Thursday, February 10, 2011

:: Kraftangan of Miri ::

Sementara menunggu kawan2 membeli-belah di Miri Handycraft Centre, sempatlah juga melihat aunty Madeline menunjuk kepakarannya membuat salah satu seni kraf orang Iban, Sarawak... minta maaf yerr  dah lupa namanya.. "short memory termm" ohhh.. nooo..

Handicraft of Miri


 
Aunty Madeline - beliau juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay untuk pameran dan ekspo kraftangan Malaysia.. siap juga berpesan untuk aku berkunjung ke booth dia pada Mac 2011 sekembalinya di KL nanti.. all the best aunty!! :)


 
Skill from the expertise






Segala usaha tidak sia-sia bila ianya mendapat pengiktirafan

*******************
Disuatu sudut yang lain, aunty ni sedang menjahit labuchi or manik pada baju suku kaum di sana.. beliau juga sangat tekun menyediakan hasil kraf ini.

 
Aunty sedang menjahit hiasan pada baju tradisional mereka
Wowww....Inilah hasil kerja tangan beliau..


Tuesday, February 8, 2011

:: Aneka Mee Kolok ::

Kalau sudah berada di Sarawak tentunya teringat dengan Mee Kolok.. bukan tengkolok yerr.. :p...
Breakfast pagi dengan mee kolok sambal belacan.. terdapat pelbagai jenis mee kolok seperti di bawah ini.. ianya hidangan bangsa tionghua tetapi ini adalah Restoran Melayu yang berhampiran dengan hotelku menginap..


Aneka Mee Kolok


Ni MEE KOLOK SUP WANTAN - Restoran Nadli, Miri

Disebabkan rasanya yang enak, keesokan harinya sebelum catch flight to KL.. nak order jugak WANTAN SOUP


Mee Kolok Belacan (together with sambal belacan dan hirisan daging) ini  best


Ada banyak lagi jenis mee kolok tetapi tidak sempat mencuba semua.. 

:: Jalan-Jalan Kena Makan (JJKM) ::

Di semenanjung, bila bercakap pasal negeri Melaka tentunya kita akan berkata tentang asam pedas dan ikan bakar..Masakan asam pedas Melaka memang sangat terkenal tetapi kena pandai memilih kedai.. asam pedas Sarawak kita jarang sekali mendengarnya (mana tidaknya..kamek bukan dari sinik, kami dari nun dari semenanjung) hehe.. bole cover line lagi tu..

Ok, asam pedas Sarawak ni seperti masak lomak cili api.. tapi tidaklah sepedas masakan nogori tuu.. ianya lebih kepada rasa kunyit dan tiada rasa lemak.. Kami nikmati hidangan ini di Restoran Sajian Warisan, Miri.







The entrance..yahhhh.. mari kita serbu.. :D





Antara pemandangan yang menarik di restoran ini.... i looooikkee..
ASAM PEDAS IKAN SARAWAK - ikan braham (maaf yerr org seghawak klu salah disebut) / ikan jenahak)

Selain asam pedas ikan jenahak yang beratnya hampir 2 kilo (huh.. siap tapauu), kami memesan tomyam campur, thai chili paste prawn, telur dadar dan ulaman..



THAI CHILI PASTE PRAWN... Recommended!!


SEAFOOD TOMYAM
Sebenarnya, niat kami semasa lunch tadi nak makan udang galah tapi yang ada cumalah udang sederhana.. tidak mengapa.. rezki dah bnyk itu.. :) ..Kononya lepas habis mkn boleh pergi ke market cari udang galah sebagai buah tangan.. Harapan setinggi gunung!!
Bila sampai di e-mart, memang tiada bapak udang pun.. yang ada cumalah anak2 udang yang tidak bermaya.. mungkin bukan musim dan memang rezeki udang galah tidak menyebelahi kami... ~Redha~

e-mart.. memang famous di sini..

Ikan pari seberat hampir 30 KILO.. ouchhhh!!



