Tuesday, January 25, 2011

:: The unique among the uniques ::

Bercerita dari keunikan budaya, makanan, amalan dan sebagainya tentu akan dapat menarik perhatian terutama yang sangat suka akan konsep cuti-cuti Malaysia..

Kesinambungan dari lawatan kerja semasa di Miri, ada lagi yang ingin dikongsi bersama.. dan berkaitan dengan makanan LAGI!! adoiii.. ohh.. Alhamdulillah.. :)


Kuih CELOROT namanya.. bukan cencorot, melorot or comolot.. :p
Rasa kuih ini seperti kuih bingka dibalut dgn daun nipah.. cara makan adalah dengan melurut dari bawah keatas dan terus ngappp!! Tapi dalam pic itewww aku telah tersilap teknik dengan membuka 'golongan' kuih dan ditegur oleh mereka di situ.. 'salah cara makan tuuu'.. huhhh.. manalahh kamek tahuu, sik ajar sama kitak :?, :)
Pssstt.. sbnrnya aku nak tahu apa isi dalam.. tu yang berseni bukak 'golongan' kuihh ni..maklumlah 1st time jumpa..tu yg mcm gayat pun ada.. hehe


Umai - isi ikan mentah yang dibuat seperti kerabu.. taste good!


Bila di close-up adalah seperti ini.. Memula tgk agak takut nak makan, bukan apa takut terkeluar balik.. tapi bila dah rasa memang agak menarik rasanya. Segala bahan cukup and it doesn't taste fishy at all. Bahan2 nya mewah dan rakan2 dari Kuching dan Miri juga menyatakan Umai yang ini adalah yang terbaik dan sedap pernah dirasa. Kalau minat dangan raw salmon, memang boleh pergi dgn hidangan ini.


Ayam PANSOH.. Ayam dan pucuk ubi yang dimasak di dalam buloh seperti lemang

Hidangan yang ini pula adalah ayam 'pansoh'.. memang agak menyelerakan dan rasa sangat menarik. Tidak berminyak seangkatan sup, ia amat sesuai bagi mereka yang berdiet.. :).. Bahan2 seperti serai, pucuk ubi, halia dan sebagainya nak pulak dimasak di dalam buluh membuatkan rasanya amat menarik. Sesekali merasa hidangan yang 'Pelik tapi sedap ini' memang agak mengujakan dan rasa betapa bersyukurnya berada dibumi bertuah ini. Selain hidangan seperti di atas..sayur midin ini juga adalah antara yang menarik.


Sayur midin goreng ~ rasa seperti pucuk paku tp sayur ini lbh sedap dan rangup


Kuih bingka "honey dew" yang bestt.. its really different taste compared than kuih bingka yang ada di Semenanjung ini.. Wallaarrr.. :D.. 



 Celorot.. Bingka tembikai susu & Kek lapis keju.. pendek kata semua bestlarr.. :)
Aku tak sempat pulak nak tanya caterer apa sebab terlalu kusyuk menikmati hidangan2 ini.. semua hidangan disediakan oleh 'air tangan' pemilik katering ini.. termasuklah kuih-muih yang pada aku sangat rumit penyediaannya.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...