Tiba-tiba rasa teringin untuk makan donut..
Selepas skodeng2.. tgk kat resepi jintanmanis.com untuk kuih..
Maka adalah tengok sukatan yg diberikan..
Tapi ada juga tertambah/terkurang
Ikutlah citarasa masing2
Tapi adunan ni memang mudah dan lembut walau donut sudah sejuk..
Sebelum dan selepas goreng |
-
-
-
-
Bahan-bahannya :
300g tepung gandum
80g kentang (2 bj kentang kecil yg direbusdan dilenyek)
2 sb susu tepung skim
1 1/2 sb marjerin/butter
60-70ml air suam/susu cair
1 1/2 sb gula
1 bj telur ayam
1/2 st garam
Gula icing secukupnya untuk ditabur pada donut
-
-
-
-
Donut yg telah diletak gula icing.. tak suka manis2 sgt.. :) |
-
-
-
-
-
Ini versi frozen.. dapat banyak pulak sebab guna acuan mini donut.. :).. tu yg goreng separuh masak dan simpan. |
-
-
-
-
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bahan dan uli selama 8-10 minit kecuali air suam/susu cair dimasuk sedikit demi sedikit. Agak-agak adunan agar tidak terlalu lembik. Setelah itu tutup dan perap selama 45 mnt-1 jam. Bila sudah naik/gebu, tumbuk2 untuk keluarkan angin pada tepung. Canaikan dan guna tepung sedikit untuk tidak melekat. Gunakan bentuk kuih donut mini untuk dapatkan hasil yg comel-comel. Goreng dengan api yg kecil sehingga kekuningan. Gaulkan dengan gula aising bila sejuk dan siap untuk dihidang.
-
-
-
Bila sudah masak, yang lebihnya juga dibentuk dan digoreng separuh kemudian angkat dan letak di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
No comments:
Post a Comment