Saturday, December 8, 2012

:: Asam Pedas Ayam ::



1/2 ekor ayam (dibasuh dan digaul garam, kunyit)
1 inci halia
2 labu bawang besar**
2 bj bawang putih** 
1/2 inci kunyit hidup**
10 tangkai cili kering (direbus)**
2 sb asam jawa
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Minyak secukupnya 
Garam
Gula 



Ayam yang dipotong kecil, dicuci dan digaul garam & kunyit*goreng ayam dengan minyak yang sedikit, goreng layur sahaja*Kisarkan bahan-bahan bertanda** dan tumis di dalam periuk bersama daun limau perut dan serai sehingga betul-betul cili bertukar warna atau garing dan terbit minyak*kemudian masukkan ayam tadi dan kacau sehingga rata*masuk pula air asam, daun kesum dan bunga kantan*rasakan kuah dengan bahan-bahan perasa*tambah air sekiranya perlu.. saya suka kuah yang pekat dan masam yang lebih sedikit.. terpulang kepada citarasa masing-masing . 

Oh ya, sebenarnya ini adalah resepi asam pedas asli dari makcik di Melaka.. yang menggunakan halba juga ada tapi dah lari dari rasa sebenar asam pedas melaka.. :) Selamat mencuba!

:: Resepi Ikan Sardin Seperti Dalam Tin ::

Semenjak memiliki pressure cooker, macam-macam resepi yang hendak dicuba sebabnya hasil masakan darinya memang tidak menghampakan.. :))

Bila semak-semak resepi, ada rasa hati nak buat sardin yang sampai buat tulang-tulangnya reput seperti sardin yang dibeli di dalam tin.. Memang diakui, kandungan pengawet untuk ikan sardin di dalam tin membahayakan kesihatan.. Jadi, bila tanya penggemar ikan sardin macam saya.. tentulah seronok bila hasil buat sendiri lebih baik malah lebih sedap dari yang terjual siap.. antara malas dan rajin sahaja *ok, saya angkat tangan yang malas tuu.. huh!* sebab yang rajin tu singgah sesekali sahaja.. jom check resepi..





BAHAN-BAHAN :

6 ekor ikan sardin segar yang dibuang kepala dan ekor
3 biji tomato segar
3 sudu besar tomato puree
1/4 minyak zaitun/masak
Air secukupnya 
1 st garam
1 sb gula 

CARA-CARANYA :
Kisar tomato dan masukkan kedalam periuk tekanan*campur ikan, tomato puree, air, gula dan garam*masak keatas api sehingga bunyi berdesir dan perlahankan api*biarkan selama 1 jam atau lebih sedikit.

Saya potong bawang besar, halia diketuk, beberapa biji cili padi dan tomato dipotong baji. Tumis kesemua kecuali tomato sehingga wangi. Masukkan sardin yang telah masak tadi dan jadi seperti diatas :). Selamat mencuba!

:: Sotong Rebus Kelantan Style ::

Bila mendengar lauk rebus-rebus.. mesti ada rasa macam duduk di hospital betul tak? Lauk-lauk sihat untuk si pesakit.. hehe. Hakikatnya lauk-lauk rebus, bakar, kukuslah yang baik bagi mereka yang sihat walafiat apatah lagi yang sakit.. Sotong rebus kelantan style ni memang nampak tidak begitu selera.. tapi percayalah ia sangat sedap bila pula dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng.. oppss!! goreng jugakkk.. hehe.. resepinya sangat mudah.. konon yang style main campak-campak jerr.. janji pandai serasikan rasa masam, masin, manis.. 



BAHAN-BAHAN :

5 ekor sotong sederhana besar 
1 cwn air
1/2 inci halia (dihiris)
1/2 inci lengkuas (dihiris)
1 bj bawang kecil (dihiris)
1 keping asam keping
Gula
Garam 

CARA-CARANYA : 

Tuangkan air kedalam periuk, halia, lengkuas, asam, bawang dimasuk sekali dan masak sehingga melegak*masukkan sotong dan rasakan dengan garam dan gula*boleh dihidang panas-panas..mudahkannn?!! 


Tuesday, December 4, 2012

:: Kryolan - Baru Tercapai Hasrat ::


As Salam semua, kali ni bukan nak cerita pasal masak-masak tapi pasal alat solek atau make-up yang dah lama terpendam untuk dimiliki dari sehari ke sehari.. Baru-baru ini, Alhamdulillah baru tercapai. Masa google memang terlalu banyak yang berurusniaga secara online untuk jenama ini.. tapi warna yang dikehendaki atau hot colour wanita asia memang banyak yang 'out of stock'. Bila google-google lagi nak cari pengedar sah (cehh.. macam nak beli banyak) di Malaysia.. so, terjumpalah pengedar tunggal Malaysia Cosmoprof Sdn Bhd di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan. Ingatkan class sangat kedainya.. tapi alahai itulah yg dlm pic dan dalam bangunan lama (dulu dikenali sebagai Wisma HLA).. Hargapun sebenarnya lebih kurang sama dengan yg online, cuma semua colour ada di sini. Bagi yg bisness online tu diorg borong kat Indonesia agaknya sebab sana murah, kalau tidak manalah nak untung..





Hari tu dapat grab 2 TV Paint stick, 1 supracolour dan sponge dan hampir mencecah ke 300 hengget lepas 10% off ..huhh! lebih kurang macam counter brand make-up yang lain.. cumanya hasil dari jenama ini mungkin lagi cantik.


