Friday, December 2, 2011

:: Malaysia vs Bahrain ::

Dah lama rasanya tak update pasal masakan kat blog tak seberapa ni..
Bukan apa, kononya dapur dah bersih.. konoonnnn.. hehe
Bersih sket jer.. pastu malas nak sepah2kan lagik..
Sebab empunya dapur tu bukannya rajin sangat punn..
Bila sudah malas nak masak, semakin lakular gerai2 di luar sana utk dikunjungi.. :D

Tapi baru2 ini semasa perlawanan bola M'sia vs Bahrain..
Aku telah mendapatkan complimentary ticket untuk membawa penyokong2 cilik..
dan tak berapa cilik..
Semua anak2 buahku ini tersangatlah girangnya pasal nak masuk stadium..
Yerr sgt suka utk buat 'gerak gempur' bila nak masuk dan keluar stadium.. huhh!!
Parking jauh and jalan jauh pun takpe..
Sangatlah bersemangat waja!

Alongku telah menghantar anak2nya dan kakak kerumah..
Jadi, rumah pun dah jadi huru-hara macam nak terbalik.. adoiyaii!!
Nasib baik ada yg dah besar..

Petang tu sebelum pergi ke stadium..
Aku mmg dah siap2 masak nasi ayam sebab takut mereka lapar nanti..
Makanan kat stadium tu mmg tak bole makan
Satu burger jer dah sampai RM3.00..
entah masak entah tidak.. timun sehelai.. sos setitik..
Memanglah fikir untung sahaja..
Baiklar aku masak untuk budak2 tu..
Susah kalau lapar..mana pulak nak cari mkn..
Sekurang-kurangnya perut sudah berlapik.. :)



Diorang tu sampai jer memang terus capai pinggan...
Inilar perangai diorg, sampai jer mmg akan spot check dapur aku!
Kalau bukak fridge tu berpuluh kali..
Sampailah nak tercabut pintu fridge tu rasanya..
Poning sekejap..
Makan pulak tu tumpah sana, tumpah sini..
hrmm.. namapun budak2..

Ini termasuk breakfast diorg.. cucur milo dan nasi goreng..

Anak-anak yg menambah rezeki.. :)

Sambung balik pasal bola..
Perasaan kecewa tu mmg ada sebab M'sia kalah..
Tapi disebabkan kita dapat ibu segala pingat di SEA Games, Indon..
Dan terlihat kehenseman 'Apexx' yg penuh kontroversi tu.. ;)
Maka, bolelar terima kenyataan Malaysia tewas ke tangan Bahrain..
uhuk..uhukk..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...