Saturday, December 31, 2011

:: Selamat tinggal 2011, Selamat Dtg 2012 ::

Selamat tinggal tahun 2011..
Warna-warni 2011 seolah-olah seperti baru semalam berlalu..
Dalam kerjaya, hubungan sesama manusia, kewangan dan pelbagai lagi..
Alhamdulillah.. aku masih di sini..

Kenangan sedih bila dia yang ku kenali telah pergi mengadap Illahi..
Inilah berita yg paling menyedihkan sepanjang 2011 bagiku..
Sesuatu yg amat sukar kuterima setelah beberapa hari bertemu dengannya..

Dalam kerjaya pula..
Sedih bila boss besar besar berpindah ke division lain..
Ada juga yg gembira tahun ini bila rezeki kenaikan pangkat menyebelahiku..
Alhamdulillah lagi..

Tugasan semakin mencabar bila teman seunit telah berpindah ke tempat lain..
Hubungan kami amat rapat..
Namun apakan daya, setiap yg bertemu akan berpisah..
Perjuangan perlu diteruskan..

Percutian tahun ini pula hanya ke Bandung untuk kali kedua..
Tiada lagi dalam senarai utk kedestinasi lain..
Bila ada Matta Fair nanti baru bole decide..

Tahun ni jugak dah mendaftar di Celebrity Fitness, BV..
Hrmmm..
Yang ini mcm belum menampakkan hasil jerr..
Takkan nak jadikan 2012 nyer resolution??!!

2012 bakal menyusul tiba..
Diharap tahun ini segala cabaran dihadapi dengan tenang..
Dimurahkan rezeki yg diberkati..
Dan dapat mendekatkan diri kepadaNya lagi..
Insya Allah.. :)

Friday, December 30, 2011

:: Jika sudah berkumpul ::

Bila tiba musim cuti sekolah..
Kerapkali ibubapa juga akan bercuti..
yg bukan berstatus ibubapa juga akan bercuti..haha
contoh mcm aku ni larr..

Bila sesekali berkumpul memang meriah rasanya..
Anak-anak buahku agak ramai..
14 org semuanya..
kiranya kalau masak satu kawah tu..
Setengah kawah bole habiss.. hadoii!
Diorg ni semua mmg tengah membesar dannn...
Pejam, celik.. pejam, celik.. asyiklahh makan..

Memang sentiasa ada makanan..
Kalau disuruh tolong utk buat kerja menjeritlar kita..
Bila time makan berbau jerrr diorang..
Itular anak2 buahku..
Walau camanapun korang memang besstt!!
Kalau takde diorang memang sunyi..

**************

Kat bawah ni semua hasil tangan adikku..
hrmm..
Kakak dia ni tukang rasa jerr..
Ayam asam pedas darinya.. 
nak kasi resepi takut tidak berapa tepat sukatan
Bezanya ditambah kerisik dan hasil kuahnya agak pekat..

Ayam masak asam pedas kerisik




Sudah siap.. dan ramai yg beratur dibelakang..
Ada lagi juadah lain...
Tapi berminat nak amik gambar yg ini jerr..
Dan yg ini..
Sebab dlm bnyk2 lauk dan berhari2 dirumah kakak..
Ini aje yg kuhasilkan.. hehe
Dah tu.. ini yg paling mudah, cepat dan senang disediakan..
Wahhhh.. pemalas tak saya? huhuhu!!


Jemput2 udang 

Jemput bilis dan keladi dan keledek goreng




:: Selesai sudah ::

Selesai bukannya cerita berkenaan penutup tirai 2011..
Selesai kerana sudah melangsaikan tempahan utk kawan..

Kuih bahulu ni lambat dapat.. itu yg kerja agak tergendala..
Bila masa yg ada sgt terhad, tenaga yg ada pun terhad..
panik juga mula2..
Tapi Alhamdulillah dapat disiapkan pada tarikh yg dikehendaki..

Bahulu yg sedap sebab garing diluarnya..
Siap untuk dihantar 
Lori 1 tan untuk mengangkut barang ke destinasi..

Thursday, December 29, 2011

:: Pak Long Kelapa Bakar ::

2-3 hari ni asyik berblog pasal makan jer..
Yelar ayah datang ke sini nak bw dia jalan2..
Kebetulan pagi tu seal machine cap ayamku rosak..
Hadoii.. mengeluh panjang jadinya..
Mujurlah masih bercuti dan boleh lari ke Banting sebentar..

