Saturday, January 29, 2011

:: Survival ::

Kerenah dan ragam setiap orang adalah berbeza2 mengikut musim, keadaan dan cuaca (hrrmmm.. yerr kerr??) dan tidak semua juga mengamalkan sikap 'keterbukaan'..

Sejenak berkongsi pengalamanku ini..

Tatkala ke Pasar Malam yang omputihnya dipanggil 'night market' di salah sebuah taman di tempat ku tinggal ini membuatkan aku berfikir sejenak dengan situasi yang berlaku..Tujuan utama adalah untuk membeli buah-buahan dan the best rojak buah in town.. kononnya ini menu versi diet.. :p

Rojak buah BEST!! kuah pekat, kacang banyak dan siap ada keropok udang.. Nyummm!!
Sambil melalui beberapa kedai, ternampak gerai taufu fa/soya bean tionghua.. rasa mcam menarik sebab dia ada buat perasa coklat besides normal taufu fa.

Aku: what flavour is this?
Dia: Ini chocolate punya flavour..
Aku: cool!!berapa harga?
Dia: (Senyum dan dengan ramah) ini special punya, choco taste.. harga RM3.20..
Aku: Bagi satu coklat punya..
Dia: U PERNAH RASA YANG BIASA PUNYA? (sambil menunjuk jenis taufu fa biasa dia)
Aku: Belum pernah..
Dia: TAK APA, INI BIASA KITA JUAL RM1.70, SAYA KASI FREE PUNYA.. KASI U RASA. KITA TAKDE LETAK ITU KAPUR dan bla..bla..bla (aku hanya tahu bhn utama adalah soy bean)
Aku: Ohhh.. thank you so much.

Hrmmm..
Aku memang tidak berapa kisah membeli air soya dengan bangsa tionghua dengan syarat penampilan dan kedai adalah bersih.. dan bagi sesiapa yang belum tahu.. untuk penyediaan air soya dan taufu fa ini perlu dalam keadaan bersih barulah ianya menjadi. Insya Allah. Kalau ragu2 dah makruh hukumnya dan anda dinasihatkan tidak menjamah.. :)

Apa yang hendak dikongsi adalah sikap mereka dan bukan 'bangsa' mereka sebab aku bukan bercakap berkenaan politik atau perkauman dan kerana bangsa juga tidak menjamin perilaku seseorang itu baik atau jahat.. aku bercakap berkenaan konsep 'survival' tidak kiralah dalam apa jua lapangan sekalipun..

Dengan inisiatif ini, mungkinkah dia dapat menarik hati aku untuk menjadi pelanggan dia lagi? adakah dia yakin dengan apa yang dijual itu sangat berkualiti/sedap? adakah dia nak balik cepat dengan bagi taufu fa free? jawapan hanya boleh di beri selepas food tasting..huhu


Different taste!! Choco taufu fa with melted choc rice.. yummy..



Memang tidak sia2 usaha kreatif dia mempelbagaikan citarasa, sangat menarik.. teksturpun sangat halus..
Termasuk yang PERCUMA ini..

Versi biasa.. ponnnn best kalau dimakan sejuk.. 

Berniaga hanya di pasar malam, sangat yakin dengan produk yang sedap, menarik perhatian pelanggan baru.. semua ini tidak mustahil sekira perniagaannya boleh pergi jauh.. fikir-fikir dan renungkan sejenak untuk kebaikan bersama.. :)



3 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Can never resist taufu fa..

-aTy- said...

wah.. dapat taufu fa free bukan nak hantor iskit kat umah.. hahaha
kat maner tu?
kat taman conot tu ker kak?

ferus said...

Kak Marina,
Me too.. :)

Aty,
Kenalah buat food tasting dulu.. If rasa ok, sedap then bolelar next time bawa buah tangan tanpa ada rasa segan silu..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...