Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

:: White Choc Moist Cake ::

Seronoknya bercuti!
Selamat hari wilayah kepada semua orang Wilayah Persekutuan..
dan kepada semua yg bermastautin di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya..

Semenjak 2 menjak dah ada oven baru ni.. memang excited buat kerja membaking..
Lepas satu..satu.. nak di cuba..

Cubaan pertama untuk oven baru adalah resipi mud white choc cake..

Jom semak resipi dulu : 

BAHAN A
250g mentega
250g white chocolate
2 cwn gula caster (saya letak 1 1/2 cwn)
200ml air

BAHAN B
1 3/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung naik sendiri

BAHAN C
2 biji telur (dipukul)
1/2 cwn yogurt biasa 
1st esen vanilla

Cara-cara : 

Proses mencairkan mentega, white choc, gula dan air

Panaskan oven dahulu pada 150 darjah celsius. Masuk bahan A kedalam bekas yg boleh dimasak, kacau semua bahan sehingga cair dalam api yg sederhana. Setelah itu sejukkan baru bole diguna. Ayak bahan B. Pukul bahan C dan ketepikan. Kemudian masukkan tepung kedalam cecair mentega tadi. Kacau sehingga rata dan masuk pula bahan C ke dalam adunan. Bakar adunan dalam masa 1-2 jam. Saya hanya bakar pada 1 1/2 jam sahaja. Saya taburkan badam sahaja sebab kalau bersalut lagi manis rasanya. Bagi sesiapa yg berminat, resepi white choc ganache adalah seperti berikut :-

125g mentega
125g white choc (dicairkan)
3/4 cwn gula icing 

Gula icing dan mentega dipukul sehingga keputihan, kemudian tuangkan white choc cair tadi dan kacau lagi. Tuangkan ke atas kek tadi. 

Sekian dan selamat mencuba. :)


Sunday, December 25, 2011

:: Vanilla Cake tak menjadi ::

Bila cuti-cuti untuk menghabiskan cuti du hujung tahun ni..
Terasa nak masak itu, masak ini..
Tapinya tekak ni terasa nak makan vanilla cup cakes..
Maka, operasi mencari bahan dan membaking pun bermula..


Setelah menskodeng recipe vanilla cake..
Maka, terjumpalah recipe 'moist vanilla cake'...
Dapat daripada blog minah salleh from Norway..
Nampak resipinya tidak guna banyak butter dan hanya 2 bj kuning telur..
Telur putihnya dipukul berasingan..


Mulanya nak buat dgn sugar icing dan segala bagai..
Tapi entah mana silapnya kek tu tak segebu yg diinginkan..
Hrmmm..
Projek tidak berapa menjadi..
Macam tak berapa puas hati ..
Nak kena buat lagi tapi lps ni nak guna tepung naik sendiri..
Dan kena make sure putih telur dipukul kemudian..
Setelah butter and sugar icing sekata..

:( :( :(  

Monday, February 7, 2011

:: The Colourful of 'Kek Lapis Sarawak' ::

Persinggahan pertama setelah tamat tugasan adalah di Kedai Kek Lapis, tidak banyak pilihan kek lapis di sini dan harganya agak mahal berbanding di Kuching.. Terdapat pelbagai pilihan kek dan tempatnya terapung ditepi sungai.. semasa datang ke kedai tersebut, mereka sedang melapis/mencorak kek tersebut. Memang seronok tgk, nampak rumit dan memang amat berbaloi dengan harganya.




Menurut empunya kedai, terdapat spesis 'Cik Bujang Senang' di sungai berhampiran dan ianya pernah dilihat diikat ditepi kedai mereka.. Sarawak memang terkenal dengan negeri Bujang Senang punn kannn... Suanana kat sini mcm best jerr.. Aku tdk membeli apapun sebab suka tengok jer tapi tak berapa suka akan kemanisan kek dan takut tgk colouring yang sooo brightness.. ^o^



Oven yang bersusun

Suasana penyediaan yang mendamaikan ini merupakan salah satu faktor yang telah membuatkan mereka gigih memasarkan kek lapis jenama ini ke Dubai dan Kota London.. syabas anak Malaysia!! Layanan 1st class.. sanggup tunggu kitorang and melayan soalan2 cepumas.. hehe

Friday, November 19, 2010

:: Main masak-masak ::


'Cooking is my passion'

Yes.. :) walaupun tidak berapa expert seperti arwah emak dan makcik-makcik ku.. tapi sekurang-kurangnya aku pandai merasa.. wallarr :P

Hidangan 1:  Ketam Briyani...


Hidangan 2:  Salad tomato & timun


Hidangan 3: Red Velvet Cake with Cheese Cream


Hidangan 4: Choc Moist Cake



Hidangan 5: Vanilla Cup Cakes with Butter Frosting

Before deco'

After deco'

Hidangan 6: Cream Puffs 


Berikut adalah hidangan dari air tangan sendiri untuk dijamah kepada tetamu yang bertandang kerumah..
Sila2 jemput makan.. :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...