Next target pula macam hendak memiliki eyeshadow yang menarik seperti di atas tapi lebih kepada warna-warna gelap untuk smokey eyes dan plastic eyebrow pencil untuk penyamaran/membentuk kening. Terlalu banyak keluaran bagi jenama ini sampai rambang mata.. cumanya pengguna perlu bijak memilih sekiranya ia benar-benar diperlukan. 

Tuesday, November 27, 2012

:: Sup Tulang ala Siam ::

As Salam semua.. sejak dua menjak akhir-akhir tahun ini rasa macam dah kurang ada semangat untuk bekerja.. cuti tahunan pun boleh tahan banyak lagi dan kalau tidak dihabiskan akan hangus sebegitu sahaja.. ohh dugaan, bila ingatkan kerja itu adalah satu ibadah pun malas juga.. haihhh.. Kenapalah penyakit malas ni melanda masa-masa sekarang.. oh ya, entri yang hendak dikongsi inipun tertunggak 2-3 hari yang lepas dan ada skit kerajinan sebab nak guna pressure cooker yang baru dibeli.. hehe




Sup tulang ini ala-ala style siam yang ada rasa masam2 sket sebab guna tomato dan diperah asam limau supaya tidak rasa muak sangat dengan lemak-lemak daging. Jom semak resepinya......



Resepi sup
-
-
-
1 kilo tulang daging lembu
1 bungkus rempah sup bunjut adabi
4 biji tomato dipotong baji
Halia 2 inci - diketuk besar
5 -6 bj limau kasturi - diperah airnya
Air secukupnya 

Rempah tumis
-
-
-
Sedikit minyak
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk) 
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang

Hiasan
-
-
-
Bawang goreng tabur (bawang kecil dihiris, gaul dgn sedikit tepung dan goreng garing) 
Daun sup & daun bawang
Garam & gula mengikut sukatan masing2 (saya gantikan Ajino dgn gula)

CARA-CARANYA :
-
-
-
Rebus tulang di dalam periuk tekanan selama 1/2 jam atau sehingga empuk*Bila sudah empuk alihkan tulang kedalam periuk lain dan masuk sup bunjut dan halia*Dalam kuali yang lain, tumis bahan2 rempah tumis sehingga wangi atau bawang warna keperangan dan tuang kedalam rebusan tulang tadi bersama2 minysk gorengan*Kemudian masukkkan tomato dan air limau kasturi dan letak perasa mengikut citarasa masing-masing*Tunggu hingga masak dan tabur dengan bahan-bahan hiasan.  



Saturday, November 24, 2012

:: Cream Puff with Corn Custard ::


Sudah lama teringin nak mencuba crunchy cream puff with cream custard.. bila ada masa terluang baru-baru ini baru berkesempatan dan bila buat blog walking rasa macam nak cuba cik mat gebu punya resepi sebabnya dah berulang kali beliau buat cream puff ni.. tentunya sedap bangat kannn... :))
Cumanya adunan custard ditambah setengah cawan cream corn dalam tin.. apapun terpulang kepada citarasa masing-masing.. Saya bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30-40 minit kerana ingin hasil yang agak rangup di luar dan soft di dalam.. 







Siap untuk dijamah

Thursday, November 22, 2012

:: Pulut Durian ::

Dulu masa sekolah-sekolah, arwah mak selalu makan nasi bersama santan dan durian.. Masa tu rasa pelik sangat kenapalah mak makan durian macam tu.. Sebab nak terima durian tu sendiri macam agak susah dengan bau yang sangat kuat.. Tapi arwah mak makan dengan begitu selera sekali.. Saya hanya habiskan tang durian sahaja.. Hehe.

Baru-baru ini ada sesi makan durian bersama pulut, santan dan gula merah kelantan.. Dengar macam terdapat banyak kalori disitu tapi cara makan sebegini mmg sgt femes di negeri pantai timur.. Cara makannya gula perlu dicampur dengan santan terlebih dahulu agar sebati kemudian ditambah pulut .. Gaul lagi dan boleh dinikmati dengan enaknya.. Seperkara lagi, kalau makan pulut durian ini perlu dimakan dengan pantas kerana rasanya akan cepat menjadi muak jika makan secara perlahan tapi bukan gelojoh yerr.. Tercekik pula nanti.. 

Sekali lagi.. Saya bolehlah menjamah tapi hanya sekali sahaja sebelum ini.. Kerana rasanya yang agak berlemak ditambah isi durian dan manis gula tak berapa pula nak kena dengan tekak ini.. Kiranya jika adapun hanya menjamah durian sahaja.. Kalau durian dibuat sambal tempoyak..haaaaa memang kena sangat-sangat dan boleh diterima.. Huhu.. Begitulah banyak orang banyak ragamnya..



Jom tengok cara mudah penyediaannya..

Pulut yang dimasak/kukus dengan air dan garam
Gula nisan yang dihancurkan 
Santan 
Duriannnnnnnnnn secukupnya..

Nak menjamah durian sahaja pun ok.. bole join saya.. :)


Monday, November 12, 2012

:: KetentuanNya ::



Sesuatu perkara yang kadangkala tidak terjangka dalam kehidupan seharian datang seperti kilat, halilintar yang membuatkan kita rasa tersentap.. seringkali memujuk hati berkata 'sesuatu musibah yang datang ada tersembunyi sebuah hikmah'.. namun, sejauh mana kita dapat memujuk hati dan percaya akan hikmah yang tidak diketahui bila akan berkunjung tiba... bila? bila? bila?.. semuanya dapat terjawab atau hanya boleh menanti dengan meningkatkan amal dan zikrullah padaNya.. 

