Salam semua,
Pada tahun ini sahaja aku sudah bercuti ke Beijing & Perth. Target untuk bercuti adalah sekali setahun.. itu pun Insya Allah jika tiada aral melintang. Bercuti ke Beijing juga pada musim sejuk.. rasa nak bermain dgn salji baldu putih 'apa plak yg aku merepek nihh'..
Percutian ini memang telah dirancang oleh kwn aku. Aku nih mengekor jerr..sebab dia yg rajin pg survey pakej percutian kat Matta Fair. Survey punyer survey dapatlah dia mencekup one of the pakej valued RM1,200++.. kira okeylar dgn ski pakej.. (tp x dpt join pon.. pasal kete tersangkut kat salji tebal..sob..sob!)
Banyak pengalaman kalau kita selalu ke negara orang nih.. tgk budaya, cara hidup, persekitaran dan paling seronok makanan diorg.. Walaupun aku rasa part nak cari makan kat Beijing nih agak sukar tapi mujurlah kami mengikut agen yang membawa pelancong Islam. Sesampai sahaja di sana, kami rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah swt kerana impian kami termakbul bila dapat menyaksikan salji turun memenuhi muka bumi Beijing.. sbnrnya sebelum kami sampai dah ada announcement kata flight kena landing in Hong Kong coz terdapat ribut salji di Kota Beijing (masa nih kitorang hepy sbb excited nak main salji..huhu.. burok perangai ok!! sepatutnya risau, ini tidak boleh plak kitorg nak bergumbira..)
Bila touch down.. lagi burok perangai..x sabar nak masuk terminal and tgk salji dari dlm airport building.. (gayat kejap arr). Then, singgah ladies utk mengenakan pakaian yg sesuai utk musim sejuk..
Itssss sooooooo coldddddddddd!!!! mmg naik kejang kaki nihh.. dah beberapa hari bermain dgn salji tetiba teringat bersyukurnya aku dgn tanahair sendiri.. Keadaan di Kota Beijing sangatlah sesak kerana bnyk kenderaan terkandas di atas jalanraya selepas ribut salji terutama kenderaan2 besar.. Just imagine, kalau hujan lebat air akan surut dalam masa 2-3 hari..tapi ni salji yang sudah tentu berhari2 pun tidak akan surut malah bnyk pekerja2 dewan bandaraya (terms M'sia) digunakan untuk menolak ais ketepi atau dilonggok ke kawasan2 khas untuk memudahkan laluan. Cahaya matahari yg terbit belum boleh mencairkan ais2 tersebut malah telah membekukan segala tasik & sungai disana.. ditambah dgn suhu -12 hingga -20 deg cel.
antara kenderaan yang terkandas :p
antara kenderaan yang terkandas :p
Forbidden City, frozen lake..
Alhamdulillah, sepanjang berada di sana tiada lagi ribut salji cumanya salji biasa yang turun seperti hujan renyai2 dan kitorang bole berlari-larian seperti cerita hindustan.. :D
No comments:
Post a Comment