Monday, February 28, 2011

:: Mayo Prawn Sandwich ::

Sesekali terasa ingin menikmati sandwich ala2 di San Fran, Dome, Secret recipy and etc.. tapi calorie tentunya lebih tinggi berbanding di buat sendiri dan dari segi RM tentunya kalau buat sendiri lebih jimat dan sukahati diri nak modify apa yang sepatutnya..

Hasilnya adalah seperti ini ~




Bahan-bahannya :

2 keping wholemeal bread
7-8 ekor udang sederhana
1/2 st mentega (low fat)
1/4 st lada sulah
1 sb Telly mayonaise (low fat) 
1/4 sb Aji shio blackpepper
1 st Heinz cucumber pickle
Salad
Tomato

Cara-caranya :

Udang yang dibuang kulit dicuci bersih dan digaul dgn lada sulah dan mentega*bakar udang dalam 7-8 minit (jgn lama, nanti isi udang akan keras)*udang yg sudah masak dicincang kasar*campur mayonaise, aji shio*sapu roti dgn mentega (toast bread pun ok), hias dgn salad, tomato..letak inti udang td dan heinz cucumber pickle... Siap untuk dibawa bekalan ke pejabat :)

:: Crunchy Horlicks..Nestum..Cookie RECIPE ::

Salam,

Setelah mendapat maklumbalas daripada mereka yang sudah merasa cookie seperti di atas, nampaknya ada yang meminta resipi.. untuk pengetahuan, resipi ini diambil dari blog Kak Rima, Singapore.. Tp ada bahan2 yang telah dikurang / ditambah bagi mengikut citarasa saya.. sekiranya anda juga ingin mengikut citarasa anda.. dipersilakan, tiada yang salah.. asalkan org kata 'kreatif biar bertempat'.. hehe.. tepuk dada tanya selera.. :)

Lets check it out the recipe :

250g buttercup
180g gula perang (resipi asal 200g)
1/4 st garam
1/2 st coffee oil
1 bj telur
1 st esen vanilla
20g horlicks (tiada di dalam resipi asal)
80g semisweet hersyes choc chip (nak letak 100 g pun ok and make sure hersyes choc baru best!!)
1/4 cwn nestum / oat (saya guna nestum)
80g badam/walnut/hazel nut/ macadamia cincang (saya guna 100g badam)
300g tepung naik sendiri

Cara-caranya :

Telur, coffee oil dan esen vanilla dipukul dan dibiarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam*Panggang badam dalam 3-4 minit atau sehingga garing*Ayak tepung & horlicks*Pukul gula dan mentega hingga kembang*masuk telur yang disimpan td*masuk nestum, badam, choc chip dan tepung sedikit demi sedikit*Bakar dalam jangka masa 12-15 minit (rangup), 8-10 minit (chewy)...

TIPS : Adalah digalakkan untuk menyimpan adunan selama 2 jam didalam peti sejuk dan baru dibakar.. cookie anda akan lbh crispy.. Biarkan biskut semalam didalam bekas kedap udara untuk untuk mendapat aroma sebenar..

Selamat mencuba!! :)

:: Ikan Berlada @ Sambal ikan berasap :p ::

Entri ini adalah entri tertunggak minggu lepas, hari ini baru sempat dikongsi bersama.. tiada yang istimewa cuma rasa nak juga berkongsi walaupun ramai yang lebih hebat diluar sana.. :)


Sambal ikan berasap..huh!!

Bahan-bahan :
40g ikan pari/kembung/tenggiri
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
5-7bj cili padi
Sos tiram
Minyak
Garam
Gula  

Cara-caranya :
Goreng ikn dgn garam dan serbuk kunyit sehingga garing*Bawang, belacan, cili (kalau nak letak cili merah sikit pun boleh) dikisar*goreng bahan kisar sampai garing bersama halia yang telah diketuk*letak sos tiram, gula, garam dan masukkan ikan yang telah digoreng..siap utk di makan :)

Wahh.. mudah bukan??.. begitulah resipi ringkas bagi mereka yang sentiasa mempunyai masa yg amat terhad untuk meyediakan hidangan..:D

Tuesday, February 22, 2011

:: Pertemuan terakhir AKU & DIA.. ::