Kali ni nak singgah ke kedai hardware Banting..
Beli seal machine jenama 'Butterfly'..

Machine ni senang sikit berbanding yg lama..

Nampak macam tak menarik jerr.. tapi kena cuba dulu baru tahu!.. :)

Bila sudah kesitu, kami sempat menyinggah ke 'Pak Long Kelapa Bakar'..
Kedainya terletak disebelah kanan sekiranya dari Nilai/KLIA ke arah Pekan Banting..
Kebetulan pula owner restoran tersebut adalah sepupu kepada kakak iparku..
Dan berborak panjang kami disitu sambil menikmati kelapa bakar..

Memang sedap jika diminum suam-suam sahaja..

Ayahku yg sedang menikmati air kelapa bakar..

Kelapa dibakar dan ramuannya, gula, madu dan limau nipis..
Diminum panas2.. memang agak pelik juga air kelapa panas..
Selalunya diminum begitu atau dengan ais..
Tapi sedap bila diperah limau dan terasa madu..
Katanya kelapa bakar ini bagus dijadikan amalan..
Boleh mengurangkan paras gula.. Ini doktor yg ckp dgn ayahku..
dan untuk menyejukkan badan.. Ini mamat disebelah ayahku yg ckp.. 
Air kelapa biasapun menyejukkan badan..

Isi kelapa yg mengiurkan.. hehe

Bila part isi kelapa lagilar best..
Rasa limau dan madu tadi membuatkan lagi rasa lemak..
Isi kelapa pun sangat lembutt.. must try!!

Menurut abangku lagi, selalu jer penuh kedai tersebut jika tengahari..
Lokasi yg strategik membuatkan ramai yg menyinggah..
Terutama pemandu2 lori yg ke arah Port Klang...
Tapi masa aku pergi tu baru pukul 10.30 pagi..
Mujurlah tidak ramai orang..
Makanan lain juga turut dijual dan rasa sangat tidak menghampakan..



Tuesday, December 27, 2011

:: Sotong Bakar Power di Pantai Morib.. must eat!! ::

Sudah berapa kali si tauke sotong bakar ni suruh ke kedai beliau di Pantai Morib..
Memikirkan jauh nun di Morib.. memang tidak tergamak nak menggerakkan kaki..
Cuma baru-baru ini, kebetulan ayahku berada di rumah kakak di Tmn KLIA..
Pulak tu kami hendak ke Banting untuk mencari kerepek yg tidak cukup..
Cubalar call tauke sotong bakar untuk bertanya lokasi sebenar gerainya..
Setelah diberitahu, oh tidaklah susah mana kata abang yg membawa kereta..

Kami menuju ke destinasi yg dicari..
Memang tekak ni dah terasa sotong panas2..
ditambah dengan sos dan kacang tumbuk yg sgt mengancam..


Sesampainya di sana, pekerjanya sudah diberitahu kedatangan kami..
Dan melayan kami dengan baik..
Si Tauke yg sgt gembira dgn kunjungan kami..
Datang juga ke gerai tersebut walaupun demam..
Malah gembira bukan kepalang..
Maklumlar lama sudah dia menjemput kegerainya..
Cuma aku sahaja yg tidak berkesempatan..

Duduk sahaja di situ dan cuma menunggu sekejap..
Tahu bakar dihidangkan..

Tahu Bakar

Sekejap jer dilicinkan
Tak lama selepas itu..
Sotong bakar panas2 pula datang menyusul..

Sepinggan besar ni harganya RM20.00

 Menurut taukenya sotong yg tidak digelek lagi sedap rasanya..
Ada liat2 skit.. dan dia terus membakar sendiri utk kami..
Tapi tiada jual di sini.. dia ni baik sgt sekadar mahukan kami mencuba..

Versi lain sikit.. sosnya sgt menyelerakan..

Kena disiat mengikut urat sotong..
Kalau sotong yg baru lagi terasa kemanisannya..
Tapi aku lebih gemarkan yg sudah digelek..
Kakak iparku suka yg jenis liat ni..
Lain org lain citarasa..