Pasar yang attached with supermarket.. Best sangat pasar ni lantai tidak basah langsung dan sgt bersih..:)


Monday, February 7, 2011

:: Garam Bario ::

Jika di Kuching sebelum ini aku pernah mendengar pasal 'beras bario'.. malah ayahku pernah berkata beras bario mahal harganya. Tapi semasa aku di Miri ada terjumpa dengan garam bario / highland salt. Ianya dibalut dengan bungkusan seperti daun nipah dan berupa seperti garam buku..

GARAM BARIO

Berikut adalah serba sedikit maklumat berkenaan 'barang mesti' ini yang juga terkenal dalam dunia perubatan..

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang: Bario terletak di kawasan pergunungan di Timur laut Sarawak, berdekatan sempadan kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dr mata air yang menggandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dgn daun2 pokok lain.

Penyediaaanya sangat unik dan sudah tentu harga, kualiti dan kebaikannya jauh lebih baik dari garam biasa. Ia boleh digunakan seperti garam biasa dan menurut aunty di situ bila garam ini digunakan untuk menggoreng sayur hijau, warna hijau sayur kekal dan tidak nampak lebam.. tapi apa yang pasti garam ini boleh menggantikan garam organik yang sudah kehabisan stok dirumah.. :D

Untuk melihat cara rumit penghasilannya sila klik ke GALERI GARAM BARIO.. :)


:: The Colourful of 'Kek Lapis Sarawak' ::

Persinggahan pertama setelah tamat tugasan adalah di Kedai Kek Lapis, tidak banyak pilihan kek lapis di sini dan harganya agak mahal berbanding di Kuching.. Terdapat pelbagai pilihan kek dan tempatnya terapung ditepi sungai.. semasa datang ke kedai tersebut, mereka sedang melapis/mencorak kek tersebut. Memang seronok tgk, nampak rumit dan memang amat berbaloi dengan harganya.




Menurut empunya kedai, terdapat spesis 'Cik Bujang Senang' di sungai berhampiran dan ianya pernah dilihat diikat ditepi kedai mereka.. Sarawak memang terkenal dengan negeri Bujang Senang punn kannn... Suanana kat sini mcm best jerr.. Aku tdk membeli apapun sebab suka tengok jer tapi tak berapa suka akan kemanisan kek dan takut tgk colouring yang sooo brightness.. ^o^



Oven yang bersusun

Suasana penyediaan yang mendamaikan ini merupakan salah satu faktor yang telah membuatkan mereka gigih memasarkan kek lapis jenama ini ke Dubai dan Kota London.. syabas anak Malaysia!! Layanan 1st class.. sanggup tunggu kitorang and melayan soalan2 cepumas.. hehe

Sunday, February 6, 2011

:: Politik di sana sini ::

Sambutan sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina di Dataran Kipas, Miri, Sarawak sangatlah meriah.. jumlah jemputan yang hadir adalah diluar jangkaan tapi sayangnya tempat acara sangatlah terhad dan menimbulkan keadaan yang sangat tidak selesa kepada pengunjung. Ohh.. tetiba rasa sgt prihatin pada rakyat.. mana tidaknya aku boleh rasa selesa duduk bersama VIP lain di bawah marquee yang bernilai 30-40k, then tetamu lain terkena embun malam bandar Miri.. nasib baik tidak hujan, klu tidak tentu mereka bertempiaran lari mencari tempat berteduh.

Entah di mana silapnya, rasa acara untuk malam ini seperti tiada perubahan dari acara2 yang lepas.. Deepavali dan Krismas. Flow of the event semacam dah boleh dibaca, persembahan pun sama sahaja.. dalam erti kata lain agak membosankan. Mungkin juga konsep 1 Malaysia yang ingin diketengahkan dan sebab itu sama sahaja bunyi, rentak, pandangan dan sebagainya. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah acara jika semacam diPOLITIKkan..

Berkalung2 terima kasih kepada team Sarawak yang sgt supportive, yang dari Kuching mahupun dari Miri. You are the greatest colleagues in da world!!