Terpanjang pula pendahuluan, apa yang hendak dikongsi ini adalah untuk renungan semua berkenaan dengan saudara kandungku, Abg A. Ya, Abg A.... Abg A telah diarahkan untuk meninggalkan syarikat tempatnya bekerja atas sebab yang akan diceritakan sebentar lagi. Dengan statusnya sebagai ketua keluarga, mempunyai 5 org anak yang masih bersekolah (yang sulong sedang menghadapi SPM) dan yang bongsu berumur 4 tahun. Bermula cerita Abg A yang membawa kenderaan syarikat kurier antarabangsa untuk dihantar kepada pelanggannya.... disaat barang hendak diserahkan, pelanggan telah meminta supaya menangguh penghantaran. Memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat dan semua umat Islam lelaki wajib menunaikan solat Jumaat.. maka, Abg A telah berfikir adalah lebih baik menunaikan solat terlebih dahulu sebelum penghantaran dibuat. 

Hendak dijadikan cerita, selepas sahaja waktu solat.. hatinya berdebar2 bila melihat kenderaan yang dibawanya seperti telah dipecah dannnnn ajaibnya hanya barang2 yg beharga sahaja yang hilang manakala barang2 lain masih lagi berada dalam kenderaan tadi.. barang-barang beharga itu bernilai sehingga setengah juta.. Walau dalam keadaan panik, Abg A telah memberitahu pihak pengurusan (pengurus) dan pihak keselamatan syarikatnya bertugas dan bertegas untuk membuat laporan dengan segera. Tetapi... dengan pengurus yang tak berapa bijak, dan polis bantuan yang konon punyai pengalaman 17 tahun sebagai polis seolah-olah bertindak seperti tidak masuk akal bila menasihati agar Abg A membuat laporan di Balai Polis KLIA dan menyiapkan kerja dahulu (kebetulan barang hendak dihantar kesana juga) sedangkan kejadian berlaku pukul 2.00 petang di Kelana Jaya.. disebabkan kelewatan itu, Abg A hanya dapat membuat laporan pada pukul 10.00 mlm di balai polis KLIA..

Keesokan harinya Abg A telah ditahan reman dan polis telah mengklasifikasikan kes beliau adalah kategori jenayah berat.. Dalam keadaan yang agak perit itu juga, Abg A tidak dapat menyembunyikan apa yang terjadi dari anaknya yang sedang menghadapi ujian PMR.. hendak dijadikan cerita, bila anaknya balik dari menjawab kertas soalan sejarah dan geografi, setelah semakan semula dibuat.. hanya terdapat 2 kesalahan (paper objektif) bagi setiap paper.. anaknya balik berjumpa dgn isteri Abg A sambil menjerit2 gembira mencari 'mama..ayah mana? ayah mana? tak sabar nak bg tahu ayah ni.....' dengan seribu kepayahan si ibu memberitahu, 'ayah ditahan reman' apalagi... bercucuran airmata anaknya... 'kata ayah tak bersalah, kenapa ayah ditahan?'.. mungkin anaknya yang bijak itu tidak berapa faham apakah ditahan reman.. dan si ibu perlu menerangkan dengan lebih lanjut apakah maksud sebenar tahanan reman.. 

Abg A telah ditahan reman selama 4 hari berbanding 7 hari.. Abg A dilepaskan bersama 2 org lagi yang ditahan dengan jaminan polis.. Polis telah memberitahu Abg A adalah org yang teraniaya dan kes2 jenayah seperti itu adalah jenayah terancang dan begitu lick sekali.. Abg A telah berkongsi pengalaman bersama kami semasa ditahan reman.. Apa yg menarik, bila sesama mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dan hidangan roti kering berderai adalah wajib! Seperkara lagi Abg A berkata selama beberapa hari ditahan, perkara yang paling menyesakkan dada adalah bila teringatkan anak, isteri dirumah... Pengajaran yg dapat ku perolehi.. itu baru terputus didunia yang fana ini dalam sementara waktu.. bagaimana pula jika kita yg semestinya PASTI mengadapNya suatu hari nanti? Itu pasti akan menyesakkan lagi dada bila teringat sudah cukupkah amalan kita? Allahualam.. 

Setelah bebas, pihak syarikat pula ingin membicarakan Abg A untuk kesalahan yang di buat..Pada 5 Nov yang lalu, Abg A telah dibicara dan sesungguhnya beliau disalah kerana tidak mengikut SOP (Standard Operating System). Abg A selalu meluahkan isi hatinya kepadaku dan setiap kisahnya berkenaan perkara ini sudahku ketahui dan itu adalah sangat dihargai dan niat untuk membantunya tidak pernah putus.. 

Surat tunjuk sebab telah dibalas, surat akuan bersalah dan desakan untuk berhenti juga telah dibalas (tempoh 7 hari)... sekarang ini hanyalah untuk menunggu jawapan dari syarikatnya. 

Dari apa yang telah diteliti, SOP yang telah diedarkan bukan hanya patut dipatuhi oleh sebuah pihak sahaja, ia seharusnya dipatuhi oleh pihak-pihak lain.. malangnya, banyak kelemahan syarikat telah dikenalpasti.. Dari pengamatan rakan-rakan (ada yg menawarkan khidmat guman) kes2 seperti ini adalah alasan syarikat untuk mengurangkan tenaga pekerja dengan mencari alasan yang mudah.. Khidmat Abg A selama 19 tahun telah diperlekeh.. mujurlah Abg A seorang yang berjimat cermat dan pandai mengemaskini kewangan. Begitu juga dengan isteri beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang padanya.

Semoga beliau terus mendapat keyakinan untuk menghadapi dugaan ini dan sentiasa bermunajat padaNya.. sudah pasti.. rezki, ajal, maut, jodoh dan sebagainya adalah ketentuanNya..   





