Assalamualaikum semua..
Lamanya tidah mencurahkan isi hati di sini..
Terlalu banyak bahan cerita tetapi perlu di huraikan satu persatu agar penyampaiannya lebih kemas (tetiba rasa mcm menaip skrip drama.. ;))
Sempena menyambut Awal Muharam ini.. rasanya belum terlewat untuk meneliti setiap kesilapan lalu yang mungkin boleh dijadikan sempadan dan teladan..
Daripada anak dara, dah mak dara dan terkini sedang berusaha untuk memperolehi zuriat.. In Syaa Allah (Moga2 dengan izinNya)..
Liku2 hidup ini sukar dan penuh cabaran sekiranya DIRI SENDIRI melihat ianya sebegitu.. tetapi kalau anda diluar sana melihat ia DISEBALIKnya maka BAIK dan BANYAK PENGAJARAN yang boleh diperolehi.
Kekuatan dalaman juga perlu bermula dari hubungan dan keakraban dengan Pencipta.. (Hablulminallah) barulah hubungan dengan makhluk (Hablulminannas) terpelihara/terjaga.
Lembaran baru?
Yerr.. semangat baru yang membara untuk terus berusaha agar mendapat tahap kehidupan terbaik dunia akhirat.. In Syaa Allah..
Tambahan suntikan semangat dan motivasi daripada Dr Azizan Osman yang amat mendorong kaum melayu kita untuk terus berusaha dan mejadikan perniagaan salah satu cabang memperolehi rezeki..
Keseimbangan ilmu dalam IMKK September 2015 sangat membakar semangat dan segala perkara negatif disekeliling tidak pernah dipedulikan sekarang ini..
Yesss... pandangan hanya terus kehadapan dan ianya tanpa ada bisikan menyekat segala kebolehan..
Nak cerita banyak pun susah.. hanya yang sudah menghadiri dapat rasa akan kelainan/perubahan pada diri (bagi yg ingin berubah).
Semoga semua amalan kita diberkati dan dijadikan saham paling berharga di Akhirat kelak.. Amiinn..