Sunday, April 3, 2011

:: Char kue teow ::

Request dari 'Haziq' ~ my nephew..
"nak char kuew teow, taknak kue teow goreng"..

Request dari 'Atiqah' ~ my cousin..
"nak char kue teow mcm buka puasa masa kat umh kak ferus aritu"

Request dari 'Abg Aziz' ~ my bro in law..
"kata nak dtg umah buat char kue teow"

Ohhh.. itu mcm kaaa?? kalau ada restoran bolehlarr main order2.. hehe



Memandangkan hujung minggu ini agak kelapangan.. so, buatlar projek 'char kuew teow' dirumah kakak di Tmn KLIA.. kiranya masak-masak lagi bersama keluarga.. :D

Resepi char kuew teow ini adalah rekaan semata-mata mengikut citarasa sendiri dan segala intipati adalah seperti dibawah.. :)


Bahan-bahan :

Sebungkus kue teow
Cili giling
Bawang merah & bawang putih dikisar
Udang sederhana besar (dibuang kepala)
Telur
Daun kucai secukupnya (letak bnyk lg besttt!!)
#Kicap manis
#Kicap masin
#Sos tiram
#Air panas 
Minyak bijan
(Owhh sukatan adalah agak2 sahaja... )

Bahan-bahan cili jeruk :
Cili hijau & cili padi dihiris
Cuka makan (letak sikit jer)
Air panas
Garam & gula

Cara-caranya :

Semua bahan bertanda # disatukan*Tumis bawang merah da bawang putih*masuk cili giling dan goreng sehingga garing*masuk udang dan campuran bahan bertanda #*masuk telur dan kacau sehingga kuah nampak pekat*letak kue teow dan daun kucai, kacau dan bila dah nak angkat letak minyak bijan.. siap untuk dihidang.. pssttt, kalau ada kerang lagi besttt..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...