Thursday, November 8, 2012

:: Selamat Tinggal HP Mini ::

Genap setahun teman gadjet yang satu ini bersamaku.. kini tibalah masa untuk melepaskannya kepada sesiapa yang sudi memeliharanya.. Ramai yang bertanya unutk memilikinya, akhirnya rakan rapat sendiri yang   ingin membelinya 'nasib baiklah ada yg sudi memilikinya' kalau tidak duduk dalam kotak senyap-senyap.. :) (sebab dah ada 2 laptop lain)
Pemergiannya adalah untuk menyambut kehadiran gadjet lain....


Jasa dan baktimu sentiasa dikenang..


Terima kasih kerana sudi berbakti dan menemaniku selama setahun..
Macam 'habis manis, sepah dibuang' pula bunyinya.. ohh.. tidak sama sekali..
Berat hati pada mulanya, keputusan dibuat untk menjualnya adalah selama 3 bulan...
Dan ingin melepaskannya kepada mereka yg dipercayai sahaja..

Daripada dia sunyi dengan tuan sekarang, adalah lebih baik dia mendapat tuan baru.. Sayonara!



Monday, September 24, 2012

:: Coconut / Lychee Shake ::

Masa training di Jalan Semarak tempoh hari.. ramai yang berkata2 'dah try coconut shake?'.. kemudian saya tanya 'sedap ker?' .. 'SEDAPPPPPP jawabnya'...

Okey bolehlah cuba this lunch hour..
Gerainya berada di luar dan agak jauh dari tempat latihan..
Jalan dalam keadaan panas..
Bila sampai dan melihat gambarnya sahaja.. dah membuatkan tekak haus!
Bila rasa.. YA memang sedap..
Tak berapa manis, terasa kelapanya sebab diblender dengan isi kelapa..
Terasa vanilla ice-cream.. lemak-lemak sedikit..
wallarrr... melalui tekak..
Sedapnya.. nikmat tidak terhingga.. Alhamdulillah..



Sesiapa yang teringin silalah ke gerai berhampiran TM Training College, gerai yang first sekali.. ditepi jalan..

:: Kerang Yang Berbulu ::

Semalam pergi ke pasar malam sekitar rumah, melihat akan jualan bahan-bahan basah seperti ikan, daging, sayur.. Semuanya fresh bukan main.. Harganya tentu mahal rasanya berbanding pasar besar.. Tapi tidak mengapa, janji cepat, mudah, senang, dekat dan yg paling penting segarrrr... Dah macam motto pulak.. 



Dalam pada berjalan2 tu ternampak sejenis spesis kerang yang digelar 'kerang bulu'.. Ya, memang kerang ni berbulu.. Mungkin ramai yang dah tahu.. Tapi aku nih semacam gayat sebab pes time tengok.. Haha

Sebelum ini mmg ramai yg bercerita tentang kesedapan kerang ini.. Cumanya susah untuk didapati.. Kebetulan rezeki menyebelahi, dapatlah merasa... Alhamdulillah.. Itupun tanya dengan abg yang menjual tu betul ker kerang bulu.. Dan jawabnya 'ya' sambungnya lagi..'masak mcm kerang biasa tu, cumanya dia berbulu dan besar'.. Sepinggan tiga hengget setengah dan adalah dalam 20 ketul.. Tak tahulah mahal ker murah.. Tapi nak merasa sgt kannn..

Balik rumah jer terus capai periuk, basuh kerang sehingga bersih, ketuk serai sebatang, letak 1/2 sk garam, air sikit (sebab akan kluar air nanti).. Rebus sehingga masak. Bila rasa memang sedap, manis2 dan kenyal.. Terfikir kalau buat sambal tentu sedap. Cumanya nak rasa keaslian isinya, itu yg tidak mahu ditambah banyak bahan lain.. Nak pula masa beli tu cengkerangnya masih bukak, katup.. Bukak katup lagi.. Fresh! Atau yg dah matipun baru jer mengucap.. Hehe
Dengar cerita kalau dibuat rendang pun sodap! Ala2 style org nogori.. :)

:: Sekadar Berkongsi ::

Sekadar berkongsi ilmu dari kelas yang dihadiri tempoh hari untuk rakan-rakan blogger diluar sana..
Seorang ustaz telah memberitahu sekiranya kita hambaNYA ingin rasa selamat, rasa dilindungi dari ketua yang bengis, musuh dan mahukan sesuatu berada dalam keadaan baik.. tidak kira pada kenderaan, pakaian dan sebagainya.. bacalah ayat ini.. Semua yang berada di muka bumi ini adalah milikNYA dan suatu hari nanti akan kembali denganNYA....

Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada orang atau air untuk di minum.


"Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali." 

Selamat beramal.....

Sunday, September 23, 2012

:: Mengidam Peria Goreng Rangup ::

Malam semalam teringat kat peria goreng rangup macam kat kedai Mahbub, Bangsar.. Cuma bila nak pergi ke Bangsar terasa penyakit kemalasan melanda teramat sangat.. Kebetulan pula ada pasar malam di kawasan rumah, maka agenda mencari peria katak bermula.. cuma resepinya main agak2 sahaja. Sepatutnya  guna serbuk kari sebab terasa rempah-rempah sedikit. Tetapi masa tu nak mencari pek besar serbuk kari yang baru digunakan sekali sahaja seperti hendak mencari harta karun..lupa sangattt letak dimana.. maka gunalah serbuk kunyit, tepung gandum dan garam sahaja. Nak dijadikan cerita, sehari selepas itu baru jumpa serbuk kari dalam fridge lama dibahagian tersembunyi. hrmmmmm.... 



Insiden mencari serbuk kari tak jumpa, dan terasa lari sedikit rasanya.. Apapun jom check resipi..