Tanggal 21 Februari, terdetik hati ingin bertanya khabar dengan sahabatku yang seorang ini.. kiriman sms berbunyi.. “Morning!! Lame tak dgr citerrr.. Nape senyap tetiba?".. hrrmm, setelah menunggu sms tidak berbalas.. hampir 2 jam kemudian bunyi sms masuk “Salam, nie abg ipar Safri.. Untuk makluman Safri telah kembali ke rahmatullah pada 12 Feb 2011.." berkata dihati, ishh dia main2 pulak...(sambil berharap ianya palsu walaupun sedikit panik)
Tapi entah mcm mana jantungku terus berdegup kencang dan sekiranya betul.. “Innalillah…Allahuakbar, terkejut sangat.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Amin”.. begitulah seterusnya kata-kata sms yang membuatkan air mataku bergenang.. :((
Rasanya baru jer smlm keluar dan bercakap dengannya.. Sedih dan terkilan kerana aku hanya tahu dia pergi 9 hari selepas itu.. patutlah sejak kebelakangan ini selalu teringat akan arwah dan jarang nampak beliau online.. Arwah 32 tahun, berasal dari Kuantan dan bertugas di Celcom, Kuantan, Pahang. Bulan Januari (tdk silap pada 12hb Jan dan genap sebulan) yang lalu beliau ada datang ke Kuala Lumpur untuk urusan kerja.. itu adalah kunjungan kedua setelah kali pertama niatnya untuk bertemu denganku terbatal kerana sebab2 tertentu .. Semasa perjumpaan kami, beliau sangat gembira dan menyatakan akhirnya dapat juga jumpa aku yang seringkali sibuk ini..
Tak tahulah selepas perkhabaran sedih itu.. tiba2 terngiang2 ditelinga segala perbualan dengan arwah.. dari tajuk dirinya berkenaan jodoh, keluarga, tugasan malah tentang binatang peliharaan beliau juga turut dikongsi bersama... antara sebab beliau tidak merantau ke KL kerana ingin menjaga ibunya dan mengaku dia insan yang lemah dan tdk mungkin untuk hidup di Kota Metropolitan yang penuh cabaran ini.. dah lama mencari jodoh tapi masih tidak berjumpa dan cuba persoalkan kenapa susah sangat nak bertemu jodoh, bukan tak pandai mengaji, bukannya selalu buat benda2 yg tdk elok.. katanya lagi, sedih sekiranya binatang peliharaannya mati dan sgt sayang dgn kucing, suka dengan budak-budak dan macam-macam lagi perkara yang kurasa sgt meruntun hati sekiranya diluahkan disini.. :(

**********
Mungkin hari ini semuanya sudah tersurat.. dan tertanya pada diri sendiri .. kalaulah kita ditanya bilakah kita hendak pergi dari dunia ini?? ada tak jawapannya?

Apa yang pasti : Kalaulah si arwah tahu dia akan pergi, mungkin dia akan suruh salah seorang adik-beradiknya menjaga ibunya lebih awal, kalau dia tahu dia akan pergi, mungkin dia tidak memasang impian utk berkahwin kerana takut akan meninggalkan anak dan isteri tercinta, kalau dia tahu dia akan pergi, mungkin dia akan menebus segala kesilapan lalu dan memohon maaf kepada mereka yang pernah beliau berurusan.. Tetapi semua ini adalah mustahil kerana ajal itu adalah ketentuan Illahi!!!
Beliau lemas semasa memancing bersama-sama rakannya di Sg Lembing, Kuantan, Pahang.. memang sedih dan tdk tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ini.. mujurlah ada orang yang ku syg untuk dikongsi bersama.. Jauh disudut hati juga ada terselit rasa gembira kerana dapat menunaikan hajat arwah untuk bertemu denganku.. Menurut rakan-rakan yg lain, beliau juga sgt disenangi kerana peribadinya dan  beliau sendiri mengaku tidak mahu hanyut dgn kealpaan dunia.. Bila pula masa kita nanti?? Sudah bersediakah kita?? Allahuakbar..

Berikut adalah keratan akhbar berkenaan beliau dengan musibah yang menimpa..
 
