seedless grape, apple, strawberry, berries..etc

Campur semuanya dan mulakan pagi anda dgn menu yg sihat..

Enjoyy.. :D

Monday, April 11, 2011

:: CABARAN di Taman Cabaran ::

Kebelakangan ni bila tiba hujung minggu mmg terasa nak ke rumah adik-beradik yg lain..
Setiap hujung minggupun tidak mengapa.. :) Tapi apakan daya kadangkala keadaan tidak mengizinkan..

Entahlar rasa seronok sangat bila bersama-sama dgn anak-anak buah dan ahli keluarga yang lain..
Belum lagi bila dapat pulang ke Melaka.. rasanya setiap detik sangat berharga.. :D

**********
Baru2 ini ke Putrajaya, disini banyak kawasan untuk beriadah.. cadangnya nak beriadah di Taman Botani..
Tapi cuaca tidak mengizinkan.. kenelar tukar perancangan..

Disebabkan Danish nak bermain 'roller blade'.. so, kenalah ke Taman Cabaran/The Challenge Park, Putrajaya.. disini tidak hujan pula.


Danish dah jumpa geng..

Inilah tempat anak-anak muda menghayun badan mereka..


~Gemuruh jiwa~semangat membara~ ermmm..
Sewa roller blade adalah sebanyak RM10.00 selama 2 jam.. sebelum main sungguh2 berkata sangat pandai main sebab selalu ikut abangnya sekali..

Haa.. inilah gayanya.. adehhh!!

Bila dah main, jatuhnya lebih bnyk dari me'roller'.. uishhhh... sgt boleh mendtgkan kecederaan..

Akhirnya stgh jam sahaja main sbb nti takut tercedera dan sengsara.. Inilah akibatnya aku dan kakak percayakan kata si Danish yg dakwanya beriya-iya pandai main.. tapi sebaliknya..



Ohh ya.. MIA ARYSSA pun turut memberikan sokongan yg tdk berbelah bg pada abgnya.. :D

Mia Aryssa : Its ok Abg Danish.. practice makes perfect!! :))

Friday, April 8, 2011

:: Aku bukan dari rusuknya ::

Tiada apa yg mustahil didunia yg sementara ini.. segala isi kandungannya juga hanyalah pelakon yg akan dinobatkan dikemudian hari..

Kekusutan yg menghantui diri akhirnya terlerai juga melalui hati yg tulus ikhlas.. Redha dgn ketentuan ini dan 'aku masih berpijak dibumi nyata'..

Jadikan kenangan lepas sebagai kekuatan hari ini!!

Sedih?? sangat.. dan ia lumrah kejadian manusia..

Semoga ada hikmah disebaliknya dan terus tabah menghadapi segalanya..

Doakan yg terbaik.. ~ Amin ~

Thursday, April 7, 2011

:: Epy b'day haziq ::

Birthdaynya pada 3 April yg lepas, genap 17 tahun..

Disebabkan tiada perancangan awal.. dan petang tu juga ke Secret Recipe dan Pizza Hut Nilai..


Danish (adik Haziq) ikut sekali dan sgt excited nk buat surprise birthday cake utk abg dia.. hehe.. Cute sgt!!

Disebabkan kami tdk berapa ramai temasuk cousin dan semua nak flavour yg berlainan.. makanya kena beli pelbagai citarasa dan hasilnya seperti diatas..disebabkan tdk balance, tunggang langgang pulak keknya.. hehe.. sorry haziq!!

Lagi satu juadah yg sekejap jerrr licinn... :D

Burppp... Alhamdulillah..

Hope u hapy Haziq..

Kalau score SPM.. ada gift lg best okeyy!!.. :)

:: Sumber makanan tambahan ::

Semasa bercuti ke Perth yg lepas, aku sempat membeli fish oil omega 3 dan multi-vitamin yang harganya jauh lebih murah berbanding disini.. semasa disana, terlalu banyak tawaran hebat berkenaan produk kesihatan sehinggakan tidak tahu mana yg terbaik..

Ok, inginku kongsikan bersama apakah supplement yg menjadi teman harianku..


  1. Evening primrose oil..
  2. Multi vitamin
  3. Calcium plus
  4. Fish oil omega 3
Ada yg menyatakan ianya tidak diperlukan dan boleh diperolehi dari makanan harian... tp sebenar-benarnya kalau nak memperolehi kesemua vitamin dr makanan yg diambil memang ianya adalah sesuatu yg mustahil..
Kesimpulannya supplement juga penting sebagai pelengkap kesihatan selain mempunyai tidur yg mencukupi.. :)

Sunday, April 3, 2011

:: Char kue teow ::

Request dari 'Haziq' ~ my nephew..
"nak char kuew teow, taknak kue teow goreng"..