Bahan-bahan dan caranya :

Sebiji peria dipotong nipis bulat dan dibuang bijinya
Serbuk kunyit atau serbuk kari
1 1/2 sb tepung gandum
Garam dan minyak untuk menggoreng  

Peria dipotong nipis dan direndam dengan garam sebentar (untuk mengurangkan pahit)*Setelah itu toskan dan keringkan peria dengan kitchen towel*Gaulkan peria dengan bahan-bahan lain.. tepung gandum, serbuk kari/kunyit dan garam sedikit*Goreng sehingga garing dengan api yg sederhana..

Alhamdulillah.. menjadi juga.. ranguppp.. cuma kalau ada rasa rempah kari lagi sedap agaknya.. :))

:: Daging Goreng Kunyit ::

Semasa musim raya banyak sangat sajian berasaskan daging dari lembu, kambing, rusa dan bagai.. Menu yang paling kena sekali bila dimakan dengan nasi impit atau ketupat tentulah rendang.. cuma kambing jer dibakar, dipanggang.. ikut sahaja selera masing-masing..


Lepas-lepas raya ni rasa nak makan daging lagi.. tapi dengan masakan yang paling mudah.. semudah dengan masak sambil memejam mata.. ohh, boleh kerr?? :)

Ok, jom tengok resipi mudah ini..


Bahan-bahan & caranya : 

300-400 g daging lembut (saya guna batang pinang)
2 bj bawang besar (dipotong besar)
Sebiji ketang (dipotong seperti fries)
5 biji cili padi
1/2 sk serbuk kunyit
Garam & gula 
Minyak untuk menggoreng 

Daging dipotong agak nipis dan diperap kunyit, garam dan gula sebentar*Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga empuk dan angkat*Goreng pula daging yang diperap tadi sehingga agak garing atau sekadar masak sahaja, angkat dan toskan*Tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga berbau dan bawang agak layur, masuk kentang dan daging*Perasakan sedikit dan sekira perlu letak sedikit air, sedikit sahaja yer... sekadar mencairkan gula or garam yang masih berketul..*Angkat dan boleh dihaidang dengan nasi panas.. lagi sedap dengan tempoyak.. huh!!

Senangkan?? :) 





Monday, September 10, 2012

:: Masih beraya lagi? ::

As Salam semua.. :) 



Musim-musim raya begini terlalu banyak yg mengadakan 'open house'.. sampaikan tidak tertunai jemputan yang datang menimpa-nimpa.. Belum cerita di tempat kerja lagi, berapa banyak division dan boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja undangan.. undangan di pejabat memang selalu dipenuhi, maklumlah bila pula diadakan masa makan tengahari tentulah teringat makanan yg melambai-lambai..

**************** 

Murahnya rezeki.. syukur dengan kurniaan Illahi.. makanpun makan juga.. bila tengok skala penimbang,  ia mampu menjadi masalah dunia..errkk! Lepas ini perlu ada perancangan kesihatan yang lebih baik.. 

Itulah hakikat, nikmat dariNya yang tidak pernah putus..

Kadangkala kemeriahan open house dapat dirasa sehingga ke penghujung Syawal malah ada jugak yang terlajak.. yup memang ada.. Puasa Enam pun tak cukup enam hari sebab terlalu banyak open house katanya.
Kalau tidak hadir atau menjamah makanan akan takut pula pihak yg menjemput berkecil hati.. Macam-macam 'pesen' pulak kannnn.. :)

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua tetamu blog ini.. :) :) :) 








Monday, March 12, 2012

:: Daging Dendeng Rangup ::

Sudah lama sungguh tidak bersiaran..
Nak masuk N3 yg lepas2 sampai tak tahu nak mula yg mana satu..
hrmmm..
Senang cerita bagi apa yg terbaru aje nampaknya.. :) 
Ni resepi hari minggu semalam..
Resepinya simple tapi makan masa juga nak sediakan..
Teringin punya pasal.. korbankan juga masa.. huhu



Bahan-bahan :

1/2 kilo daging batang pinang
1 inci halia 
2 ulas bawang putih
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam 
***
10 batang cili hidup/cili kering 
5 tangkai cili padi 
7 biji bawang kecil
1/2 sk pes asam jawa adabi (dibancuh dengan 1/2 cwn air rebusan daging)
2 sb gula
Garam 
Minyak secukupnya  
Bawang dihiris (hiasan)

Cara-caranya :

Daging  dipotong sederhana dan direbus sehingga empuk bersama halia, bawang putih yang diketuk dan garam. Bila sejuk, hiris daging (tidak terlalu kecil) dan kemudian tumbuk sehingga nipis sampai habis. Kisar bawang dan cili, saya guna chopper agar tidak mengunakan bnyk air. 
  
Panaskan minyak dan goreng daging tadi sehingga garing. Setelah habis, masukkan cili kisar dan bawang tadi. Goreng sehingga cili benar2 masak. Masuk gula, garam, air asam dan tunggu sehingga air kering sedikit. Kemudian masuk pula daging yg telah digoreng tadi. Siap utk dimakan dengan nasi panas.  



Sunday, February 12, 2012

:: Mia Aryssa and Blossom Bun ::

Bulan Februari ni sangat menduga semangat untuk memulakan tugasan..
Mana tidaknya lepas satu.. satu cuti panjang..
Sampaikan nak fine tune kerja di ofis susah sangat..
Inilah akibatnya bila terlebih cuti..
Aduuhh.. Sabar jerr..

