Friday, November 19, 2010

:: Keje, jalan dan makan di utara ::

11-14 November 2010
Bila aku mendapat keputusan untuk outstation ke Utara sendiri sesungguhnya memang amat menyeronokkan. Bermacam agenda yang ada didlm kepala ni.. bukan sekadar kerja tp org kata 'menyelam sambil meneguk air'..Hari pertama perlu overnite di Sg Petani, Park Avenue Hotel.. esoknya ada mesyuarat bersama TKSU di Emerald Puteri.

Habis meeting aku terus ke Alor Setar.. sampai hotel terus meng'google' cari tpt mkn best kat area Alor Setar..yang aku sempat cuba Nasi Lemak Royale. Mula-mula aku pergi dlm jam 5.30 ptg, pekerja2 dia baru nak susun lauk-pauk..ahh xpelaahh tunggu japlarr dlm kul 6.00 dtg balik..


Hah tu dia!! tgklar baru bukak dah beraturr..

Kena sabar menanti.. disebabkan org dok kata 'mai Kedah kena pekene Nasi Lemak Royale' so, aku pun beratur menunggu giliran.. jeng jeng jeng!! memang peningkatan kalori akan melanda tp memikirkan penat aku drive jauh-jauh dan apa salahnya aku reward sket diri.. mmhhh.. nyammmm!!!!


perghhhh!! kena cuba okeyyy......

Nasi lemak utara ni lain sket.. ada siap rempah empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih) tu yg rasa wangi..~*~*~*~*dan lauk-pauknya pula seperti nasi kandar.. mmg sesuai sgt pada penggemar 'nasi kandaq'.. :) dan harga sgt munasabah..

Kepada sesiapa yg belum mencuba silakan.. kalau cari dgn GPS just search 'nasi lemak royale'..

Lagi satu makanan yg aku cuba.. 'mee goreng abu' kat Teluk Wanjah.. ni pun layaannnnnnn....


Mee Abu















Kat Alor Setar nih aku check in kat The Regency Hotel.. not bad bilik dia. Kalau dah ngantukss, kenyang akan selamatt jerr..

Nak balik dari Alor Setar ke KL aku suka sgt tgk sawah padi meghijau.. maklumlahh Kedah kan terkenal dgn Negeri Jelapang Padi.. aku drive balik non stop selama 4 jam stgh.. pasal bosan drive sorang2 dan nak cepat sampai.. korang jgn memandai2 ikut kerje giler aku ni keyy..

walaupun pokok bsr ini cuba utk menginter frame.. namun, masih boleh nampak kehijauan sawah padi nun terbentang luas dibelakang sana..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...