Sekiranya berminat boleh berkunjung ke Pantai Morib..
Dan gerainya yg ada sotong bergantung..
Pelanggan yg datangpun dari jauh2 kesitu semata2 nak pekena sotong bakar..
Tentu tidak menyesal dan sekali cuba akan teringat lagi..
Sotong bakar ini juga adalah  makanan tradisi untuk rumah terbuka syarikatku..
Dan kami telah perkenalkan makanan ini utk Majlis Raya Kementerian..
Sambutan memang tidak mengecewakan..
Manalah tidak, kalau kata makanan raya mmg ketupat, lemang, lontong dan bla..bla..bla..
Tapi bila sebut sotong bakar jerr.. org2 dlm mesyuarat utk persiapan raya siap ckp nak tapau..
Memang sangat mendapat sambutan..
Mungkin sos cili dan kacang tersebut membuatkan org diluar sana teringat2.. :)
Allahuallam..
Apapun citarasa masing2..

Kalau berkunjung ke Pantai Morib, sila2lar mencuba!! :D

Sunday, December 25, 2011

:: Vanilla Cake tak menjadi ::

Bila cuti-cuti untuk menghabiskan cuti du hujung tahun ni..
Terasa nak masak itu, masak ini..
Tapinya tekak ni terasa nak makan vanilla cup cakes..
Maka, operasi mencari bahan dan membaking pun bermula..


Setelah menskodeng recipe vanilla cake..
Maka, terjumpalah recipe 'moist vanilla cake'...
Dapat daripada blog minah salleh from Norway..
Nampak resipinya tidak guna banyak butter dan hanya 2 bj kuning telur..
Telur putihnya dipukul berasingan..


Mulanya nak buat dgn sugar icing dan segala bagai..
Tapi entah mana silapnya kek tu tak segebu yg diinginkan..
Hrmmm..
Projek tidak berapa menjadi..
Macam tak berapa puas hati ..
Nak kena buat lagi tapi lps ni nak guna tepung naik sendiri..
Dan kena make sure putih telur dipukul kemudian..
Setelah butter and sugar icing sekata..

:( :( :(  

Friday, December 23, 2011

:: Kerepek oh merepek ::

Semuanya adalah secara kebetulan..
Bila kawan baik telah meminta bantuan utk menyediakan bungkusan kerepek & kek..
Sebanyak 5000 bungkus setiap satu.. rasa memang tak lalu mula2..
Tapi dah ingatkan kawan..
dan pulak cuti sekolah, banyak rakyat yg boleh membantu..
Terima sahaja tawaran itu..



Pepagi lagi kitorg dah pegi ke Banting, Selangor untuk meyerbu kilang kerepek..
Nak buat banyak eloklar ke kilangnya..
Berkarung2 kerepek bawang dan keropok kacang dhal telah diborong..
Harga kat sini tetap, mmg tiada tawar menawar..
So, takyahlar dtg sini nak menawar harga.. buat perabih air liuq jer!! :)
Amik jer brp karung nak dan terus g bayar..
Harga kat sinipun ok jer.. rasa mcm sesuai dgn harga dari kilang..


Segala kerja pembungkus berjalan lancar..
Semuanya diserahkan kepada ayahku untuk mengendalikan tugasan ini..
Kiranya dia tauke besar.. make sure yg lainpun buat kerja.. hehe
Anak-anak buahku ramai.. merekalah yg membantu sungguh2..
2 hari jer dah siap hampir 4,000 bungkus..
wahh sangatlah efisyen..


Dalam masa 3 hari jer dah siap 5,000 bungkus..
Nak harapkan aku ni bukan ada masa sangat..
Tugasan harian pun tak terrrrkejarrr..
Aduhaii..

Sekarang cuma menunggu kuih bahulu yg tak kunjung tiba..
*salah sendiri sebab lambat order*

  

Friday, December 16, 2011

:: Crispy Onion Ring ::

Bila sesekali teringat A&W Rastaurant..
Teringat juga kat root beer, coney dog dannnnnn..
Onion Ring.. huhu

Masa form 3 dulu pernah kerja di A&W Rest...
Kerja suka-suka.. 
Bila time break.. Onion Ring, Curly Fries memang jadi pilihan..
Lagi satu yg best adalah ice cream waffle..
Semua mknan tu mmg menjadi kegemaran..

