Solekan nipis atau tebal yang dikenakan pada wajah selalunya tiada masalah janji kena pada masa, tempat dan keadaannya.. Tidak salah juga para wanita diluar sana untuk nampak lebih menarik kerana itu salah satu nafsu yg ada pada perempuan..
Hrrmmm.. ada juga alasan kawan2 yang tidak mahu mengenakan solekan disebabkan nanti sukar untuk ditanggalkan.. ohh itu macam kaa??
Baiklah bagi sesiapa yang malas nak bersolek dan rasa sukar untuk menanggalkan solekan.. anda jangan risau lagi kerana ada produk dipasaran yg mudah dan sangat berkesan digunakan..
Setelah beberapa kali mencuba pelbagai jenama di pasaran, jenama ini dirasakan sangat mudah dan berkesan berbanding 'facial wipes' jenama lain..
Mengandungi vitamins & lotus extract serta mudah digunakan pada bila-bila masa :)
Dengan menggunakan facial wipes, anda boleh melupakan losyen pencuci muka dan pembersih mata dan bibir.. Mengapa? kerana pembersihan muka pada bahagian mata selalunya akan mengalami kesukaran untuk dibersihkan.. tetapi dgn menggunakan 'facial wipes' ini, sudah tentuya tiada masalah lagi.. malah tiada langsung kesan mascara atau eye liner setelah muka dicuci.. dan ianya mudah dibawa kemana2..
Ohhh... ya, waterproof mascara pun tiada masalah untuk dibersihkan..:)
Tidak perlu untuk menggunakan kedua-dua pembersih ini lagi... :D
Ianya boleh didapati di Watson, Guardian dan beberapa pasaraya terkemuka dengan harga sekitar RM14.05 (after discount) - RM16.00 for 25 wipes
Selamat melaramm.. :)
1 comment:
i tak pernah plak try nivea ni. Haritu i try kao biore nye yg kaler pink tu (nak kena kaler pink jugak!) mmg best. Next time bolehla i try nivea yg u recommend ni :-)
Post a Comment