Tuesday, January 31, 2012

:: White Choc Moist Cake ::

Seronoknya bercuti!
Selamat hari wilayah kepada semua orang Wilayah Persekutuan..
dan kepada semua yg bermastautin di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya..

Semenjak 2 menjak dah ada oven baru ni.. memang excited buat kerja membaking..
Lepas satu..satu.. nak di cuba..

Cubaan pertama untuk oven baru adalah resipi mud white choc cake..

Jom semak resipi dulu : 

BAHAN A
250g mentega
250g white chocolate
2 cwn gula caster (saya letak 1 1/2 cwn)
200ml air

BAHAN B
1 3/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung naik sendiri

BAHAN C
2 biji telur (dipukul)
1/2 cwn yogurt biasa 
1st esen vanilla

Cara-cara : 

Proses mencairkan mentega, white choc, gula dan air

Panaskan oven dahulu pada 150 darjah celsius. Masuk bahan A kedalam bekas yg boleh dimasak, kacau semua bahan sehingga cair dalam api yg sederhana. Setelah itu sejukkan baru bole diguna. Ayak bahan B. Pukul bahan C dan ketepikan. Kemudian masukkan tepung kedalam cecair mentega tadi. Kacau sehingga rata dan masuk pula bahan C ke dalam adunan. Bakar adunan dalam masa 1-2 jam. Saya hanya bakar pada 1 1/2 jam sahaja. Saya taburkan badam sahaja sebab kalau bersalut lagi manis rasanya. Bagi sesiapa yg berminat, resepi white choc ganache adalah seperti berikut :-

125g mentega
125g white choc (dicairkan)
3/4 cwn gula icing 

Gula icing dan mentega dipukul sehingga keputihan, kemudian tuangkan white choc cair tadi dan kacau lagi. Tuangkan ke atas kek tadi. 

Sekian dan selamat mencuba. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...