Di entri yang lepas tidak berkesempatan nak berikan resipi nasi ayam..
Resepinya adalah seperti berikut :
2 cwn beras - saya guna beras basmathi (beras dicuci dan direndam sebentar) 
2 1/4 cwn air
3 sudu minyak masak - saya guna minyak zaitun
1sb mentega 
1kiub ayam knorr
Seulas bawang putih (diketuk) 
1 1/2 inci halia muda (diketuk)
sekuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Cara-cara: 
Panaskan minyak dan mentega. Masuk bunga lawang, kulit kayu manis, halia, bawang putih dan kiub ayam. Masuk beras dan kacau rata dan tuang air. Letak garam secukup rasa dan tutup periuk. Tunggu hingga masak. 
Ayam Bakar/Goreng
Bahan-bahan: 
Beberapa ketul ayam
1 inci halia
Seulas bawang putih 
2 sudu kicap pekat
Garam 
Gula 
Lada sulah 
Cara-cara: 
Kisar kering halia dan bawang putih. Gaulkan bahan kisar dengan bahan-bahan lain. Bakar atau goreng sehingga masak 
Sup Ayam
Bahan-bahan:
Hah yang ini part paling best.. bole letak pelbagai jenis sayur yg anda suka..
Brocolli
Lobak merah
Kobis bunga
Celery 
Ketulan ayam kecil 
Air secukupnya 
1 kiub ayam 
Halia yg diketuk 
Seulas bawang putih 
Sedikit minyak 
Garam 
Cara-cara:
Tumis bawang putih dan halia, masuk kiub ayam. Kemudian masuk pula ayam dan kacau hingga separuh masak. Masuk air dan tunggu hingga mendidih dan masuk kesemua sayur. Letak garam dan tunggu sehingga sayur masak. 
Sos cili 
Bahan-bahan:
10 tangkai cili hidup
7 tangkai cili padi 
3/4 biji limau kasturi 
1 sudu kicap pekat
1/2 cwn air 
Gula 
Garam 
Cara-cara:
Semua bahan dikisar dan panaskan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat (penting untuk dimasak supaya tidak sakit perut) :)  




 

No comments:
Post a Comment