Sempena hari cuti ni ada banyak masa terluang..
Jadi tahap kerajinan pun makin menjadi-jadi..
Ok, nak tulis banyak2 pun dah tak reti..
Jom check it out the recipe..
Bahan-bahan Spaghetti Aglio Olio :
1 bungkus spaghetti Barilla (spaghetti yg ini mmg sgt lembut)
Udang - direbus
Sotong - direbus
Isi Ketam - direbus
8 ulas bawang putih
1/4 minyak zaitun
2 sb mentega sayur
2 sb serbuk cili kasar
1 sk lada hitam
parutan keju 'Bega' - hiasan
3 sk garam
1sk gula
Cara-cara :
Rebus spaghetti sehingga masak dan tapis. Di dalam bekas lain, rebus udang, sotong dan isi ketam dgn air yg sedikit dan jangan terlebih masak, simpan lebihan air rebusan. Panaskan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih yg dihiris. Goreng sehingga kekuningan seperti di bawah..
Setelah itu masuk air rebusan tadi dan tutup api. Masuk serbuk cili kasar, lada hitam dan garam. Tuang semua bahan yg di masak tadi ke atas spaghetti yg telah direbus tadi. Masukkan juga udang, sotong dan isi ketam, gaul sehingga rata..
Setelah digaul rata boleh dihias dengan keju hirisan dan sedia untuk dihidang..
Wahh.. masa menaip ni siap imagine rancangan masakan yg dikendalikan oleh chef wan.. hehe
Siap sedia untuk dilicinkan... haha |
Ini bekalan untuk dibawa kerumah kakak.. Habis dalam sekelip mata! memang bole layan.. :) |
2 comments:
senang je....tq dear....
yup..
senang sgt..
sila2lar mencuba yer..:)
Post a Comment