Selama 2 minggu ini, begitu banyak kejutan atau perkara2 penting dan adakala membuatkan tahap kesabaran ini tercabar berlaku.. what a hectic week and missed the weekend ~
Isnin (14/3) - Pada minggu sblmnya (Khamis), kami diberitahu sebuah Majlis Menandatangani Perjanjian bersama menteri akan diadakan pada hari Isnin yg berikutnya.. Jika diikutkan cuma ada masa 1 1/2 hari bekerja sahaja untuk melaksanakan tugasan penting ini.. rintangan usah dikata, bagai puting beliung, tsunami dan pelbagai lg dugaan yg melanda.. Tapi Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan kerjasama dari organizer semuanya berjalan lancar..
Selasa (15/3) - Makan malam majlis anugerah sukan malaysia yang diadakan di Mandarin Oriental, KL.. disebabkan Pengerusi hadir, maka mereka yg sewaktunya dengannya juga perlu berada di sana.. Tugasan mengejut lagi!! (inilah akibatnya bila BBku tiada).. Perlu bergegas pulang untuk mengenakan 'attire' yg bersesuaian.. lewat sedikit sampai ke tempat acara tapi masih boleh 'cover' muka lambat nihh.. huahahah
Rabu (16/3) - Setelah pulang lewat malam smlm, hari yg strusnya memang sangat memenatkan.. acara Productivity Day with Microsoft juga sememangnya punya tragedi sendiri dan sesungguhnya ia amat sukar dikahabarkan di sini sebab ia melibatkan pengurusan atasan.. dan yang pasti bukan salah pihak kami.. dan juga bukan salah pihak lain.. dan siapa yang salah masih menjadi tanda tanya..?? Apa yg pasti jgn terlalu memikirkan salah siapa dan teruskan usaha untuk menggapai misi..
Khamis & Jumaat (17&18/3) - Sekali lagi dugaan datang melanda.. Aku telah menghadiri Convention di Shah Alam.. dari mula berurusan dengan warga di sini untuk segala persiapan sampai hendak mengendalikan 'seseorang' yang bagiku sgt sukar difahami.. entah mana silapnya, hanya kesabaran yg menebal membuatkan aku masih berada di sini...
Pendek kata, pada minggu ini pelbagai dugaan telah kuhadapi dan Alhamdulillah, semuanya ditempuhi dengan tenang.. semoga ianya menjadi kekuatan untuk hari esok.. :D.. Insya Allah..
2 comments:
"Life isn't about waiting for the storm to pass; it's about learning to dance in the rain."
Well done, you managed to go through the hurdles..
Thanks Auntie..
Your writing inspired me too!! :)
Post a Comment