Dari dulu lagi nak mencuba resipi Onion Ring ni..
Baru sekarang ni berkesempatan..
Jom, nak share recipe.. :)

-
-
-
-
-



Bahan-bahan :

2 biji bawang besar holland
4 sb tepung gandum 
1 1/2 sb tepung tempura
1 sb tepung jagung 
1 st rempah kari
1 st garam
1/2 st soda bikarbonat
1 1/4 cwn air
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng 

Antara bahan-bahan crispy onion ring 
-
-
-
-
-
Cara-cara :

Capurkan semua bahan2 kering kecuali soda bikarbonat. Soda bikarbonat dicampur dengan air dan digaul bersama bahan-bahan kering tadi. Panaskan minyak. Hiris kasar bwang holland dan celup dlm bancuhan tepung tadi dan digaul dengan serbuk roti. Goreng sehingga kuning keemasan dengan api yg sederhana.
-
-
-
-
-

Boleh dimakan sebegitu atau dengan sos cili or mayo.. memang CRISPY!! :)

:: Menuju penghujung 2011 ::

Pejam celik..pejam celik sudahpun akhir tahun..
Rasa cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari..
Segalanya berlaku dengan begitu pantas..
Jika flashback balik tentu tidak sangka apa yg sudah kita lalui..
Berkata berkenaan azam tahun ini.. sudah terlaksana ke belum??
hrmm..
Mungkin ada yg sudah, separuh atau tidak terlaksana punn..

Sebenarnya kalau sudah akhir-akhir tahun ni mood pun sudah lari..
Hujung-hujung tahun ni jugak org nak menghabiskan cuti..
Nak close accounts.. nak pergi bercuti dan berbagai2 lagi rancangan..
Almaklumlah dah cuti sekolah.. jalan pun sesak sana-sini..
Kalau tgk kat luar pun bnyk budak2 part timers mencari rezeki..
Muka masih 'jambu-jambu' lagi dah serve customer.. :)
Cari duit untuk musim cuti sekolah..

Anak buahku yg sulong, Haziq.. habis jer cuti sekolah dah mula skodeng sana sini cari kerja..
Dapat kerja kat Dominos Pizza..
Sukanya bila dpt 'pelepasan' dari mak ayah.. tambah suka bila senang dapat kerja..
Suka lagi bila nak dpt motor baru.. huhh banyak tul suka dia..
Baru-baru ni Haziq dapat komisyen seminggu.. itu baru komisyen bkn gaji..
Punyalar gembira dgn duit $150.. siap dpt duit terus call ibu dia..
Tanya 'ibu nak beli apa-apa tak, nak belanja sbb baru dpt komisyen'..
Baiknya anak buah aku sorang ni.. ingat kat orang tua..
Bangga kejap dgn dia..:)
Kena selalu ingatkan dia jugak supaya jgn alpa dgn gaji yg tidak seberapa tuu..
Banyak lg laluan dihadapan..

Semalam, aku dan rakan2 yg lain ke KPJ Shah Alam..
Sebab baru mendapat tahu ex-boss ku admitted sbb lung infection..
Kami bertiga yg agak rapat dgnnya pergi melawat pada lewat petang semalam..
Keadaannya termengah2 dan tidak bole bercakap bnyk..


Apa yg pasti dia gembira sgt menerima kunjungan kami..
Siap ckp risau nurse tadi check blood pressure naik..huh..
Masa petang kami datang tu.. nurse dtg lg nak chk darah..
Tetiba tekanan darah berada diparas normal..
Gembiranya dia bukan kepalang sebab nak cpt discharge..
Diapun mengaku suka dgn kunjungan kami..
Siap hidangkan kami cake, biscuit and semua foods yg org dtg bg kat dia..
Betapa sukanya perasaan dia.. :)
Alhamdulillah.. suka sgt kami bila dapat menggembirakan org sakit..
Tidak lama selepas itu anak lelakinya datang pula utk menemaninya..
Kami meminta diri..










Wednesday, December 14, 2011

:: Ceasar Salad with pepperoni beef ::

Di luar sana cuaca baru lepas hujan..
Sekarang ini memang musim tengkujuh ..
Sana sini banjir, yg terbaru semalam banjir di Jalan Semarak..
Di KL??? Kuasa Allah.. betapa hebatpun 'Smart Tunnel'..
Jika kehendaknya untuk berlaku sesuatu musibah..
Akan terjadi juga..

Bila cuaca sebegini terasa seperti berada di oversea..
Alahaiii... Hujan emas dinegara org, hujan batu dinegara sendiri..
BAIK LAGI DINEGERI SENDIRI.. :)

Hrmm.. bercerita pun cerita juga..
Jom nak share recipe Ceasar Salad kepada anda..