Semoga roh Mohd Safri Ismail sentiasa dicucuri rahmat dan tenang disana.. Al-fatihah.. :(



Monday, February 21, 2011

:: Taufu fa jagung (corn) ::

Jika n3 sebelum ini saya ada menyatakan berkenaan Taufu fa coklat dan taufu fa biasa.. tapi kali ini adalah taufu fa jagung (corn) dengan gula merah.. gula putih pun ada but prefers gula merah sebab lebih wangi dannn sedaplarr.. dunno how to describe.. :)

Saiz besar = RM3.00

Bila dimakan sejuk lagi terasa kenikmatannya.. tekstur halus dan lembut yang teramat sangat.. Selain perasa jagung dan coklat/koko, katanya terdapat perisa keladi, pandan, durian dan entah apa2 lagi.. tapi yang pasti setiap minggu ada satu flavor yang berlainan dan satu lagi jenis biasa (putih).. menarik bukan??!! hehe.. menarik tu bagi siapa yang minat kacang soya dan sewaktu dengannya.. :D .. Bagi yang tidak berapa gemar, anda disyorkan untuk mencuba.. hidangan ini antara sumber protein yang sgt sedap :)

Dapat semangkuk besarr.. boleh makan untuk 2 orang

Sangat tidak sabar rasanya nak try flavor2 lain.. dan nampaknya memang muka ni jer yg datang singgah di gerai dia.. :D

Sunday, February 20, 2011

:: Crunchy Horlicks..Nestum..Cookie ::

Hujung minggu ni sudah dua jenis cokies telah kuhasilkan.. kurang pasti kenapa tahap kerajinan melanda.. bagi resipi kali ini tiada serbuk koko cuma ditambah horlicks & nestum untuk merasa kelainan.. dan hasilnya adalah seperti ini..

 ~ My cookie ~

Yang tergelap sikit tu kira halal larr yerr.. hehe



Cookie ni dibakar mengikut selera masing-masing.. for those yg gemarkan chewy cookie hanya perlu masak 10-12 minit manakala yang suka crunchy boleh bake lebih lama dari itu..


Huhh.. jenuh juga nak menghabiskan bakar doh nihh.. dah sampai satu tahap nak simpan dlm fridge dahhh.. tp fikirkan bila lg nak continue sbb next week dah banyak meeting, event dan sewaktu dengannya yang membuatkan diri ini seperti lipas kudung.. teruskan jua perjuangan dan Alhamdulillah siap.. :)

Ada sebahagian for my office frenn.. so, kita nantikan apa kata juri.. haha

Saturday, February 19, 2011

:: Toothpaste Squeezing Device ::

Semalam ke pasar malam Bkt Anggerik, Cheras.. dilihat terdapat pelbagai jenis / aneka barang2 dan makanan di jual.. pasar malam ni special sikit sebab terbahagai kpd 2 iaitu golongan tionghua dan melayu... golongan tionghua ni kalau berniaga bersungguh2.. cthnya kalau menjual kek, dia punya preparation dah mcm nak bukak kedai kek (maksudnya kedai yg di dalam bangunan) penuh, panjang meja dan siap ada pembungkusan khas lagi.. kalau yg menjual jagung pulak, kualiliti jagungnya jauh lebih baik dari org kita, mereka siap ada pilihan jagung sama ada biasa or dari Cameron Highlands, from cameron warna tidak sekata..lebih besar dan manis.. Bermacam2 lagilahh kalau anda tgk sendiri tentu rasa tertarik.. ada sahaja idea mereka untuk lebih inovatif.. Peniaga jenis bangsa kita juga ada yg hebat tapi boleh dikira dgn jari.. Kakak yang jual putu piring kat situ memang sangat laku.. malah suka aku tgk gerai org kita dikerumuni pelanggan..

Jalan punya jalan mlm tu ternampak seorang apek membuat promosi barang yang aku pernah imagine suatu masa dahulu iaitu 'pemicit ubat gigi'..  haha

Padaku ianya sangat berguna terutama bila waktu pagi di mana kita akan mamai masuk ke toilet.. pastu nak membuka penutup colgate dan nak squeeze ubat gigi pun malas..belum lg kalau cover colgate tu tejatuh ker hilang kerr.. kalau ubat gigi dah nak abis lagi stress nak kena picit kemas2.. adoii.. 

Bila org ramai kerumun dan membeli, aku terpaksa menunggu apek tu melayan customer dia.. tunggu sbb nak dgr demo dia.. dia pun siap ckp 'nti sye kasi tunjuk itu demo, kalu beli tp tak tau kasi guna pun tak bole'.. disebabkan berminat aku menunggu sekejap..        


