Showing posts with label Aneka kuih. Show all posts
Showing posts with label Aneka kuih. Show all posts

Monday, January 16, 2012

:: Donut Kentang Gebu ::

Menu minum petang adalah hasil semalam..
Tiba-tiba rasa teringin untuk makan donut..
Selepas skodeng2.. tgk kat resepi jintanmanis.com untuk kuih..
Maka adalah tengok sukatan yg diberikan..
Tapi ada juga tertambah/terkurang
Ikutlah citarasa masing2
Tapi adunan ni memang mudah dan lembut walau donut sudah sejuk..

Sebelum dan selepas goreng 
-
-
-
-
Bahan-bahannya :

300g tepung gandum
80g kentang (2 bj kentang kecil yg direbusdan dilenyek)
2 sb susu tepung skim
1 1/2 sb marjerin/butter
60-70ml air suam/susu cair
1 1/2 sb gula
1 bj telur ayam
1/2 st garam
Gula icing secukupnya untuk ditabur pada donut 

-
-
-
-
Donut yg telah diletak gula icing.. tak suka manis2 sgt.. :) 
-
-
-
-
-

Ini versi frozen.. dapat banyak pulak sebab guna acuan mini donut.. :)..
tu yg goreng separuh masak dan simpan.  
-
-
-
-

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan dan uli selama 8-10 minit kecuali air suam/susu cair dimasuk sedikit demi sedikit. Agak-agak adunan agar tidak terlalu lembik. Setelah itu tutup dan perap selama 45 mnt-1 jam. Bila sudah naik/gebu, tumbuk2 untuk keluarkan angin pada tepung. Canaikan dan guna tepung sedikit untuk tidak melekat. Gunakan bentuk kuih donut mini untuk dapatkan hasil yg comel-comel. Goreng dengan api yg kecil sehingga kekuningan. Gaulkan dengan gula aising bila sejuk dan siap untuk dihidang.
-
-
-
Bila sudah masak, yang lebihnya juga dibentuk dan digoreng separuh kemudian angkat dan letak di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Sunday, May 1, 2011

:: Jemput-jemput fries & sosej ::

Menu ini adalah untuk minum petang tadi.. Haziq yg suruh masak sebab lapar katanya..
Entah bilanya kenyang tak tahu.. lapar jer selalu.. Walhal baru jer makan nasi rasanya..
Ermmmm.. layan jer larrr Si Haziq dgn Danish ni...

Bila mengumbah dalam peti ada bahan-bahan berikut:-

Maka jadilah jemput2 atau cekodok... minuman petang yg menyelerakan ~

1 cwn tepung gandum
1 labu bawang besar - dihiris nipis 
1 bj telur ayam
2 btg sosej - dihiris nipis
Fries secukupnya - dipotong kecil
Garam
Air secukupnya 


Campurkan kesemua bahan*kacau agar tidak terlalu cair atau pekat*panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan/ masak*siap untuk dihidang..


Mudah bukan??.. :D

Kawan2 Danish pun menjamah sekali dan sekelip mata jer dah licin okeyyyy... :))

Makan dgn kuah masak lemak cili api ayam pulak tu.. lagilar laju... :)


Ayam masak lemak cili api  - lauk tengahari..

Sunday, April 24, 2011

:: Apam balik NUTELLA.. ::

Bila tgk kat dapur ada Nutella yg dah nak expired.. terfikir apa nak buat supaya tdk terbuang..ermmm..fikirkan anak2 buah memang suka mkn nutella nih.. kepala pun ligat nak mencari apa menu yg sesuai utk dijamah mereka..

Malam td ke pasar malam tgk ada org jual apam balik perasa biasa dan pandan.. uhh, apa kata buat apam balik nutella/coklat pun menarik juga.. lagipun kalau dah dgn nutella bdk2pun suka..


Tadaaaaaaa!!!... siap untuk dihidang..




Versi tebal dan nipis.. ermmm sgt menyelerakan :)


BAHAN-BAHAN :

2 cwn tepung (saya guna tepung roti blue key)
1 sb serbuk koko (saya guna hersyes)
1/4 cwn gula
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st baking powder
1 bj telur besar
1 1/2 cwn susu
1 sb mentega
Inti
Gula
Kacang tumbuk
Jagung
Nutella

CARA-CARA :


Apam balik SDN BHD!

Dengan menggunakan mesin pengisar, kisar telur & gula sehingga kembang*masuk soda bicarbonate, baking soda*tambah tepung, sebuk koko, susu dan kisar lagi sehingga adunan sekata*sediakan non stick pan*masuk sedikit mentega dan tuang adunan untuk saiz yg dikehendaki*bila nampak buih terus masuk gula, kacang, jagung dan nutella*setelah masak, lipat dua dan angkat* sedia utk dihidang...:)

Enjoyy!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...