Saturday, August 20, 2011

:: Lemon chicken ::

Menu ni dah teringin lama..
Cuma tidak berkesempatan nak cari chicken fillet..
Dah jumpa chic fillet, terlupa lemon pulak..
Baru semalam cukup bahan-bahannya..

Ini resipi makanan cina..
Tapi telah diubah ala2 versi melayu yg kuahnya gelap sedikit..



Lemon chicken.. nyummmss!!

Jomm check resipi :

200g isi ayam/chicken fillet (dipotong nipis/kecil)
1 inci halia - dikisar
seulas bawang putih - dikisar
3 sb tepung jagung
1 sk tepung beras
1/2 st lada sulah
1 bj telur dipukul (guna 1/2 biji shj)
Garam
Minyak
Salad dan hirisan lemon dan daun bawang untuk hiasan

Untuk sos lemon
1 biji lemon (perah 3 sb jus dan parut sedikit kulitnya)
2 sb gula merah/biasa
1 sb tepung jagung
1 cwn air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

Ayam dicuci dan toskan*perap ayam selama 2 jam dengan bahan kisar, lada sulah, telor dan garam*panaskan minyak untuk menggoreng*sementara itu gaul tepung jagung dan tepung beras di dalam bekas kering*celup ayam yg diperap ke dalam tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan..


Ayam yg diperap dgn bawang putih, halia dan lada sulah..

 Selepas digoreng.. huh!! posa.. posa..
Untuk sos pula..

Tumis bawang putih hingga wangi*masuk air dan tunggu hingga mendidih*masuk lemon juice dan gula merah/biasa dan parutan kulit lemon*masuk tepung jagung dan kuah perlulah pekat...

Tuang keatas ayam tadi.. hias apa yg patut dan siap utk dihidang.. nyummss!!

Lemon sauce

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...