Sunday, March 13, 2011

:: Sup Ayam Bersara :) ::

Menu kali ini adalah menu yang dipelajari dari arwah ibuku.. apa yg dipelajari, rempah yang digunakan perlu mencukupi kerana ayam yang dah bersara ni akan terasa hanyir jika tidak dimasak dengan betul.. seperkara lagi mengikut petua makcik2 ku.. ayam perlu dipanggang lama agar lemak yang ada pada ayam td cair dan hanyir pun tidak akan ada bila menjadi lauk.. sama juga kalau memasak itik.. klu itikpula hanya yg dimasak makcikku sahaja yg dijamah.. :)


Bahan-bahan :

1 ekor ayam bersara (boleh dapat RM7.00)
*3 sb ketumbar
*1/2 sb jintan manis
*5 bj buah pelaga
*2 kuntum bunga lawang
*1 inci kulit kayu manis
*2 inci halia
(semua * dikisar halus)
Minyak masak
Air secukupnya
1 bungkus sup bunjut ADABI
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
daun sup secukupnya
(boleh tambah kentang dan sayur2 lain)

Cara-cara :

Bersihkan ayam*panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi*masuk air dan sup bunjut*masuk ayam dan tambah air dari masa ke semasa sehingga ayam benar2 lembut*masuk kentang*masuk sayur (jika perlu)

*****
Panaskan kuali dan minyak dan goreng bawang sehingga kekuningan*curahkan kedalam sup bawang dan minyak bawang*taburkan dengan bawang goreng dan daun sup*siap untuk dihidang

Masa menunggu ayam lembut agak lama dan perlu sabar yang sesabar-sabarnya.. hehe.. Njoy!!

3 comments:

phatgurl said...

ayam bersara ni dah attend JMDK ayam lom? hehehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

Auntie suka makan rendang ayam pencen tapi tak reti nak masaknya..

ferus said...

phatgurl,

hehe..
Beginilarr cara meraikan ayam yg dah bersara.. :D

Auntie,

Syepun gemar, tp nak msk lama tu yg kurang rajin.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...