Tuesday, February 15, 2011

:: The Best 'Nasi Kandaq' in Town ::

Bila sebut nama restoran Kudu Bin Abdul jerr memang dengar sangat tidak 'commercial'.. hehe.. Tapi sebenarnya restoran ini adalah salah sebuah restoran nasi kandar yang 'famous' di KL. Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sudah beroperasi sejak dari tahun 1969..bermakna sudah berusia 42 tahun.. (perghhh.. sebaya dengan abg sulongku).. Bila menjejakkan kaki ke kedai ini sahaja, memang dapat rasa feel zaman dolu2.. tak caya cuba tgk 'floor' and 'ceiling' dia nanti..


Pemandangan hadapan restoran
Bukan itu sahaja, restoran ni sangat popular kerana menjadi tempat melepak ahli2 muzik disekitar Kuala Lumpur termasuklah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada era 70-an.. menurut temanku lagi kalau pergi waktu makan tengahari memang pelanggan sampai melimpah ruah ke luar Restoran..

Terletak di bangunan lama, Jln TAR dan masih berkongsepkan senibina klasik, tidak berhawa dingin, tidak ada khidmat wifi, unifi dan segala fi fi memang sangat nyata bukan menjadi pilihan tempat anak-anak muda menghabiskan masa.. Namun, jika sesekali kita menikmati suasana sebegini tidak salah bukan kerana setiap dari kita adalah bermula dengan sejarah silam yang mungkin dapat membuatkan hati dan perasaan dibuai sebentar dengan zaman kehidupan ibu, ayah, nenek, atuk, moyang kita dan yang paling jelas jawapan 'siapa kita pada hari ini'..


Aneka pilihan lauk nasi kandar

 Disuatu sudut pulak terletak 'paper cutting' berkenaan restoran ini dan juga perihal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..

Artikel ini terletak dihadapan 'sink' cucian tangan berkenaan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. :D

Rasa makanan juga adalah yang terbaik.. perlu pekena 'sambal nyiur' (ada tengahari jerr dan masa aku pergi dah habiss)

Makanan kami 'now u seee'

Now u don't.. :D

Jika hendak dibandingkan dengan Lotus, Pelita Nasi Kandar dan restoran nasi kandar yang lain.. restoran ini ada keistimewaan tersendiri walaupun agak klasik... :D.. Selamat menjamu selera~


Tengoklah 'ceiling' and 'floor' yang juga tampak klasik.. :D

4 comments:

-aTy- said...

HAHAHA..
abah memang suka sangat nasi kandar kat sini.. masa die kat Hospital one time dulu ari2 kiter kne g tapau nasi kandar dengan sambal nyok" die tau.. klu takder sambal nyok abah muncung tak dapat makan.. huhu
setiap kali abah makan n mintak nasi kandar ni abah mesti ceritakan tentang pengalaman die dulu selalu lepak dgn P.Ramlee kat kedai ni.. hoho

-aTy- said...

g ngan saper tu???
hoho

ferus said...

Abg K ada citerr.. hehe
Isshhh.. dia nih bole cover line takk?? :p

-aTy- said...

dah tak tercover dah line ni.. lambat snagat dah..
kih kih kih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...