Monday, January 2, 2012

:: Bubur Pulut Hitam Durian ::

Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan bermula..
Pagi2 lagi aku sudah sampai ke Pejabat..
Sangkaku jalanraya kembali sesak..
Ohh.. ianya meleset sama sekali..
Jalanraya lengang bukan main..

Selalunya cuti sekolah parents akan bercuti..
Dah start sekolahpun parents ikut sekolah..
Hrmm..
Sehari dua jer yang lengang pun..
Lepas tu siaplahh..


************

Petang semalam, tiba2 rasa teringin sgt nak mkn durian..
Bila dah beli durian, tak boleh pulak nak makan lebih dari 3 ulas..
Memang selalu mcm tu, sedap manapun.. mahal manapun..
Kecuali kalau di masak, berulang kalipun boleh berulang..
Tak kisahlar dibuat bubur, tempoyak atau apa2.. janji dimasak..
Memang akan berselera..

Durian kuning untuk dimakan sahaja.. yg putih (durian kampung) di buat bubur.. 

Disebabkan itu takut durian yg ada terbiar..
Terfikir nak buat bubur pulut hitam durian..
Untuk dessert beberapa hari ini..

Jom nak share recipe : 

250g beras pulut hitam (dicuci bersih dan direndam)
1 liter air (untuk merebus pulut dan dibancuh dgn santan) 
2 Helai daun pandan 
1 Kotak santan rendah lemak M&S 
1 1/2 ct garam 
2 cb gula merah 
5 cb gula perang 

Pulut hitam yg sudah kembang 

Beras pulut dicuci bersih dan direndam selama 3 jam. Rebus beras pulut yg direndam sehingga kembang bersama daun pandan. Setelah beras pulut kembang, masukkan durian dan tambah sedikit air, kacau sehingga rata dan biar mendidih sebentar. Kemudian tuang pula santan pekat M&S, terpulang kepada anda untuk rasa kelemakkannyer  :), letak gula dan garam secukupnya mengikut citarasa masing2.. Siap untuk dijamah.

Panas-panas lagikkk..

Saturday, December 31, 2011

:: Selamat tinggal 2011, Selamat Dtg 2012 ::

Selamat tinggal tahun 2011..
Warna-warni 2011 seolah-olah seperti baru semalam berlalu..
Dalam kerjaya, hubungan sesama manusia, kewangan dan pelbagai lagi..
Alhamdulillah.. aku masih di sini..

Kenangan sedih bila dia yang ku kenali telah pergi mengadap Illahi..
Inilah berita yg paling menyedihkan sepanjang 2011 bagiku..
Sesuatu yg amat sukar kuterima setelah beberapa hari bertemu dengannya..

Dalam kerjaya pula..
Sedih bila boss besar besar berpindah ke division lain..
Ada juga yg gembira tahun ini bila rezeki kenaikan pangkat menyebelahiku..
Alhamdulillah lagi..

Tugasan semakin mencabar bila teman seunit telah berpindah ke tempat lain..
Hubungan kami amat rapat..
Namun apakan daya, setiap yg bertemu akan berpisah..
Perjuangan perlu diteruskan..

Percutian tahun ini pula hanya ke Bandung untuk kali kedua..
Tiada lagi dalam senarai utk kedestinasi lain..
Bila ada Matta Fair nanti baru bole decide..

Tahun ni jugak dah mendaftar di Celebrity Fitness, BV..
Hrmmm..
Yang ini mcm belum menampakkan hasil jerr..
Takkan nak jadikan 2012 nyer resolution??!!

2012 bakal menyusul tiba..
Diharap tahun ini segala cabaran dihadapi dengan tenang..
Dimurahkan rezeki yg diberkati..
Dan dapat mendekatkan diri kepadaNya lagi..
Insya Allah.. :)

Friday, December 30, 2011

:: Jika sudah berkumpul ::

Bila tiba musim cuti sekolah..
Kerapkali ibubapa juga akan bercuti..
yg bukan berstatus ibubapa juga akan bercuti..haha
contoh mcm aku ni larr..

Bila sesekali berkumpul memang meriah rasanya..
Anak-anak buahku agak ramai..
14 org semuanya..
kiranya kalau masak satu kawah tu..
Setengah kawah bole habiss.. hadoii!
Diorg ni semua mmg tengah membesar dannn...
Pejam, celik.. pejam, celik.. asyiklahh makan..