Melewati malam setelah acara berakhir, jalan banyak yang ditutup (begitulah jadinya bila pemimpin utama turun padang dan jalanpun dah didominasi ahli POLITIK) dan kami mencari tempat makan.. bersama sekali adalah Timbalan Ketua Setiausaha yang berkongsi cerita tentang keadaan POLITIK di sebuah Suruhanjaya.... dan berkongsi suka dan duka tentang pengurusan masa kini yang juga penuh dgn POLITIK.. Apa yang pasti, keadaan hidup ini kadangkala mendesak kita untuk menjadi 'hipokrit' bila semua hendak diPOLITIKkan.. aduhhhhh...Tepuk dada, tanyalarr selera.. ^-^

Kalau di Singapura lain pula ceritanya, pengalaman sempena tugasan di Communic Asia, taxi driver mereka memandu dalam keadaan tertekan sebab takut di saman..mana tidaknya tidak boleh turunkan penumpang sesuka hati, tidak boleh laju, tidak boleh itu dan tidak boleh ini.. malah rasanya tekanan seumpama ini wujud pada semua pemandu di sana. Semua sedia maklum, negara tersebut tiada hasil bumi dan hasil yang paling jelas adalah 'penekanan pada rakyat sendiri' lebih dasyat bila semuanya diPOLITIKkan.. waima sebagai pejalan kaki pun tidak boleh membuang sampah merata dan chewing gum juga tidak dibenarkan..

Alhamdulillah, banyak juga tanah melayu di sana tidak dilepaskan kepada bangsa asing.. melalui sumber dari kerabat Sultan Johor, masih banyak nama tanah kepunyaan Almarhum dan sekiranya negara republik itu berminat, harga yang ditawarkan adalah berlipat kali ganda. Allahuallam.. tidak salah rasanya jika orang kita mengambil untung yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan golongan Lee Kuan Yew.  Mereka ini kalau memiliki rumah tidak boleh sebiji dua, malah perlu lebih dari itu dan dah macam memborong kat pasar borong dan 'jualan balik' pada harga yang boleh dianggap 'tidak munasabah'.. (pssstt..seperti yang dinyatakan kerajaan, gelembung sektor pembinaan akan berlaku pada 2-3 tahun dari sekarang) dan ini salah satu sebabnya. Mereka berhak memiliki seberapa bnyk rumah yang dikehendaki sebab daya mampu milik mereka lebih besar.. Begitu juga warga Brunei yang memiliki rumah di Sarawak, tetapi mereka jauh lbh berhemah.. :))


ohhhh.. Roast Lamb, begitulah nasibmu bila apa sahaja hendak diPOLITIKkan... :(





:: Mihun Sup Tulang... Dinikmati ketika cuaca sejukk :) ::

Cuaca sejuk di luar sana membuatkan kalaulah dapat menghirup sup panas ketika ini, alangkah nyaman terasa tekak.. stok tulang pun memang sudah tersedia di dlm fridge dan hanya perlu menumis bawang dan merebus mihun.. Stok bawang goreng pun dah tersedia.. memang menjadi projek petang ini.. setelah dicampak2 dan hahh inilah hasilnya..


Mihun Sup Tulang
Check it out the recipe:
Mihun/mee/kueteow - dicelur dgn air panas
Sekilo tulang lembu
Minyak untuk menumis
1 paket rempah Sup adabi (sup bunjut)
7/8 ulas bawang merah (lg bnyk lg best)
4/5 ulas bawang putih
Halia diketuk or dhiris halus
Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
Air secukupnya
Daun sup dan bawang goreng

(Tumis rempah empat sekawan, sup bunjut sampai naik bau.. masuk bawang, halia dan goreng hingga garing.. masukkan air dan daging.. tunggu hingga daging empuk..hidang dan hias dengan daun sup dan bawang goreng)

CILI KICAP
:
Cili padi 9-10 biji (terpulang)
Bawang merah (7/8 ulas)
1 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula

(Semua bahan dicampur dan dikisar)

BAWANG GORENG (jika terlebih rajin sahaja) :
Kalau yang suka bawang goreng, anda boleh buat sendiri.. caranya mudah. Hiris halus bawang kecil dan bawang putih.. gaulkan dengan tepung jagung dan goreng dengan api sederhana sehingga garing.. taraaaaa dah siap dan boleh dihidang dengan apa2 juadah yang sewaktu dengannya..


Bawang goreng 'Crispy'



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...