Saturday, December 31, 2011

:: Selamat tinggal 2011, Selamat Dtg 2012 ::

Selamat tinggal tahun 2011..
Warna-warni 2011 seolah-olah seperti baru semalam berlalu..
Dalam kerjaya, hubungan sesama manusia, kewangan dan pelbagai lagi..
Alhamdulillah.. aku masih di sini..

Kenangan sedih bila dia yang ku kenali telah pergi mengadap Illahi..
Inilah berita yg paling menyedihkan sepanjang 2011 bagiku..
Sesuatu yg amat sukar kuterima setelah beberapa hari bertemu dengannya..

Dalam kerjaya pula..
Sedih bila boss besar besar berpindah ke division lain..
Ada juga yg gembira tahun ini bila rezeki kenaikan pangkat menyebelahiku..
Alhamdulillah lagi..

Tugasan semakin mencabar bila teman seunit telah berpindah ke tempat lain..
Hubungan kami amat rapat..
Namun apakan daya, setiap yg bertemu akan berpisah..
Perjuangan perlu diteruskan..

Percutian tahun ini pula hanya ke Bandung untuk kali kedua..
Tiada lagi dalam senarai utk kedestinasi lain..
Bila ada Matta Fair nanti baru bole decide..

Tahun ni jugak dah mendaftar di Celebrity Fitness, BV..
Hrmmm..
Yang ini mcm belum menampakkan hasil jerr..
Takkan nak jadikan 2012 nyer resolution??!!

2012 bakal menyusul tiba..
Diharap tahun ini segala cabaran dihadapi dengan tenang..
Dimurahkan rezeki yg diberkati..
Dan dapat mendekatkan diri kepadaNya lagi..
Insya Allah.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...