Monday, March 12, 2012

:: Daging Dendeng Rangup ::

Sudah lama sungguh tidak bersiaran..
Nak masuk N3 yg lepas2 sampai tak tahu nak mula yg mana satu..
hrmmm..
Senang cerita bagi apa yg terbaru aje nampaknya.. :) 
Ni resepi hari minggu semalam..
Resepinya simple tapi makan masa juga nak sediakan..
Teringin punya pasal.. korbankan juga masa.. huhu



Bahan-bahan :

1/2 kilo daging batang pinang
1 inci halia 
2 ulas bawang putih
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam 
***
10 batang cili hidup/cili kering 
5 tangkai cili padi 
7 biji bawang kecil
1/2 sk pes asam jawa adabi (dibancuh dengan 1/2 cwn air rebusan daging)
2 sb gula
Garam 
Minyak secukupnya  
Bawang dihiris (hiasan)

Cara-caranya :

Daging  dipotong sederhana dan direbus sehingga empuk bersama halia, bawang putih yang diketuk dan garam. Bila sejuk, hiris daging (tidak terlalu kecil) dan kemudian tumbuk sehingga nipis sampai habis. Kisar bawang dan cili, saya guna chopper agar tidak mengunakan bnyk air. 
  
Panaskan minyak dan goreng daging tadi sehingga garing. Setelah habis, masukkan cili kisar dan bawang tadi. Goreng sehingga cili benar2 masak. Masuk gula, garam, air asam dan tunggu sehingga air kering sedikit. Kemudian masuk pula daging yg telah digoreng tadi. Siap utk dimakan dengan nasi panas.  



Sunday, February 12, 2012

:: Mia Aryssa and Blossom Bun ::

Bulan Februari ni sangat menduga semangat untuk memulakan tugasan..
Mana tidaknya lepas satu.. satu cuti panjang..
Sampaikan nak fine tune kerja di ofis susah sangat..
Inilah akibatnya bila terlebih cuti..
Aduuhh.. Sabar jerr..

Baru2 ini pula anak sedara Mia Aryssa ditahan di KPJ Kajang..
Jadi agak penuh urusan harian bila kerapkali kena ke hospital..
Mia mula kerapkali demam dan bila buat check-up..terus kena tahan..
Pneumonia.. itulah sakitnya..
6 hari ditahan sampaikan budak yg 1 tahun pun terasa bosan..
Bila masuk ke biliknya terus menangis.. itu budak..
Kakak ku yg menjaga Mia sepanjang 6 hari usahlah dicakap..
Tak sabar2 nak tunggu discharge..

Mia yg sedang nyenyak tido.. shhhhh!!


Dalam pada bosan, akupun terbosan juga..
Tu yg bila melawat Mia rasa nak buat sausage blossom bun nihh..
Tapi ini bukan untuk Mia..
Tapi untuk pelawat2 Mia.. :)
Termasuk kakak dan abg ipar yg sabar menunggu anaknya..


Resepi boleh didapati di SINI dan juga di SINI..



Kalau Mia sihatpun still tidak boleh menikmati blossom bun ni sebab pedas..
So, next time kalau buat tak perlu sos cili utk Mia.. tapi bila sudah baik nanti baru bole.. :)

Tuesday, January 31, 2012

:: White Choc Moist Cake ::

Seronoknya bercuti!
Selamat hari wilayah kepada semua orang Wilayah Persekutuan..
dan kepada semua yg bermastautin di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya..

Semenjak 2 menjak dah ada oven baru ni.. memang excited buat kerja membaking..
Lepas satu..satu.. nak di cuba..

Cubaan pertama untuk oven baru adalah resipi mud white choc cake..

