Saturday, April 16, 2011

:: Kue teow 'kungfu' ::

Perancangan pada hujung minggu ini memang tiada kemana-mana...cuma keluar pagi dan petang ke Taman Tasik Permaisuri untuk berjogging..



Kue teow 'kungfu'

Bila sudah tidak kemana-mana cadangnya nak mengemas stor.. tapi penyakit m.a.l.a.s amatlah tidak dpt dibendung.. ermmm nampaknya memang kene upah bibik..

Dalam pada malas mengemas, bila perut dah lapar rajin pulak nak masak.. :D
Menu ni mmg dah lama teringin nak mkn.. tp bila ingat klu makan kat luar perencahnya main tangkap muat jerr.. sayur 2-3 helai.. udang sekor.. then minyakpun bnyk.. adoiii...

Disebabkan tdk mahu rasa bersalah.. maka terjadilah 'kue teou kungfu' versiku..

RESEPI adalah spt berikut:-

Kue teow (agak-agak untuk sepinggan)
Sebiji telur - dipukul dan letak secubit garam
Minyak
Bawang putih - dihiris 
Bawang merah - dihiris
3 bj cili padi - diketuk
Isi ayam - dipotong kecil
Udang - dibuang kepala
Sayur-sayuran (lobak merah, sawi, kobis bunga)
1/2 kiub ikan bilis knorr
1/4 sdt lada sulah
1 sdb sos tiram
Tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air biasa
1 cwn air panas 
Garam

CARA-CARA :

1. Kue teow : Cuci kue teow dgn air panas*toskan dan gaul dgn telur*masak seperti telur dadar sehingga perang dan angkat.
2. Kuahnya : Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi*masuk ayam dan goreng sampai masak*masuk udang, sos tiram kacau dan tuang air panas dan letak kiub ikan bilis*masuk sayur-sayuran, tunggu sehigga masak, masuk tepung jagung, tabur lada sulah*tuang kuah keatas kue teow tadi dan letak hiasan bawang goreng dan daun sup..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...