Baru2 ini pula anak sedara Mia Aryssa ditahan di KPJ Kajang..
Jadi agak penuh urusan harian bila kerapkali kena ke hospital..
Mia mula kerapkali demam dan bila buat check-up..terus kena tahan..
Pneumonia.. itulah sakitnya..
6 hari ditahan sampaikan budak yg 1 tahun pun terasa bosan..
Bila masuk ke biliknya terus menangis.. itu budak..
Kakak ku yg menjaga Mia sepanjang 6 hari usahlah dicakap..
Tak sabar2 nak tunggu discharge..

Mia yg sedang nyenyak tido.. shhhhh!!


Dalam pada bosan, akupun terbosan juga..
Tu yg bila melawat Mia rasa nak buat sausage blossom bun nihh..
Tapi ini bukan untuk Mia..
Tapi untuk pelawat2 Mia.. :)
Termasuk kakak dan abg ipar yg sabar menunggu anaknya..


Resepi boleh didapati di SINI dan juga di SINI..



Kalau Mia sihatpun still tidak boleh menikmati blossom bun ni sebab pedas..
So, next time kalau buat tak perlu sos cili utk Mia.. tapi bila sudah baik nanti baru bole.. :)

Tuesday, January 31, 2012

:: White Choc Moist Cake ::

Seronoknya bercuti!
Selamat hari wilayah kepada semua orang Wilayah Persekutuan..
dan kepada semua yg bermastautin di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya..

Semenjak 2 menjak dah ada oven baru ni.. memang excited buat kerja membaking..
Lepas satu..satu.. nak di cuba..

Cubaan pertama untuk oven baru adalah resipi mud white choc cake..

Jom semak resipi dulu : 

BAHAN A
250g mentega
250g white chocolate
2 cwn gula caster (saya letak 1 1/2 cwn)
200ml air

BAHAN B
1 3/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung naik sendiri

BAHAN C
2 biji telur (dipukul)
1/2 cwn yogurt biasa 
1st esen vanilla

Cara-cara : 

Proses mencairkan mentega, white choc, gula dan air

Panaskan oven dahulu pada 150 darjah celsius. Masuk bahan A kedalam bekas yg boleh dimasak, kacau semua bahan sehingga cair dalam api yg sederhana. Setelah itu sejukkan baru bole diguna. Ayak bahan B. Pukul bahan C dan ketepikan. Kemudian masukkan tepung kedalam cecair mentega tadi. Kacau sehingga rata dan masuk pula bahan C ke dalam adunan. Bakar adunan dalam masa 1-2 jam. Saya hanya bakar pada 1 1/2 jam sahaja. Saya taburkan badam sahaja sebab kalau bersalut lagi manis rasanya. Bagi sesiapa yg berminat, resepi white choc ganache adalah seperti berikut :-

125g mentega
125g white choc (dicairkan)
3/4 cwn gula icing 

Gula icing dan mentega dipukul sehingga keputihan, kemudian tuangkan white choc cair tadi dan kacau lagi. Tuangkan ke atas kek tadi. 

Sekian dan selamat mencuba. :)


:: Sayur dengan Tahu Lembut ::

Salam semua..
N3 ni lama tertangguh..
Baru ada masa untuk mengadap blog tidak seberapa ni..
Ok, taknak cerita panjang..
Jom nak share resipi


 Bahan-bahan :

2 keping tahu lembut (di potong nipis dan digoreng)
Kobis bunga 
1 batang sederhana lobak merah
50g isi ayam/daging dipotong kecil (saya guna ayam)
6/7 udang basah (dibuang kulit)
1 kiub ikan bilis
1 sb sos tiram
4 ulas bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukupnya 

Cara-caranya :
Potong sayur, cuci dan toskan. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. Masuk bawang dan goreng sehingga wangi, masuk ayam dan goreng sehingga garing sedikit kemudian masuk pula udang dan kiub ikan bilis. Setelah itu masuk pula lobak merah dan sedikit air. Biar sebentar. Kemudian kobis bunga tunggu sehingga sayur empuk. Akhir sekali masuk tahu lembut. 

Senang tak.. sure pejam matapun bole buat..
Oh ya.. sayur2 ni aje yg ada dlm fridge..
Sebenarnya boleh diwarna-warnikan lagi dgn sayur2 lain..
Selamat mencuba!

Tuesday, January 24, 2012

:: Pi Mai.. Pi Mai.. Tempoyak jugak best! ::

Musim durian dah macam nak berlalu..
Yang ada dalam peti bukan lagi durian tapi tempoyak..
Namanya durian yg telah 'diawet'.. :) 

Semalam masa dinner.. dah goreng ayam..
Dah goreng sayur..
Alamak.. takde yg pedas..
Tgk2 dlm fridge.. best jugak klu buat sambal tempoyak..

So, mulalar skodeng dapur kak zai yg nampak sedap jer tempoyaknyer..
Tapi memandangkan kunyit hidup dan daun kunyit tiada..
Maka jadilar kaler merah.. 
Kiranya guna apa yg ada jer.. itupun nasib baik ada cili..
Kalau tidak mkn tempoyak kosong jer jawabnyer..



So, jom semak resepi :

Segenggam ikan bilis (tidak perlu goreng) 
2 biji cili merah
5-6 biji cili api
Sebatang serai (diketuk)
Tempoyak secukupnya (lebih kurang 3-4 sb)
Sedikit air
Gula & garam secukupnya

Cara-caranya :

Cili padi dan cili api ditumbuk/kisar kering. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga pekat, masuk gula dan garam mengikut citarasa dan boleh dimakan bersama nasi panas.. 


:: Almond Fruit Bars ::

Tengahari tadi dapat panggilan dari kakak..
Katanya risau dengan Mia Aryssa yg baru setahun umurnya..
sebab tidak mahu menyusu dan makan
Tidak sihat, demam.. macam tulah budak2..