Memang sentiasa ada makanan..
Kalau disuruh tolong utk buat kerja menjeritlar kita..
Bila time makan berbau jerrr diorang..
Itular anak2 buahku..
Walau camanapun korang memang besstt!!
Kalau takde diorang memang sunyi..

**************

Kat bawah ni semua hasil tangan adikku..
hrmm..
Kakak dia ni tukang rasa jerr..
Ayam asam pedas darinya.. 
nak kasi resepi takut tidak berapa tepat sukatan
Bezanya ditambah kerisik dan hasil kuahnya agak pekat..

Ayam masak asam pedas kerisik




Sudah siap.. dan ramai yg beratur dibelakang..
Ada lagi juadah lain...
Tapi berminat nak amik gambar yg ini jerr..
Dan yg ini..
Sebab dlm bnyk2 lauk dan berhari2 dirumah kakak..
Ini aje yg kuhasilkan.. hehe
Dah tu.. ini yg paling mudah, cepat dan senang disediakan..
Wahhhh.. pemalas tak saya? huhuhu!!


Jemput2 udang 

Jemput bilis dan keladi dan keledek goreng




:: Selesai sudah ::

Selesai bukannya cerita berkenaan penutup tirai 2011..
Selesai kerana sudah melangsaikan tempahan utk kawan..

Kuih bahulu ni lambat dapat.. itu yg kerja agak tergendala..
Bila masa yg ada sgt terhad, tenaga yg ada pun terhad..
panik juga mula2..
Tapi Alhamdulillah dapat disiapkan pada tarikh yg dikehendaki..

Bahulu yg sedap sebab garing diluarnya..
Siap untuk dihantar 
Lori 1 tan untuk mengangkut barang ke destinasi..

Thursday, December 29, 2011

:: Pak Long Kelapa Bakar ::

2-3 hari ni asyik berblog pasal makan jer..
Yelar ayah datang ke sini nak bw dia jalan2..
Kebetulan pagi tu seal machine cap ayamku rosak..
Hadoii.. mengeluh panjang jadinya..
Mujurlah masih bercuti dan boleh lari ke Banting sebentar..

Kali ni nak singgah ke kedai hardware Banting..
Beli seal machine jenama 'Butterfly'..

Machine ni senang sikit berbanding yg lama..

Nampak macam tak menarik jerr.. tapi kena cuba dulu baru tahu!.. :)

Bila sudah kesitu, kami sempat menyinggah ke 'Pak Long Kelapa Bakar'..
Kedainya terletak disebelah kanan sekiranya dari Nilai/KLIA ke arah Pekan Banting..
Kebetulan pula owner restoran tersebut adalah sepupu kepada kakak iparku..
Dan berborak panjang kami disitu sambil menikmati kelapa bakar..

Memang sedap jika diminum suam-suam sahaja..

Ayahku yg sedang menikmati air kelapa bakar..

Kelapa dibakar dan ramuannya, gula, madu dan limau nipis..
Diminum panas2.. memang agak pelik juga air kelapa panas..
Selalunya diminum begitu atau dengan ais..
Tapi sedap bila diperah limau dan terasa madu..
Katanya kelapa bakar ini bagus dijadikan amalan..
Boleh mengurangkan paras gula.. Ini doktor yg ckp dgn ayahku..
dan untuk menyejukkan badan.. Ini mamat disebelah ayahku yg ckp.. 
Air kelapa biasapun menyejukkan badan..

Isi kelapa yg mengiurkan.. hehe

Bila part isi kelapa lagilar best..
Rasa limau dan madu tadi membuatkan lagi rasa lemak..
Isi kelapa pun sangat lembutt.. must try!!

Menurut abangku lagi, selalu jer penuh kedai tersebut jika tengahari..
Lokasi yg strategik membuatkan ramai yg menyinggah..
Terutama pemandu2 lori yg ke arah Port Klang...
Tapi masa aku pergi tu baru pukul 10.30 pagi..
Mujurlah tidak ramai orang..
Makanan lain juga turut dijual dan rasa sangat tidak menghampakan..