Satu set dengan tempat letak tooth brush

Kotak dia pun tulisan yang tak faham.. sib baik apek tu explain

Malas nak tunggu lama ditambah dah berkenan.. harganya pula hanya 10 hengget dan berbaloi.. terus jer grab!! 'memang sangat tidak menyesal' membelinya.. murah, mudah dipasang dan digunakan.. siap lepas ni kalau ada lagi nak beli untuk ayah aku.. dia mesti suka gadjet2 mcm nihh dan lagipun bila tgk ubat giginya selalu jer penutup hilang.. 

Keratan rentas - senang dipasang dan hanya sumbatkan ubat gigi. Ia mampu menyedut ubat gigi sehingga licinnn..
Seronok sangat sesuatu benda 'remeh' yang pernah diimpikan ada dipasaran.. uhhh tiada yang mustahil..


Dannnn ianya semudahhh inii... :D... wehuuuuu..


:: Ayam masak hitam ::

Dalam erti kata lain 'ayam masak kicap'.. :D

Ayam masak hitam...

BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam dipotong kecil
Serbuk kunyit
Garam
Bahan-bahan tumis  
5 sb kicap manis
5 sb kicap masin
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 st pes asam jawa adabi
8 biji cili padi 
1 labu bawang besar (dihiris) 
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci  (dihiris halus)

CARA-CARANYA :

Goreng ayam sampai garing dan toskan minyak*kurangkan minyak dlm kuali dan masukkan bunga lawang, kayu manis, bawang, halia dan goreng sampai wangi..masuk cili padi (masuk lambat sikit)*masuk kicap dan pes asam jawa

BEST masa makan panas-panas..

Masakan ini tidak menggunakan air sebab nanti dah tidak terasa kegaringan ayam yang digoreng.. garam hanya digunaka bila menggoreng ayam sahaja..

MUDAH kann!!!.. dan tentunya lagi satu resipiku yg anda boleh buat sambil memejam mata.. hehehe

:: Crunchy Famous Amos alike ::

Semasa berada di airport masa outstation aritu.. memang rasa sangat teringin nak menikmati famous amos cookie.. baunya saja sudah menusuk hidung dan membuatkan aku terbeli juga.. disebabkan harganya yang mahal tapi kepingin sangat.. belilah juga sekadar merasa.. dengan berkata di dalam hati balik nanti memang nak adakan 'baking project' for haunted cookie nihhh... then, nak put in a lots of nuts pluss hersyes choc chipp.. weeehuuuu...

Setelah beberapa minggu, baru projek ini menjadi.. maklumlah bnyk keje dan penyakit 'kurang rajin' melanda sekali-sekala.. bila bangun pagi and 1st thing in the morning teringat nak toast hazel nut yang beli kat giant smlm.. sgt berkobar-kobar semangat nihh bila teringat famous amos..

Bila dah siapkan bahan-bahan dan hasil adunannya adalah seperti ini ~ *~ *~ :))


Here u gooo!! wahh dah siap doh ini.. skrg keje nak mem'baking' pulak... huhh, sure berpoloh2 sbb aku tak berapa suka dgn oven kecik aku nihh.. Uwaaaaarghhh :((.. bnyk plak adunan nihhhh..


Baunya memanglah sangat semerbak.. mesti ada jiran2 tertanya.. 'umah cina mana pulak nihh tak abis2 buat kuih raya'.. maklumlah kan suasana Chinese New Year lagikk.. :)

Setelah berhempas pulas mem'baking' dannn taraaaaaa.. mempersembahkan the best of  'Homed (Home Made) Famous Amos Cookie' for your tea break munchiess..


Memang sangat sedap & rangup.. :)

Tuesday, February 15, 2011

:: The Best 'Nasi Kandaq' in Town ::

Bila sebut nama restoran Kudu Bin Abdul jerr memang dengar sangat tidak 'commercial'.. hehe.. Tapi sebenarnya restoran ini adalah salah sebuah restoran nasi kandar yang 'famous' di KL. Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sudah beroperasi sejak dari tahun 1969..bermakna sudah berusia 42 tahun.. (perghhh.. sebaya dengan abg sulongku).. Bila menjejakkan kaki ke kedai ini sahaja, memang dapat rasa feel zaman dolu2.. tak caya cuba tgk 'floor' and 'ceiling' dia nanti..


