Monday, February 7, 2011

:: Garam Bario ::

Jika di Kuching sebelum ini aku pernah mendengar pasal 'beras bario'.. malah ayahku pernah berkata beras bario mahal harganya. Tapi semasa aku di Miri ada terjumpa dengan garam bario / highland salt. Ianya dibalut dengan bungkusan seperti daun nipah dan berupa seperti garam buku..

GARAM BARIO

Berikut adalah serba sedikit maklumat berkenaan 'barang mesti' ini yang juga terkenal dalam dunia perubatan..

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang: Bario terletak di kawasan pergunungan di Timur laut Sarawak, berdekatan sempadan kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dr mata air yang menggandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dgn daun2 pokok lain.

Penyediaaanya sangat unik dan sudah tentu harga, kualiti dan kebaikannya jauh lebih baik dari garam biasa. Ia boleh digunakan seperti garam biasa dan menurut aunty di situ bila garam ini digunakan untuk menggoreng sayur hijau, warna hijau sayur kekal dan tidak nampak lebam.. tapi apa yang pasti garam ini boleh menggantikan garam organik yang sudah kehabisan stok dirumah.. :D

Untuk melihat cara rumit penghasilannya sila klik ke GALERI GARAM BARIO.. :)


2 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah, TQ for sharing.

ferus said...

Sharing is caring.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...