Tuesday, November 27, 2012

:: Sup Tulang ala Siam ::

As Salam semua.. sejak dua menjak akhir-akhir tahun ini rasa macam dah kurang ada semangat untuk bekerja.. cuti tahunan pun boleh tahan banyak lagi dan kalau tidak dihabiskan akan hangus sebegitu sahaja.. ohh dugaan, bila ingatkan kerja itu adalah satu ibadah pun malas juga.. haihhh.. Kenapalah penyakit malas ni melanda masa-masa sekarang.. oh ya, entri yang hendak dikongsi inipun tertunggak 2-3 hari yang lepas dan ada skit kerajinan sebab nak guna pressure cooker yang baru dibeli.. hehe




Sup tulang ini ala-ala style siam yang ada rasa masam2 sket sebab guna tomato dan diperah asam limau supaya tidak rasa muak sangat dengan lemak-lemak daging. Jom semak resepinya......



Resepi sup
-
-
-
1 kilo tulang daging lembu
1 bungkus rempah sup bunjut adabi
4 biji tomato dipotong baji
Halia 2 inci - diketuk besar
5 -6 bj limau kasturi - diperah airnya
Air secukupnya 

Rempah tumis
-
-
-
Sedikit minyak
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk) 
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang

Hiasan
-
-
-
Bawang goreng tabur (bawang kecil dihiris, gaul dgn sedikit tepung dan goreng garing) 
Daun sup & daun bawang
Garam & gula mengikut sukatan masing2 (saya gantikan Ajino dgn gula)

CARA-CARANYA :
-
-
-
Rebus tulang di dalam periuk tekanan selama 1/2 jam atau sehingga empuk*Bila sudah empuk alihkan tulang kedalam periuk lain dan masuk sup bunjut dan halia*Dalam kuali yang lain, tumis bahan2 rempah tumis sehingga wangi atau bawang warna keperangan dan tuang kedalam rebusan tulang tadi bersama2 minysk gorengan*Kemudian masukkkan tomato dan air limau kasturi dan letak perasa mengikut citarasa masing-masing*Tunggu hingga masak dan tabur dengan bahan-bahan hiasan.  



4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak sup macam ni makan dgn roti huiiii sedapnya. Bubuh sambal kicap lagilah:)

phatgurl said...

sedapnye sup masam2 cenggini i memang suka. thanks for sharing, fairus. bolehlah i buat pada suatu hari yang indah nanti...hehehe

ferus said...

Kakzakie, setuju sangattt.. Nak pula musim-musim hujan sekarang ni.. Nikmatnya bila singgah di tekak :)

ferus said...

Yati, buatlah kalau berkesempatan.. Memang sedap kalau kena dengan selera.. Dengan masam2, wangi rempah ratus lagi.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...