Ada rasa risau jugak pasal takut kena sampuk..
Sejak kebelakangan ni asyiklah terdengar pasal benda2 mistik ni..

Makcik di Melaka pun sekarang ni tidak sihat sangat..
Kejadian berlaku pula masa tu dengan pintu bilik terkunci..
Panik semuanya.. sedih pun yer..
Keadaannya sgt kritikal masa tu..
Badannya kejang, kakinya terkulai, matanya ke atas dan
nafas yg tidak menentu..
Dalam masa 3 jam.. setelah sedar, terus jer terkejut sebab ramai depan mata..
siap tanya 'kenapa ramai2 ni?'
Terus bangun dan bagitau hendak ke toilet..
Huhh!! tetiba sihat.. menurut doktor sebabnya 'kurang gula'
hrmm.. tapi kenapa makcik kata tak sedar langsung?
dan kenapa tiada rasa pening2? pelik juga..
Sekarang ni badannya letih selalu..
Mungkin sebab benda2 mistik ni..
Allahuallam..

Ok bercerita panjang pulak..
Ni nak kongsi resipi Almond Fruit Bars yg di ambil dari kitchensimplicity.com
Menu untuk minum petang hari ini, esok, lusa dan sehingga habislarr..hehe



Bahan-bahan :

1.5 cwn tepung 
1/2 st serbuk kulit kayu manis 
1/4 st garam halus
1/4 st baking powder
1/2 cwn mentega (suhu bilik)
1/2 gula perang 
1/4 cwn gula halus
1 bj kuning telur
3/4 badam keping (saya letak 1 cwn dan dipanggang sebentar)
1/2 cwn jem sapu 

1. Tepung yg dicampur kedalam adunan mentega & gula
2. Adunan yg sebenar kemudian dimasuk badam panggang
3. Separuh dari adunan yg dituang dalam bekas pembakar dan ditekan
4. Kemudian disapu jem, tutup dengan lebihan adunan tadi dan tekan hingga padat


Cara-cara :

Ayak tepung, serbuk kayu manis dan baking powder dan ketepikan. Pukul mentega dan gula sehingga putih, masuk kuning telur dan kacau lagi. Masuk tepung sedikit demi sedikit kedalam pukulan mentega tadi dan akhir sekali tuangkan badam. Letak aluminium foil kedalam dulang pembakar dan gris dengan mentega. 

Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan tekan sehingga padat. Sapukan jem pada permukaan dan tuangkan adunan sehingga habis dan tekan lagi sehingga padat.
Bakar pada suhu 35 F untuk 25-30 minit sehingga permukaan atas menjadi perang. Tunggu sehingga sejuk, dipotong empat segi dan dihidang. 


Monday, January 23, 2012

:: Pengat Pisang Tanduk ::

Bahagianya rasa bila sesekali cuti panjang sebegini..
Seronok sangat sebab no emails, no calls, no appointment, no meetings..
and segala yg no.no.no....
Accept for the personal matter..huhu
Happy CNY!

Bila Ops Sikap dah bermula.. nak berjalan2pun malas jadinya..
Sebab tak suka ada road block sana sini..
Aku ni kadang2 bukannya sopan sangat bila di jalanraya..
*sudah! kantoi*
Pernah member ofis sama juga org Melaka..
Masuk ofis terus dia sound..
'wahh lajunyerrrrr kat highway, sepantas kilat memotong'
akupun dgn pening2 lalat apasal dia sound aku camtu..
Katanya dia nmpk kete aku laju kedepan meninggalkan kete dia..
Aiyooo!!.. dia yg lambat atau aku yg laju..haha
Mmg gelak masa tu..apalar kantoi dgn mamat ni plak..
Mengaku jerlarr mmg aku yg laju..
Begitulah klu memandu sorang diri..
Nak elak mengantuk..

Cuti-cuti ni ayah turun KL lagi..
Sebab nak uruskan hal adik..
Kebetulan dia menyinggah masa ikut jln kampung di Rembau..
Belilah beberapa ketul pisang tanduk..
Minta untuk buat pengat pisang

Tadaa.. sudah siap dan sukatannya main sesuka hati.. 
Nasib baik menjadi.. itu kata kakak lerr.. ehh, terlebih sago..hehe
Bahan-bahan :

3 biji pisang tanduk 
2 bj kelapa (perah untuk 2 bahagian - dapatkan yg cair dan pekat)
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan
Sago (direndam)
Tepung gandum (dicampur air kapur dan air untuk dimasuk kecil2 dalam pengat)
Garam 

Pengat ni makan masa minum petang.. 3 biji pisang tanduk rasa bnyk sangat.. tapi sebab ramai, maka cepat jerr dihabiskan.. ;)

Sunday, January 22, 2012

:: Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ::

Bila bercerita pasal makan, mesti kita akan mencari tempat yg femes/top..
Senang cerita tempat yg selalu diserbu..
Bila perut sudah terasa lapar.. kepala pun sgt ligat mencari tempat mkn menarik..
Restoran yg kitorg nak pergi ni kat area Ipoh..
Memang bukan hingga 2-3 pagi..
Hap'pening'.. hehe
-
-
-
Ayam yg disusun bertingkat-tingkat.. dah mcm rasa ada kat Bandung pulak ..
-
-
-
Istimewanya.. bila ayam kampung separuh masak disusun tinggi..
Cuba tgk pic di atas..
Sekiranya ada pesanan baru ayam itu digoreng panas2
Makan dengan nasi lemak.. huh!!
Naknya lepas berendam kat hotsprings.. memang laparrr..

