Sunday, February 6, 2011

:: Politik di sana sini ::

Sambutan sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina di Dataran Kipas, Miri, Sarawak sangatlah meriah.. jumlah jemputan yang hadir adalah diluar jangkaan tapi sayangnya tempat acara sangatlah terhad dan menimbulkan keadaan yang sangat tidak selesa kepada pengunjung. Ohh.. tetiba rasa sgt prihatin pada rakyat.. mana tidaknya aku boleh rasa selesa duduk bersama VIP lain di bawah marquee yang bernilai 30-40k, then tetamu lain terkena embun malam bandar Miri.. nasib baik tidak hujan, klu tidak tentu mereka bertempiaran lari mencari tempat berteduh.

Entah di mana silapnya, rasa acara untuk malam ini seperti tiada perubahan dari acara2 yang lepas.. Deepavali dan Krismas. Flow of the event semacam dah boleh dibaca, persembahan pun sama sahaja.. dalam erti kata lain agak membosankan. Mungkin juga konsep 1 Malaysia yang ingin diketengahkan dan sebab itu sama sahaja bunyi, rentak, pandangan dan sebagainya. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah acara jika semacam diPOLITIKkan..

Berkalung2 terima kasih kepada team Sarawak yang sgt supportive, yang dari Kuching mahupun dari Miri. You are the greatest colleagues in da world!!

Melewati malam setelah acara berakhir, jalan banyak yang ditutup (begitulah jadinya bila pemimpin utama turun padang dan jalanpun dah didominasi ahli POLITIK) dan kami mencari tempat makan.. bersama sekali adalah Timbalan Ketua Setiausaha yang berkongsi cerita tentang keadaan POLITIK di sebuah Suruhanjaya.... dan berkongsi suka dan duka tentang pengurusan masa kini yang juga penuh dgn POLITIK.. Apa yang pasti, keadaan hidup ini kadangkala mendesak kita untuk menjadi 'hipokrit' bila semua hendak diPOLITIKkan.. aduhhhhh...Tepuk dada, tanyalarr selera.. ^-^

Kalau di Singapura lain pula ceritanya, pengalaman sempena tugasan di Communic Asia, taxi driver mereka memandu dalam keadaan tertekan sebab takut di saman..mana tidaknya tidak boleh turunkan penumpang sesuka hati, tidak boleh laju, tidak boleh itu dan tidak boleh ini.. malah rasanya tekanan seumpama ini wujud pada semua pemandu di sana. Semua sedia maklum, negara tersebut tiada hasil bumi dan hasil yang paling jelas adalah 'penekanan pada rakyat sendiri' lebih dasyat bila semuanya diPOLITIKkan.. waima sebagai pejalan kaki pun tidak boleh membuang sampah merata dan chewing gum juga tidak dibenarkan..

Alhamdulillah, banyak juga tanah melayu di sana tidak dilepaskan kepada bangsa asing.. melalui sumber dari kerabat Sultan Johor, masih banyak nama tanah kepunyaan Almarhum dan sekiranya negara republik itu berminat, harga yang ditawarkan adalah berlipat kali ganda. Allahuallam.. tidak salah rasanya jika orang kita mengambil untung yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan golongan Lee Kuan Yew.  Mereka ini kalau memiliki rumah tidak boleh sebiji dua, malah perlu lebih dari itu dan dah macam memborong kat pasar borong dan 'jualan balik' pada harga yang boleh dianggap 'tidak munasabah'.. (pssstt..seperti yang dinyatakan kerajaan, gelembung sektor pembinaan akan berlaku pada 2-3 tahun dari sekarang) dan ini salah satu sebabnya. Mereka berhak memiliki seberapa bnyk rumah yang dikehendaki sebab daya mampu milik mereka lebih besar.. Begitu juga warga Brunei yang memiliki rumah di Sarawak, tetapi mereka jauh lbh berhemah.. :))


ohhhh.. Roast Lamb, begitulah nasibmu bila apa sahaja hendak diPOLITIKkan... :(





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...