Tuesday, January 18, 2011

:: Jenama 'kita' ::

'Kita' adalah jenama kepada diri kita.. Kehidupan penuh percikan warna, permulaan hidup itu suatu sahutan, cabaran hidup suatu kemestian, kesinambungan hidup itu belum pasti dan kematian itu pasti menjelma..ini adalah hakikat..

Nama setiap dari kita adalah doa dari mula mendaftar dipejabat pendaftaran sehinggakan ke talqin dibaca (uhh.. suspen) cuba bayangkan kalau larr dapat hidup selama 50 tahun.. berapa juta kali agaknya doa utk kita.. Allahuallam.. Ini kalau nama yang baik, kalau yg sebaliknya... hrmmm. sukar utk dihuraikan..

Keluaran atau produk yang berkualiti, jenama yang hebat selalunya akan mendominasi pasaran. Sehinggakan 'adidas' jadi 'asadi'.. 'blackberry' jadi 'blueberry' dan sebagainya.. semua adalah pengaruh yang si hebat tadi. 

Manusia seperti kita juga mempunyai jenama, ciri-ciri serta kualiti tersendiri. Tidak dinafikan juga setiap dari kita akan melalui kitaran hayat keluaran atau ia lebih menjurus kepada fasa/peringkat kehidupan manusia. 

Semua kaitan di atas menunjukkan contoh bagaimana langkah yang terbaik untuk terus maju dan memperbaiki segala kelemahan (ini ingatkan diri sendiri lg).. sometimes kena bawa masuk diri ke makmal utk scanning.. bukan apa kasi nampak sikit isi dalam tu terang kerr..gelap kerrr.. mendung kerr.. kenalarr muhasabah diri.. :p

Sebenarnya aku sendiri pun susah nak faham diri sendiri tapi masih ada hati nak tolong faham orang lain (kesian kat aku..) tapi takpe, sekurang-kurangnya aku mendapat sedikit pendedahan.. Insya Allah.. Pengalaman, pengetahuan, pergaulan dan sebagainya akan memberikan jenama yang berbeza2 antara kita semua. Tidak kurang juga yang masih keliru dengan identiti sendiri lantas dengan mudah mengikut hala tuju idola mereka.. ini kerap berlaku kepada mereka difasa remaja..

Setiap fasa dari kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga ke golongan veteran mempunyai kelebihan tersendiri sekiranya kita bijak menggunakan peluang2 ini.. Tengok sahaja nama2 gah di dalam dan di luar negara.. Jenama seperti Tun Mahathir sahaja telah mencipta gelombang yang sgt dasyat sehingga keserata dunia.. Oprah.. Bill Gates dan sebagainya.. belum lagi para tokoh2 Islam yang tersohor suatu masa dahulu..

Oleh itu, perjalanan hidup ini memberi impak kepada 'Kita' dan 'Kita' juga tahu apa strategi pemasaran dan amalan terbaik untuk diri kita.. :))

Renung-renungkan bersama..



1 comment:

-aTy- said...

renungan bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...