Jom semak resipi dulu : 

BAHAN A
250g mentega
250g white chocolate
2 cwn gula caster (saya letak 1 1/2 cwn)
200ml air

BAHAN B
1 3/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung naik sendiri

BAHAN C
2 biji telur (dipukul)
1/2 cwn yogurt biasa 
1st esen vanilla

Cara-cara : 

Proses mencairkan mentega, white choc, gula dan air

Panaskan oven dahulu pada 150 darjah celsius. Masuk bahan A kedalam bekas yg boleh dimasak, kacau semua bahan sehingga cair dalam api yg sederhana. Setelah itu sejukkan baru bole diguna. Ayak bahan B. Pukul bahan C dan ketepikan. Kemudian masukkan tepung kedalam cecair mentega tadi. Kacau sehingga rata dan masuk pula bahan C ke dalam adunan. Bakar adunan dalam masa 1-2 jam. Saya hanya bakar pada 1 1/2 jam sahaja. Saya taburkan badam sahaja sebab kalau bersalut lagi manis rasanya. Bagi sesiapa yg berminat, resepi white choc ganache adalah seperti berikut :-

125g mentega
125g white choc (dicairkan)
3/4 cwn gula icing 

Gula icing dan mentega dipukul sehingga keputihan, kemudian tuangkan white choc cair tadi dan kacau lagi. Tuangkan ke atas kek tadi. 

Sekian dan selamat mencuba. :)


:: Sayur dengan Tahu Lembut ::

Salam semua..
N3 ni lama tertangguh..
Baru ada masa untuk mengadap blog tidak seberapa ni..
Ok, taknak cerita panjang..
Jom nak share resipi


 Bahan-bahan :

2 keping tahu lembut (di potong nipis dan digoreng)
Kobis bunga 
1 batang sederhana lobak merah
50g isi ayam/daging dipotong kecil (saya guna ayam)
6/7 udang basah (dibuang kulit)
1 kiub ikan bilis
1 sb sos tiram
4 ulas bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukupnya 

Cara-caranya :
Potong sayur, cuci dan toskan. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. Masuk bawang dan goreng sehingga wangi, masuk ayam dan goreng sehingga garing sedikit kemudian masuk pula udang dan kiub ikan bilis. Setelah itu masuk pula lobak merah dan sedikit air. Biar sebentar. Kemudian kobis bunga tunggu sehingga sayur empuk. Akhir sekali masuk tahu lembut. 

Senang tak.. sure pejam matapun bole buat..
Oh ya.. sayur2 ni aje yg ada dlm fridge..
Sebenarnya boleh diwarna-warnikan lagi dgn sayur2 lain..
Selamat mencuba!

Tuesday, January 24, 2012

:: Pi Mai.. Pi Mai.. Tempoyak jugak best! ::

Musim durian dah macam nak berlalu..
Yang ada dalam peti bukan lagi durian tapi tempoyak..
Namanya durian yg telah 'diawet'.. :) 

Semalam masa dinner.. dah goreng ayam..
Dah goreng sayur..
Alamak.. takde yg pedas..
Tgk2 dlm fridge.. best jugak klu buat sambal tempoyak..

So, mulalar skodeng dapur kak zai yg nampak sedap jer tempoyaknyer..
Tapi memandangkan kunyit hidup dan daun kunyit tiada..
Maka jadilar kaler merah.. 
Kiranya guna apa yg ada jer.. itupun nasib baik ada cili..
Kalau tidak mkn tempoyak kosong jer jawabnyer..



So, jom semak resepi :

Segenggam ikan bilis (tidak perlu goreng) 
2 biji cili merah
5-6 biji cili api
Sebatang serai (diketuk)
Tempoyak secukupnya (lebih kurang 3-4 sb)
Sedikit air
Gula & garam secukupnya

Cara-caranya :

Cili padi dan cili api ditumbuk/kisar kering. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga pekat, masuk gula dan garam mengikut citarasa dan boleh dimakan bersama nasi panas.. 


:: Almond Fruit Bars ::

Tengahari tadi dapat panggilan dari kakak..
Katanya risau dengan Mia Aryssa yg baru setahun umurnya..
sebab tidak mahu menyusu dan makan
Tidak sihat, demam.. macam tulah budak2..

Ada rasa risau jugak pasal takut kena sampuk..
Sejak kebelakangan ni asyiklah terdengar pasal benda2 mistik ni..