Pemandangan hadapan restoran
Bukan itu sahaja, restoran ni sangat popular kerana menjadi tempat melepak ahli2 muzik disekitar Kuala Lumpur termasuklah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada era 70-an.. menurut temanku lagi kalau pergi waktu makan tengahari memang pelanggan sampai melimpah ruah ke luar Restoran..

Terletak di bangunan lama, Jln TAR dan masih berkongsepkan senibina klasik, tidak berhawa dingin, tidak ada khidmat wifi, unifi dan segala fi fi memang sangat nyata bukan menjadi pilihan tempat anak-anak muda menghabiskan masa.. Namun, jika sesekali kita menikmati suasana sebegini tidak salah bukan kerana setiap dari kita adalah bermula dengan sejarah silam yang mungkin dapat membuatkan hati dan perasaan dibuai sebentar dengan zaman kehidupan ibu, ayah, nenek, atuk, moyang kita dan yang paling jelas jawapan 'siapa kita pada hari ini'..


Aneka pilihan lauk nasi kandar

 Disuatu sudut pulak terletak 'paper cutting' berkenaan restoran ini dan juga perihal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..

Artikel ini terletak dihadapan 'sink' cucian tangan berkenaan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. :D

Rasa makanan juga adalah yang terbaik.. perlu pekena 'sambal nyiur' (ada tengahari jerr dan masa aku pergi dah habiss)

Makanan kami 'now u seee'

Now u don't.. :D

Jika hendak dibandingkan dengan Lotus, Pelita Nasi Kandar dan restoran nasi kandar yang lain.. restoran ini ada keistimewaan tersendiri walaupun agak klasik... :D.. Selamat menjamu selera~


Tengoklah 'ceiling' and 'floor' yang juga tampak klasik.. :D

Monday, February 14, 2011

:: Brokoli Udang dan Tahu ::

Sekarang ni menu di rumah lebih kepada makanan yang menjurus kepada menu DIET.. tapi bila di tempat kerja terlajak jugak bila dah tengok beraneka lauk pauk... memang sangat menduga nafsu
Resepi2 mudah ini memang sangatlah aku suka berkongsi.. alasan pun SEBAB MUDAH.. kadang-kadang aku ni kalau nak masak tapi tgk cara atau bahan yang pelik2 jer semangat dah boleh luntur.. tapi lain pula cerita kalau dah kepingin sangat...memang lautan api pun sanggup diredah.. hahaha

Bagi hidangan kali ini adalah Brokoli udang dan tahu.. nyummm~

BAHAN-BAHAN MUDAH
Brokoli
7-8 ekor udang sederhana  
2 keping tahu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
1/4 lada sulah
garam & gula (ganti pak aji)

CARA-CARANYA

Panaskan minyak*goreng bawang merah dan putih*masuk tahu yang dipotong dadu*masuk sos tiram, brokoli dan goreng sehigga separuh masak*masuk udang dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing*goreng sehingga masak

***Pssstt.. guna minyak sikit jerr tauuu.. :)

Saturday, February 12, 2011

:: Ikan Bakar Berempah ::

Terasa macam nak makan ikan pari jer arini.. pergi ke pasar memang ada yang segar.. so, apalagi.. projekpun bermula..

As usual, BAHAN2 memasak adalah sgt simple dan mudah utk disediakan:

350g Ikan Pari  
1 1/2 sudu teh jintan manis (disanggai/digoreng kering)
1/2 inci halia
4 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
Pes asam jawa dan 1/4 cwn air (dicampur - saper yg suka masam bole letak lebih)
1 sb sos tiram adabi
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukupnya

TIPS : Biar terasa garam dan gula lebih, sambal perlu kering kerana ikan akan mengeluarkan air bila dibakar


CARA-CARANYA :

Bersihkan ikan dan keringkan*jintan yang telah digoreng dikisar kering bersama halia, bawang*tumis bahan kisar hingga wangi*masuk cili dan goreng garing*masuk sos tiram dan air asam jawa*perasakan..

