Friday, December 23, 2011

:: Kerepek oh merepek ::

Semuanya adalah secara kebetulan..
Bila kawan baik telah meminta bantuan utk menyediakan bungkusan kerepek & kek..
Sebanyak 5000 bungkus setiap satu.. rasa memang tak lalu mula2..
Tapi dah ingatkan kawan..
dan pulak cuti sekolah, banyak rakyat yg boleh membantu..
Terima sahaja tawaran itu..



Pepagi lagi kitorg dah pegi ke Banting, Selangor untuk meyerbu kilang kerepek..
Nak buat banyak eloklar ke kilangnya..
Berkarung2 kerepek bawang dan keropok kacang dhal telah diborong..
Harga kat sini tetap, mmg tiada tawar menawar..
So, takyahlar dtg sini nak menawar harga.. buat perabih air liuq jer!! :)
Amik jer brp karung nak dan terus g bayar..
Harga kat sinipun ok jer.. rasa mcm sesuai dgn harga dari kilang..


Segala kerja pembungkus berjalan lancar..
Semuanya diserahkan kepada ayahku untuk mengendalikan tugasan ini..
Kiranya dia tauke besar.. make sure yg lainpun buat kerja.. hehe
Anak-anak buahku ramai.. merekalah yg membantu sungguh2..
2 hari jer dah siap hampir 4,000 bungkus..
wahh sangatlah efisyen..


Dalam masa 3 hari jer dah siap 5,000 bungkus..
Nak harapkan aku ni bukan ada masa sangat..
Tugasan harian pun tak terrrrkejarrr..
Aduhaii..

Sekarang cuma menunggu kuih bahulu yg tak kunjung tiba..
*salah sendiri sebab lambat order*

  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...