Sunday, November 27, 2011

:: Hutan Belum ::

Salam semua..
Lama sudah tidak menjengah ke sini..
Banyak yg ingin dikongsi bersama..
Cuma untuk kali ini nak berkongsi cerita ke Hutan Belum, Perak..

Hari pertama sampai pada 14 Oct 2011..
Perjalanan mengambil masa 5-6 jam dari KL ke Jeti Tasik Banding, Perak
Dari jeti Tasik Banding perjalanan diteruskan ke Pulau Tali Kail dgn menaiki bot..

Walaupun aku adalah sebahagian daripada sekretariat untuk Bumiku Camp ini..
Tapi ia sangat membuatkan cukup teruja melihat hasil ciptaan yang Maha Esa..

Pada waktu malam, kami telah menjalani aktiviti jungle tracking yg tidak jauh dari tempat kami menginap..
My first time experience! uoohhh.. nervouss ya amat..
Mana tidaknya, perjalanan terpaksa dihentikan setelah separuh jalan..
Tapi semua mulut sunyi sepi!! maklumlah org tua pesan masuk hutan jgn celupar..

Setibanya di tempat kami menginap.. barulah keluar dari brother yg lead the team..
'Pak Belang ada kat depan tak jauh dari tempat kita'
Fuhhh!! mujur tiada siapa yg menjadi mangsa pak belang..
Aku sgt berminat nak tanya kat brother tu, apa akan terjadi kalau perjalanan diteruskan?? haha

Di jeti Tasik Banding dan pemandangan bila sampai ke Pulau Tali Kail



Pada keesokan harinya, kami telah bergerak dari Pulau tali kail sewal pukul 8.00 pagi..
Banyak destinasi yg perlu ditujui..
Pengangkutan hanya menggunakan boat kesana kesini..
Bayangkan berapa bnyk bot diperlukan oleh kami yg hampir seratus org..
Kadang tu boat kami bole berlumba atas Tasik Banding :)

Sebelum bergerak ke destinasi yg dituju, para peserta telah diberi tugasan untuk dilaksanakan..
Antaranya mengkaji binatang buas di dalam hutan simpanan tersebut..
Antaranya Gajah.. huh!
Kalau tgk pic kat bwh ni.. sampai ke najis gajah pun nak dikaji.. haha..
Lubang tanah ni semuanya keje si Pak Belalai untuk mendapatkan garam mineral..
Kalau pergi zoo anda akan melihat blok garam yg digantung untuk gajah2 berkenaan utk dijilat..
Samalah juga dengan gajah dihutan ini..
Semasa kami di sini, bau binatang berkenaan sangat kuat dan itu tandanya ia tidak jauh dari situ
Dan apa yg telah diberitahu, jika serangga seperti agas tu banyak maknanya binatang tu hampir pada kita..
Huh! mujurlah tiada kejadian gajah amuk berlaku..
Takut jugak sebab habitatnya diganggu..




Sebelum itu nak berkongsi sejarah sedikit..
Tasik Banding ini adalah tasik buatan untuk pembinaan empangan..
Empangan yang terdapat di sini adalah empangan Temenggor..
Empangan ini yg menghasilkan hidro-elektrik di Negeri Perak


Atas kanan - tunggul kayu yg semakin berkurangan 

Menurut penduduk di sini suatu masa dahulu..
Terdapat 2 buah kampung dibawah tasik ini..
Sekitar tahun 70-an
Kampung itu sangat besar dan dari sebuah rumah ke rumah yg lain
mengambil masa yg jauh..
Tapi sekarang ini semuanya hanya tinggal sejarah
kampung2 itu sudah ditenggelami air Sungai Perak..
Dari apa yg diberitahu, waris penduduk kampun itu masih ada lagi..
dan beliau sering menyatakan sejarah kampung yg sudah ditenggelami air itu..

Sekiranya dilihat pokok2 yg berada pada pic di atas sebenarnya berada di Puncak Gunung..
Jadi kedalaman sungai mencecah beratus kaki..
Ianya sangat dalam.. Cuba bayangkan kita di puncak gunung!
Jadi berapa jauh mereka yg berada dikaki gunung.. mungkin tak nampak punn..
Jadi berapa banyak air sungai perak di Tasik ini?? Allahuallam..

Menurut Mr. Shan dari Malaysia National Society (MNS)..
Kali pertama dia ke sini adalah pada awal 90-an..
Tapi masa itu banyak tunggul2 kayu yg timbul dipermukaan air..
Sekarang ini jumlahnya makin berkurangan..

Banyak juga pembalakan haram yg terjadi di sini..
Kayu balak yg telah direndam air adalah lebih tinggi kualitinya..
Begitulah maklumat yg diperolehi..



Atas kanan - Daun pokok tongkat ali (akarnya yg digunakan)
Tengah - Pokok bunga pakma (rafflesia) yg telah mati
Bawah kiri dan kanan - Anak bunga pakma 

Kampung Chuwei - Kampung orang asli 
Perkampungan di atas adalah salah sebuah perkampungan orang asli di Hutan Belum itu..
Mereka di sini tidak beragama.. anjing2 mereka berkeliaran..
Suatu masa dahulu mereka ini sering berpindah randah sekiranya ada kematian..
Tapi sekarang ini tidak lagi ..
Malah mereka semua ini sangat dijaga oleh kerajaan negeri..
Nak sambung jugak.. untuk menjaga undi.. hehe
Tok batin sangat memberikan kerjasama dengan program2 kami..

Sebelum itu kami melakukan aktiviti bercucuk tanam..
Menanam ubi kayu dan sayur-sayuran..
Nak dijadikan cerita, aku disergah oleh Tok Batin sebab tanam ubi kayu songsang!
hahahahahaha..
Itular jadinya bila sesekali bercucuk tanam.. 'Ampun ya tok!'

Kami telah dipersembakan dengan tarian tradisi sewang..
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung
Kami bertolak agak lewat sebab hujan..
Tatkala ini semua sudah keletihan..
Namun terdapat lagi satu soalan tugasan belum dilaksanakan..


Aktiviti-aktiviti kami
Soalan seterusnya adalah berkenaan pembalakan..
Pembalakan yg dijalankan adalah secara halal..
Tauke balak tu pun tak kisah kitorg nak buat research and interview dia..
Namun apa yg pasti halal ker haram ker.. ia tetap mencemarkan alam sekitar.. hrrrmmm

Sempat berposing dengan KAYU balak bukan 'BALAK'.. :) 
Kepenatan selama beberapa hari memang tidak dapat digambarkan...
Namun keseronokan dan pengalaman baru yg diperolehi..
Tidak dapat diluah dgn kata2.. 
Sebelum ini hanya melawat kehutan2 biasa yg kurang cabarannya..
Tapi kali ini ianya sesuatu yg sgt berharga.. memang BEST!
Hari-hari terakhir, kami melambai kepada tok batin yg baru sahaja menerima perahu 
Kami pulang dengan rasa bersyukur sebab semuanya sudah berakhir dan segalanya berjalan dengan lancar dan tiada kejadian2 yg tidak diingini. :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...