Request dari 'Atiqah' ~ my cousin..
"nak char kue teow mcm buka puasa masa kat umh kak ferus aritu"

Request dari 'Abg Aziz' ~ my bro in law..
"kata nak dtg umah buat char kue teow"

Ohhh.. itu mcm kaaa?? kalau ada restoran bolehlarr main order2.. hehe



Memandangkan hujung minggu ini agak kelapangan.. so, buatlar projek 'char kuew teow' dirumah kakak di Tmn KLIA.. kiranya masak-masak lagi bersama keluarga.. :D

Resepi char kuew teow ini adalah rekaan semata-mata mengikut citarasa sendiri dan segala intipati adalah seperti dibawah.. :)


Bahan-bahan :

Sebungkus kue teow
Cili giling
Bawang merah & bawang putih dikisar
Udang sederhana besar (dibuang kepala)
Telur
Daun kucai secukupnya (letak bnyk lg besttt!!)
#Kicap manis
#Kicap masin
#Sos tiram
#Air panas 
Minyak bijan
(Owhh sukatan adalah agak2 sahaja... )

Bahan-bahan cili jeruk :
Cili hijau & cili padi dihiris
Cuka makan (letak sikit jer)
Air panas
Garam & gula

Cara-caranya :

Semua bahan bertanda # disatukan*Tumis bawang merah da bawang putih*masuk cili giling dan goreng sehingga garing*masuk udang dan campuran bahan bertanda #*masuk telur dan kacau sehingga kuah nampak pekat*letak kue teow dan daun kucai, kacau dan bila dah nak angkat letak minyak bijan.. siap untuk dihidang.. pssttt, kalau ada kerang lagi besttt..

Saturday, April 2, 2011

:: LAT kampung boy the musical ::

AWESOME!!

From the beginning till the end..

Lat and the gang.. including me.. :p   
Atiqah with Datuk Lat..
Jika sebelum ini PGL & P.Ramlee the musical dikatakan sgt hebat..

Rasanya LAT kampung boy sebuah muzikal juga tidak kurang hebatnya malah impaknya jauh lebih hebat.. dari segi jalan cerita, props sangat cantik, dancers yg sgt energetic.. mmg kena salute to their kareographer.. setiap movement sgt berseni walaupun scene dihospital bila wanita hamil turut menari dan ianya tdk nampak 'semak' langsung.. para pelakon sangat tidak membosankan walaupun bukan semua yg "fofular".. music arrangement sesedap telinga mendengarnya.. overall 2 thumbs up!!

Teater yg lebih santai dgn bnyk dialog yg bersahaja membuatkan penonton sentiasa rasa terhibur.. Awie berjaya menjiwai watak 'Lat' dalam mengharungi pelbagai liku atau perjalanan hidup sebagai seorang kartunis dari kecil sehingga ke tahap sekarang.. Pelakon2 lain adalah Atilia, Douglas Lim, Sandra Sodhy, Puspa Narayanan dll..

Bagi sesiapa yg pernah membesar dgn siri kartun ini, silalah menonton dan tentunya ia akan menggamit kenangan silam anda. Manakala bagi sesiapa yg tdk pernah mengenalinya silalah juga menontonnya kerana silap haribulan selepas ini anda tentu akan mencari komik2 yg dihasilkan oleh Datuk Mohammad Nor Khalid.. :D

Teater ini juga menggambarkan betapa kita menghargai 'semangat anak bangsa' yg berjaya dipersada dunia hanya sebagai kartunis. Nak taknak.. secara tidak langsung terselit juga tema 1 Malaysia..
Melayu
Cina
India
Semua ada didalam teater ini.. :D

Scene di dalam kelas sangat mencuit hati.. ia dilakonkan oleh Sandra Sodhy sebagai 'Mrs Hew' bersama pelakon kanak2 yg sgt berbakat..
Apa yg Mrs Hew ajar.. 'DWYL and  LWYD'.. hahaha..
meaning, Do What You Like and Like What You Do.. inspiration to LAT..



The tickets.. :)
Bagi sesiapa yg ingin menonton, ianya masih ditayangkan sehingga 5 April 2011 and trust me that you will not regret at all.

Congrats to Harith & Hans Isaac!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...