Tuesday, December 27, 2011

:: Sotong Bakar Power di Pantai Morib.. must eat!! ::

Sudah berapa kali si tauke sotong bakar ni suruh ke kedai beliau di Pantai Morib..
Memikirkan jauh nun di Morib.. memang tidak tergamak nak menggerakkan kaki..
Cuma baru-baru ini, kebetulan ayahku berada di rumah kakak di Tmn KLIA..
Pulak tu kami hendak ke Banting untuk mencari kerepek yg tidak cukup..
Cubalar call tauke sotong bakar untuk bertanya lokasi sebenar gerainya..
Setelah diberitahu, oh tidaklah susah mana kata abang yg membawa kereta..

Kami menuju ke destinasi yg dicari..
Memang tekak ni dah terasa sotong panas2..
ditambah dengan sos dan kacang tumbuk yg sgt mengancam..


Sesampainya di sana, pekerjanya sudah diberitahu kedatangan kami..
Dan melayan kami dengan baik..
Si Tauke yg sgt gembira dgn kunjungan kami..
Datang juga ke gerai tersebut walaupun demam..
Malah gembira bukan kepalang..
Maklumlar lama sudah dia menjemput kegerainya..
Cuma aku sahaja yg tidak berkesempatan..

Duduk sahaja di situ dan cuma menunggu sekejap..
Tahu bakar dihidangkan..

Tahu Bakar

Sekejap jer dilicinkan
Tak lama selepas itu..
Sotong bakar panas2 pula datang menyusul..

Sepinggan besar ni harganya RM20.00

 Menurut taukenya sotong yg tidak digelek lagi sedap rasanya..
Ada liat2 skit.. dan dia terus membakar sendiri utk kami..
Tapi tiada jual di sini.. dia ni baik sgt sekadar mahukan kami mencuba..

Versi lain sikit.. sosnya sgt menyelerakan..

Kena disiat mengikut urat sotong..
Kalau sotong yg baru lagi terasa kemanisannya..
Tapi aku lebih gemarkan yg sudah digelek..
Kakak iparku suka yg jenis liat ni..
Lain org lain citarasa..


Sekiranya berminat boleh berkunjung ke Pantai Morib..
Dan gerainya yg ada sotong bergantung..
Pelanggan yg datangpun dari jauh2 kesitu semata2 nak pekena sotong bakar..
Tentu tidak menyesal dan sekali cuba akan teringat lagi..
Sotong bakar ini juga adalah  makanan tradisi untuk rumah terbuka syarikatku..
Dan kami telah perkenalkan makanan ini utk Majlis Raya Kementerian..
Sambutan memang tidak mengecewakan..
Manalah tidak, kalau kata makanan raya mmg ketupat, lemang, lontong dan bla..bla..bla..
Tapi bila sebut sotong bakar jerr.. org2 dlm mesyuarat utk persiapan raya siap ckp nak tapau..
Memang sangat mendapat sambutan..
Mungkin sos cili dan kacang tersebut membuatkan org diluar sana teringat2.. :)
Allahuallam..
Apapun citarasa masing2..

Kalau berkunjung ke Pantai Morib, sila2lar mencuba!! :D

1 comment:

Anonymous said...

boleh tak nak number telefon tauke dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...