Makcik di Melaka pun sekarang ni tidak sihat sangat..
Kejadian berlaku pula masa tu dengan pintu bilik terkunci..
Panik semuanya.. sedih pun yer..
Keadaannya sgt kritikal masa tu..
Badannya kejang, kakinya terkulai, matanya ke atas dan
nafas yg tidak menentu..
Dalam masa 3 jam.. setelah sedar, terus jer terkejut sebab ramai depan mata..
siap tanya 'kenapa ramai2 ni?'
Terus bangun dan bagitau hendak ke toilet..
Huhh!! tetiba sihat.. menurut doktor sebabnya 'kurang gula'
hrmm.. tapi kenapa makcik kata tak sedar langsung?
dan kenapa tiada rasa pening2? pelik juga..
Sekarang ni badannya letih selalu..
Mungkin sebab benda2 mistik ni..
Allahuallam..

Ok bercerita panjang pulak..
Ni nak kongsi resipi Almond Fruit Bars yg di ambil dari kitchensimplicity.com
Menu untuk minum petang hari ini, esok, lusa dan sehingga habislarr..hehe



Bahan-bahan :

1.5 cwn tepung 
1/2 st serbuk kulit kayu manis 
1/4 st garam halus
1/4 st baking powder
1/2 cwn mentega (suhu bilik)
1/2 gula perang 
1/4 cwn gula halus
1 bj kuning telur
3/4 badam keping (saya letak 1 cwn dan dipanggang sebentar)
1/2 cwn jem sapu 

1. Tepung yg dicampur kedalam adunan mentega & gula
2. Adunan yg sebenar kemudian dimasuk badam panggang
3. Separuh dari adunan yg dituang dalam bekas pembakar dan ditekan
4. Kemudian disapu jem, tutup dengan lebihan adunan tadi dan tekan hingga padat


Cara-cara :

Ayak tepung, serbuk kayu manis dan baking powder dan ketepikan. Pukul mentega dan gula sehingga putih, masuk kuning telur dan kacau lagi. Masuk tepung sedikit demi sedikit kedalam pukulan mentega tadi dan akhir sekali tuangkan badam. Letak aluminium foil kedalam dulang pembakar dan gris dengan mentega. 

Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan tekan sehingga padat. Sapukan jem pada permukaan dan tuangkan adunan sehingga habis dan tekan lagi sehingga padat.
Bakar pada suhu 35 F untuk 25-30 minit sehingga permukaan atas menjadi perang. Tunggu sehingga sejuk, dipotong empat segi dan dihidang. 


Monday, January 23, 2012

:: Pengat Pisang Tanduk ::

Bahagianya rasa bila sesekali cuti panjang sebegini..
Seronok sangat sebab no emails, no calls, no appointment, no meetings..
and segala yg no.no.no....
Accept for the personal matter..huhu
Happy CNY!

Bila Ops Sikap dah bermula.. nak berjalan2pun malas jadinya..
Sebab tak suka ada road block sana sini..
Aku ni kadang2 bukannya sopan sangat bila di jalanraya..
*sudah! kantoi*
Pernah member ofis sama juga org Melaka..
Masuk ofis terus dia sound..
'wahh lajunyerrrrr kat highway, sepantas kilat memotong'
akupun dgn pening2 lalat apasal dia sound aku camtu..
Katanya dia nmpk kete aku laju kedepan meninggalkan kete dia..
Aiyooo!!.. dia yg lambat atau aku yg laju..haha
Mmg gelak masa tu..apalar kantoi dgn mamat ni plak..
Mengaku jerlarr mmg aku yg laju..
Begitulah klu memandu sorang diri..
Nak elak mengantuk..

Cuti-cuti ni ayah turun KL lagi..
Sebab nak uruskan hal adik..
Kebetulan dia menyinggah masa ikut jln kampung di Rembau..
Belilah beberapa ketul pisang tanduk..
Minta untuk buat pengat pisang

Tadaa.. sudah siap dan sukatannya main sesuka hati.. 
Nasib baik menjadi.. itu kata kakak lerr.. ehh, terlebih sago..hehe
Bahan-bahan :

3 biji pisang tanduk 
2 bj kelapa (perah untuk 2 bahagian - dapatkan yg cair dan pekat)
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan
Sago (direndam)
Tepung gandum (dicampur air kapur dan air untuk dimasuk kecil2 dalam pengat)
Garam 

Pengat ni makan masa minum petang.. 3 biji pisang tanduk rasa bnyk sangat.. tapi sebab ramai, maka cepat jerr dihabiskan.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...