-
-
-
1. Belut hidup
2. Nasi lemak ayam kampung
3. Seafood segar
4. Manisan bubur
-
-
-
Di sini ada sup belut segar..
Mungkin itu speciality mereka..
Pada malam kedua juga kami ke restoran itu lagi..
Nak rasa sup ayam kampung..
Rasa mmg tidak menghampakan..
Lepas ni bole singgah lagi .. :)


Saturday, January 21, 2012

:: Buat apa di Perak? ::

Bukan jalan-jalan di Perakk.. tapi sebab urusan kerja..
Tiba di sana agak lewat, pukul 1.30 pagi sebab gerak dari KL pun dah lambat..
Konsep menunggu ni memang bnyk membuang masa.. adehh!

Kami menginap di Lost World of Tambun Hotel..
Hotelnya simple tapi tidak mengecewakan..
Selama tiga hari di sana, memang sangat sibuk..
Sampaikan tiket free ke hot springs hampir2 tidak boleh digunakan..
Hari ketiga baru dapat menyinggah.. mujurlah katanya tiket 'semalam' still valid..
Kalau tidak kena byr RM15.. 

Hotel kami menginap.. yg pasti toilet best!
Pemandangan jauh tu adalah dari hotel 
Hot Springs yg dibuka dari 6-10 pm 
1. Terdapat jacuzzi yg kalau berendam tidak boleh lebih dari 5 minit
2. Gua steam bath pun menarik..pun tidak boleh lebih dari 5 minit..
 kalau masuk mmg tak  boleh bernafas pun 
  Kami bergerak balik malam tu dan sampai KL pukul 1.45 pagi.. Letihnya tidaklar terkata..

Monday, January 16, 2012

:: Donut Kentang Gebu ::

Menu minum petang adalah hasil semalam..
Tiba-tiba rasa teringin untuk makan donut..
Selepas skodeng2.. tgk kat resepi jintanmanis.com untuk kuih..
Maka adalah tengok sukatan yg diberikan..
Tapi ada juga tertambah/terkurang
Ikutlah citarasa masing2
Tapi adunan ni memang mudah dan lembut walau donut sudah sejuk..

Sebelum dan selepas goreng 
-
-
-
-
Bahan-bahannya :

300g tepung gandum
80g kentang (2 bj kentang kecil yg direbusdan dilenyek)
2 sb susu tepung skim
1 1/2 sb marjerin/butter
60-70ml air suam/susu cair
1 1/2 sb gula
1 bj telur ayam
1/2 st garam
Gula icing secukupnya untuk ditabur pada donut 

-
-
-
-
Donut yg telah diletak gula icing.. tak suka manis2 sgt.. :) 
-
-
-
-
-

Ini versi frozen.. dapat banyak pulak sebab guna acuan mini donut.. :)..
tu yg goreng separuh masak dan simpan.  
-
-
-
-

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan dan uli selama 8-10 minit kecuali air suam/susu cair dimasuk sedikit demi sedikit. Agak-agak adunan agar tidak terlalu lembik. Setelah itu tutup dan perap selama 45 mnt-1 jam. Bila sudah naik/gebu, tumbuk2 untuk keluarkan angin pada tepung. Canaikan dan guna tepung sedikit untuk tidak melekat. Gunakan bentuk kuih donut mini untuk dapatkan hasil yg comel-comel. Goreng dengan api yg kecil sehingga kekuningan. Gaulkan dengan gula aising bila sejuk dan siap untuk dihidang.
-
-
-
Bila sudah masak, yang lebihnya juga dibentuk dan digoreng separuh kemudian angkat dan letak di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

:: Prihatin pada alam? ::

Entri kali ini adalah cerita terperap..
Cerita minggu lepas berkenaan alam kita..
Antara aktiviti2 pemuliharaan alam yg memerlukan bnyk $$$..
Dari segi pembelian benih ikan, mencantikkan taman, membeli baja dan sebagainya..
Semuanya inisiatif bersama untuk menambak cantik Taman Tasik Seremban..



Seramai 150 peserta kesemuanya dengan satu tujuan..
Bertungkus-lumus mencatikkan suasana disamping memberi servis wifi percuma
Ya.. 'Taman Mini Wifi' baru sahaja dilancar di Tmn Tasik Seremban..
Tentu seronok bila beriadah dapat surfing sekali.. ;)


Kebetulan majlis pada hari Sabtu..
Maka aku bawa bersama anak buah.. Danish dan Alia..
Kami sampai Seremban pada hari Jumaat..
Menginap di Royal Bintang, Seremban..



Aktiviti diadakan seawal pagi dengan acara marathon..
Kemudian peserta memulakan aktiviti masing2 mengikut kumpulan..
Mana yg menanam pokok, mengecat pondok taman..
Memotong rumput dan pelbagai lagi aktiviti..

Memandangkan aku agak sibuk melayan tetamu VIP
Anak2 buahku membuat hal sendiri..
Siap main gelungsur (betul ke eja ni?) dengan kotak kat bukit taman tu
Pandai diorang bawa diri..


Pada hari itu, tetamu kehormat telah merasmikan Taman Mini Wifi
Melepaskan beribu2 benih ikan ke tasik tersebut
dann menaman pokok.. yg ini diorg macam semput skit
Mana tidaknya banyak pokok yg nak ditanam
Event owner pun macam nak mendera diorang..
Waduhhh!!

Apapun yg yg pasti, projek yg telah dirancang selama setahun ini..
Telah dilaksana dengan jayanya..
Tahniah pada semua yg terlibat..
Kepada anda semua.. sila2 untuk melawat ke Taman Mini Wifi @ Tmn Tasik Seremban.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...