*************

Sapu pes sambal pada ikan dan dibalut dengan aluminium foil (dengan daun pisang pun bole)*bakar sehingga masak

Dah siap - nampak tak cantik tapi sgt yummy!! :)
 hahaha.. bila lagi nak puji kat diri yg sesekali ke dapur nihhh.. :P

Boleh juga dihidang dengan kuah cili kicap.. makan mcm tu saje pun dah sedap.. :)

:: Rebung Goreng Cili ::

Kepada semua, entri2 selepas ini adalah lebih kepada santapan sejagat kerana semangat untuk kedapur sangatlah tidak boleh dibendung lagi.. :) dan disebabkan kerajinan yang melampau ini.. maka terhasil lagi resepi ini.. masakan yang dhasilkan adalah sangat mudah.. bahan2 pun tidaklah banyak.. kadang2 kalau nak masak terlalu bnyk bahan secara tidak langsung semangat boleh luntur.. betul tak?? :D

Rebung panjang - rasa lebih lembut

Bahan utama - Rebung dan udang


Bahan kisar - Cili hidup, cili padi , bawang merah, bawang putih dan udang kering
BAHAN-BAHAN :
100-150 gram rebung panjang dihiris
8-10 ekor udang sederhana
1 sb udang kering
3-4 bj cili hidup
4-5 bj cili padi
4-5 ulas bawang merah (bwg besar pun bolee..)
2 ulas bawang putih
1sb sos tiram
4 sb minyak
1/2 cwn air
Gula
Garam 

 CARA-CARANYA :
Panaskan minyak*Tumis bahan kisar sampai garing*masukkan sos tiram*masukkan rebung*setelah rebung setengah masak masukkan udang...*letak air, gula (ganti pak aji) dan garam mengikut citarasa masing2

TIPS : Tujuan masuk udang akhir adalah supaya tidak terlebih masak..sekiranya diganti daging/ayam boleh dimasukkan dahulu sebelum rebung

Siap untuk dihidang bersama nasi panas :)

Thursday, February 10, 2011

:: Home made 'Ikan Bakar' ::

Hidangan kali ini adalah resepi yang sangat mudah dan anda boleh memasak dengan memejam mata.. hehe
  1. Ikan Bakar halia
  2. Sambal cicah kicap
  3. Sayur goreng campur















IKAN BAKAR
     
Ikan cencaru/jaket

Halia

Garam


Ikan Bakar yang isinya sangat 'moisture'

(Cuci ikan dan gaul dengan garam.. hiris lebar halia.. balut ikan dengan alminium foil dan tabur halia hiris tadi..bakar sehingga masak)

SAMBAL CICAH KICAP
Cili padi
Bawang merah
Limau nipis (lbh wangi dr asam jawa)
Kicap manis

(Hiris bawang merah & cili padi.. perahkan asam limau.. campurkan kicap manis dan rasa mengikut citarasa masing2..)

SAYUR GORENG CAMPUR

 

  • Rasanya semua dah expert.. :)

:: Kraftangan of Miri ::

Sementara menunggu kawan2 membeli-belah di Miri Handycraft Centre, sempatlah juga melihat aunty Madeline menunjuk kepakarannya membuat salah satu seni kraf orang Iban, Sarawak... minta maaf yerr  dah lupa namanya.. "short memory termm" ohhh.. nooo..

Handicraft of Miri


 
Aunty Madeline - beliau juga akan diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay untuk pameran dan ekspo kraftangan Malaysia.. siap juga berpesan untuk aku berkunjung ke booth dia pada Mac 2011 sekembalinya di KL nanti.. all the best aunty!! :)


 
Skill from the expertise






Segala usaha tidak sia-sia bila ianya mendapat pengiktirafan

*******************
Disuatu sudut yang lain, aunty ni sedang menjahit labuchi or manik pada baju suku kaum di sana.. beliau juga sangat tekun menyediakan hasil kraf ini.

 
Aunty sedang menjahit hiasan pada baju tradisional mereka
Wowww....Inilah hasil kerja tangan beliau..


Tuesday, February 8, 2011

:: Aneka Mee Kolok ::

Kalau sudah berada di Sarawak tentunya teringat dengan Mee Kolok.. bukan tengkolok yerr.. :p...
Breakfast pagi dengan mee kolok sambal belacan.. terdapat pelbagai jenis mee kolok seperti di bawah ini.. ianya hidangan bangsa tionghua tetapi ini adalah Restoran Melayu yang berhampiran dengan hotelku menginap..


Aneka Mee Kolok


Ni MEE KOLOK SUP WANTAN - Restoran Nadli, Miri

Disebabkan rasanya yang enak, keesokan harinya sebelum catch flight to KL.. nak order jugak WANTAN SOUP


Mee Kolok Belacan (together with sambal belacan dan hirisan daging) ini  best


Ada banyak lagi jenis mee kolok tetapi tidak sempat mencuba semua.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...