Bahan-bahan:

Sayur salad - ada macam2 jenis, pilih yg warna warni lagi sihat
Pepperoni beef/ bacon - dipanggang sebentar dan dihiris halus
2 keping anchovies/ikan masin
2 sudu besar thousand island sauce
1 sudu parmesan cheese/keju parut
1/2 st lada hitam
2 sudu minyak zaitun

Cara-cara:

Campur thousand island sauce dan anchovies, lenyek ikan sehingga hancur. Kacau rata.

Anchovies yg ada jual di Pasaraya


Thousand island Telly.. low fat (memang harus sangat!)

Thousand island sauce dan anchovies 

Setelah itu campurkan salad yg telah dicuci tadi, gaul sehingga rata. Tabur cheese, lada hitam, minyak zaitun dan pepperoni beef. Siap untuk dijamah..

Bagi penggemar makanan sihat.. anda sangat dialu-alukan mencuba resipi ini.. ;)



Sunday, December 11, 2011

:: Pavlova Dessert ::

Ini hasil kerja semalam juga..
Selepas menjamah Aglio Olio..
Maka lawannya adalah Pavlova dessert..
Gabungan rasa manis, creamy dan orange mmg sgt menyamankan..
Tambah dimakan bila sejuk.. nyumss!




Putih telur yang dipukul sehingga putih, suci, tulus, mulus..
Kertas pambakar diperlukan agar ia mudah dikeluarkan, alas ke atas dulang pembakar..
Mentega dan tepung jagung disapu rata ke atas kertas pembakar

Cara meletak ke adunan dan bahan-bahan hiasan..
Hiasan terpulang kepada citarasa masing2..
Whip cream perlu dipukul seperti putih telur..

Bekalan yg siap sedia dibawa untuk minum petang dan dinner.. 

Ini pavlova yg terakhir dijamah oleh Danish.. siap pesan suruh buat lagi.. huh



:: Seafood Spaghetti Aglio Olio ::

Italiano!!

Sempena hari cuti ni ada banyak masa terluang..
Jadi tahap kerajinan pun makin menjadi-jadi..
Ok, nak tulis banyak2 pun dah tak reti..
Jom check it out the recipe..



Bahan-bahan Spaghetti Aglio Olio :

1 bungkus spaghetti Barilla (spaghetti yg ini mmg sgt lembut)
Udang - direbus
Sotong - direbus
Isi Ketam - direbus
8 ulas bawang putih
1/4  minyak zaitun
2 sb mentega sayur
2 sb serbuk cili kasar
1 sk lada hitam
parutan keju 'Bega' - hiasan 
3 sk garam
1sk gula

Cara-cara :

Rebus spaghetti sehingga masak dan tapis. Di dalam bekas lain, rebus udang, sotong dan isi ketam dgn air yg sedikit dan jangan terlebih masak, simpan lebihan air rebusan. Panaskan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih yg dihiris. Goreng sehingga kekuningan seperti di bawah..



Setelah itu masuk air rebusan tadi dan tutup api. Masuk serbuk cili kasar, lada hitam dan garam. Tuang semua    bahan yg di masak tadi ke atas spaghetti yg telah direbus tadi. Masukkan juga udang, sotong dan isi ketam, gaul sehingga rata..



Setelah digaul rata boleh dihias dengan keju hirisan dan sedia untuk dihidang..
Wahh.. masa menaip ni siap imagine rancangan masakan yg dikendalikan oleh chef wan.. hehe

Siap sedia untuk dilicinkan... haha
Ini bekalan untuk dibawa kerumah kakak.. Habis dalam sekelip mata! memang bole layan.. :)






Thursday, December 8, 2011

:: Appreciation lunch ::

This appreciation lunch is dedicated to my ex-bosses.. :)
Kitorang lunch di Chilis Restaurant, Bangsar Shopping Centre, Bangsar..
Semuanya sebab jasa-jasa baik mereka kepada ku..
Jasa tak baik pun ada.. but that is the learning process! :)

Mini burger..  with ADULT portion.. 



Steak.. Nyummss!


Tempting dessert at Chilis.. huh!!

Dah kenyang bangat!!..
Petang tu terpaksa membakar kalori di Gym.. :)

Work out for 2 hours.. rasa masih belum cukup lagi membakar kalori  yg terlebih  ni.. uwaaa!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...