Setelah mendapat maklumbalas daripada mereka yang sudah merasa cookie seperti di atas, nampaknya ada yang meminta resipi.. untuk pengetahuan, resipi ini diambil dari blog Kak Rima, Singapore.. Tp ada bahan2 yang telah dikurang / ditambah bagi mengikut citarasa saya.. sekiranya anda juga ingin mengikut citarasa anda.. dipersilakan, tiada yang salah.. asalkan org kata 'kreatif biar bertempat'.. hehe.. tepuk dada tanya selera.. :)
Lets check it out the recipe :
250g buttercup
180g gula perang (resipi asal 200g)
1/4 st garam
1/2 st coffee oil
1 bj telur
1 st esen vanilla
20g horlicks (tiada di dalam resipi asal)
80g semisweet hersyes choc chip (nak letak 100 g pun ok and make sure hersyes choc baru best!!)
20g horlicks (tiada di dalam resipi asal)
80g semisweet hersyes choc chip (nak letak 100 g pun ok and make sure hersyes choc baru best!!)
1/4 cwn nestum / oat (saya guna nestum)
80g badam/walnut/hazel nut/ macadamia cincang (saya guna 100g badam)
300g tepung naik sendiri
Cara-caranya :
Telur, coffee oil dan esen vanilla dipukul dan dibiarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam*Panggang badam dalam 3-4 minit atau sehingga garing*Ayak tepung & horlicks*Pukul gula dan mentega hingga kembang*masuk telur yang disimpan td*masuk nestum, badam, choc chip dan tepung sedikit demi sedikit*Bakar dalam jangka masa 12-15 minit (rangup), 8-10 minit (chewy)...
TIPS : Adalah digalakkan untuk menyimpan adunan selama 2 jam didalam peti sejuk dan baru dibakar.. cookie anda akan lbh crispy.. Biarkan biskut semalam didalam bekas kedap udara untuk untuk mendapat aroma sebenar..
Selamat mencuba!! :)
No comments:
Post a Comment