Tuesday, December 27, 2011

:: Sotong Bakar Power di Pantai Morib.. must eat!! ::

Sudah berapa kali si tauke sotong bakar ni suruh ke kedai beliau di Pantai Morib..
Memikirkan jauh nun di Morib.. memang tidak tergamak nak menggerakkan kaki..
Cuma baru-baru ini, kebetulan ayahku berada di rumah kakak di Tmn KLIA..
Pulak tu kami hendak ke Banting untuk mencari kerepek yg tidak cukup..
Cubalar call tauke sotong bakar untuk bertanya lokasi sebenar gerainya..
Setelah diberitahu, oh tidaklah susah mana kata abang yg membawa kereta..

Kami menuju ke destinasi yg dicari..
Memang tekak ni dah terasa sotong panas2..
ditambah dengan sos dan kacang tumbuk yg sgt mengancam..


Sesampainya di sana, pekerjanya sudah diberitahu kedatangan kami..
Dan melayan kami dengan baik..
Si Tauke yg sgt gembira dgn kunjungan kami..
Datang juga ke gerai tersebut walaupun demam..
Malah gembira bukan kepalang..
Maklumlar lama sudah dia menjemput kegerainya..
Cuma aku sahaja yg tidak berkesempatan..

Duduk sahaja di situ dan cuma menunggu sekejap..
Tahu bakar dihidangkan..

Tahu Bakar

Sekejap jer dilicinkan
Tak lama selepas itu..
Sotong bakar panas2 pula datang menyusul..

Sepinggan besar ni harganya RM20.00

 Menurut taukenya sotong yg tidak digelek lagi sedap rasanya..
Ada liat2 skit.. dan dia terus membakar sendiri utk kami..
Tapi tiada jual di sini.. dia ni baik sgt sekadar mahukan kami mencuba..

Versi lain sikit.. sosnya sgt menyelerakan..

Kena disiat mengikut urat sotong..
Kalau sotong yg baru lagi terasa kemanisannya..
Tapi aku lebih gemarkan yg sudah digelek..
Kakak iparku suka yg jenis liat ni..
Lain org lain citarasa..


Sekiranya berminat boleh berkunjung ke Pantai Morib..
Dan gerainya yg ada sotong bergantung..
Pelanggan yg datangpun dari jauh2 kesitu semata2 nak pekena sotong bakar..
Tentu tidak menyesal dan sekali cuba akan teringat lagi..
Sotong bakar ini juga adalah  makanan tradisi untuk rumah terbuka syarikatku..
Dan kami telah perkenalkan makanan ini utk Majlis Raya Kementerian..
Sambutan memang tidak mengecewakan..
Manalah tidak, kalau kata makanan raya mmg ketupat, lemang, lontong dan bla..bla..bla..
Tapi bila sebut sotong bakar jerr.. org2 dlm mesyuarat utk persiapan raya siap ckp nak tapau..
Memang sangat mendapat sambutan..
Mungkin sos cili dan kacang tersebut membuatkan org diluar sana teringat2.. :)
Allahuallam..
Apapun citarasa masing2..

Kalau berkunjung ke Pantai Morib, sila2lar mencuba!! :D

Sunday, December 25, 2011

:: Vanilla Cake tak menjadi ::

Bila cuti-cuti untuk menghabiskan cuti du hujung tahun ni..
Terasa nak masak itu, masak ini..
Tapinya tekak ni terasa nak makan vanilla cup cakes..
Maka, operasi mencari bahan dan membaking pun bermula..


Setelah menskodeng recipe vanilla cake..
Maka, terjumpalah recipe 'moist vanilla cake'...
Dapat daripada blog minah salleh from Norway..
Nampak resipinya tidak guna banyak butter dan hanya 2 bj kuning telur..
Telur putihnya dipukul berasingan..


Mulanya nak buat dgn sugar icing dan segala bagai..
Tapi entah mana silapnya kek tu tak segebu yg diinginkan..
Hrmmm..
Projek tidak berapa menjadi..
Macam tak berapa puas hati ..
Nak kena buat lagi tapi lps ni nak guna tepung naik sendiri..
Dan kena make sure putih telur dipukul kemudian..
Setelah butter and sugar icing sekata..

:( :( :(  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...