Thursday, November 25, 2010

:: Program diet ku ::

Semenjak dua menjak ini aku terlalu risaukan akan berat badanku yang bertambah secara mendadak.. perasan aku semasa bulan Februari lepas aku sudah mula rasa nak makan dan makan sebab dah ada peneman.. sudahnya sampai sekarang penambahan itu ke angka yang sgt membimbangkan dan high risk to heart desease.. Cuak weiihhh!!

Sejarah paling hebat aku telah menurunkan berat badan adalah pada tahun 2008 sebanyak 15 kg dalam masa hanya beberapa bulan.. sekarang aku ingin menurunkan ke angka yg lebih dari itu.. oohhhh.. sungguh padan muka aku sebab kenapa makan main ikut sedap hati & mulut jerr..huhuhu

Plan diet aku ini adalah yang terbaik setakat ini dan ianya perlu mengambil hidangan semulajadi yang sgt sihat.. anda boleh makan roti, ayam goreng, ikan, steak.. selain buah-buahan dan sayur-sayuran. Aku pernah mencuba dan setakat ini memang tidak pernah menghampakan :). Kalau ikutkan sehari boleh turun dalam 1/2kg... (walaupun turun sebab air tapi ia sangat membakar semangat utk meneruskan diet sihat ini). Diet yang aku ingin kongsikan bersama adalah seperti berikut..

The balanced diet of prestigious Nutrition Institute from Sweden (drop 9 kilograms (18-20 pounds) quickly :


Strictly you are not allowed to drink alcohol (beer, wine).
Important:
  • Use only dietic salt;
  • Must drink at least 2 litres of liquid a day (lemon tea, coffee without sugar & mineral water)
Sesiapa yang mengikuti diet ini akan kelihatan langsing dan penuh bertenaga..


Monday
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and nothing else.
   Lunch: 2 well boiled eggs and boiled spinach (little bit of salt) - with no restriction. (no bread).
   Dinner: a big stake with lettuce salad and fruits - with no restriction. (no bread)

   Tuesday:
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and nothing else.
   Lunch: a big stake with lettuce salad and fruits - with no restriction. (no bread).
   Dinner: ham - with no restriction. (no bread).

   Wednesday: 
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and 50 g of bread.
   Lunch: 2 well boiled eggs with lettuce salad and tomatoes - with no restriction. (no bread).
   Dinner: ham and lettuce salad - with no restriction. (no bread).

   Thursday:
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and 50 g of bread.
   Lunch: 1 egg + boiled carrots - with no restriction. (no bread).
   Dinner: yogurt and fruits - with no restriction. (no bread)

   Friday: 
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and carrots with lemon and nothing else.
   Lunch: boiled fish and tomatoes - with no restriction. (no bread).
   Dinner: a big stake with lettuce salad and fruits - with no restriction. (no bread).

   Saturday: 
   Breakfast: coffee (without sugar or milk) and 50 g of bread.
   Lunch: fried chicken - with no restriction. (but no bread).
   Dinner: 2 boiled eggs and carrots - with no restriction. (but no bread).

   Sunday:
   Breakfast: lemon tea - nothing else.
   Lunch: a big stake and fruits - with no restriction. (no bread).
   Dinner: everything and as much as you want. (your favorite food).



Selamat mencuba.. :)

Sunday, November 21, 2010

:: Ai d Beijing ::

Salam semua,

Pada tahun ini sahaja aku sudah bercuti ke Beijing & Perth. Target untuk bercuti adalah sekali setahun.. itu pun Insya Allah jika tiada aral melintang. Bercuti ke Beijing juga pada musim sejuk.. rasa nak bermain dgn salji baldu putih 'apa plak yg aku merepek nihh'..

Percutian ini memang telah dirancang oleh kwn aku. Aku nih mengekor jerr..sebab dia yg rajin pg survey pakej percutian kat Matta Fair. Survey punyer survey dapatlah dia mencekup one of the pakej valued RM1,200++.. kira okeylar dgn ski pakej.. (tp x dpt join pon.. pasal kete tersangkut kat salji tebal..sob..sob!) 

Banyak pengalaman kalau kita selalu ke negara orang nih.. tgk budaya, cara hidup, persekitaran dan paling seronok makanan diorg.. Walaupun aku rasa part nak cari makan kat Beijing nih agak sukar tapi mujurlah kami mengikut agen yang membawa pelancong Islam. Sesampai sahaja di sana, kami rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah swt kerana impian kami termakbul bila dapat menyaksikan salji turun memenuhi muka bumi Beijing.. sbnrnya sebelum kami sampai dah ada announcement kata flight kena landing in Hong Kong coz terdapat ribut salji di Kota Beijing (masa nih kitorang hepy sbb excited nak main salji..huhu.. burok perangai ok!! sepatutnya risau, ini tidak boleh plak kitorg nak bergumbira..)

Bila touch down.. lagi burok perangai..x sabar nak masuk terminal and tgk salji dari dlm airport building.. (gayat kejap arr). Then, singgah ladies utk mengenakan pakaian  yg sesuai utk musim sejuk..

Itssss sooooooo coldddddddddd!!!! mmg naik kejang kaki nihh.. dah beberapa hari bermain dgn salji tetiba teringat bersyukurnya aku dgn tanahair sendiri..  Keadaan di Kota Beijing sangatlah sesak kerana bnyk kenderaan terkandas di atas jalanraya selepas ribut salji terutama kenderaan2 besar.. Just imagine, kalau hujan lebat air akan surut dalam masa 2-3 hari..tapi ni salji yang sudah tentu berhari2 pun tidak akan surut malah bnyk pekerja2 dewan bandaraya (terms M'sia) digunakan untuk menolak ais ketepi atau dilonggok ke kawasan2 khas untuk memudahkan laluan. Cahaya matahari yg terbit belum boleh mencairkan ais2 tersebut malah telah membekukan segala tasik & sungai disana.. ditambah dgn suhu -12 hingga -20 deg cel.





antara kenderaan yang terkandas :p



Forbidden City, frozen lake..


Alhamdulillah, sepanjang berada di sana tiada lagi ribut salji cumanya salji biasa yang turun seperti hujan renyai2 dan kitorang bole berlari-larian seperti cerita hindustan.. :D

Saturday, November 20, 2010

:: Perth ohh Perth ::

Percutian kali ini memang tidak dirancang.. ianya secara kebetulan kawan baik ku berada di sana telah mempelawa untuk bercuti disana.. aku terpaksa meng'excused'kan diri bg acara besar comp. aku..huhh lega!! sebenarnya aku akan berlepas selepas acara ini.. tapi entah mana silapnya org yg diharapkan utk mem'block' org penting tidak dilaksanakan.. maka terpaksalah acara besar ini dipostponed pada tarikh yg dekat utk aku pergi bercuti.. nak buat camne, dah untung badan.. huhu :D

Aku berada di Perth selama 8 hari dan ini lah percutian yang sgt bermakna bersama org tersayang.. :) Aku seperti rasa berada di negara sendiri bila aku dapat masak sambal ayam, nasi goreng dan beberapa jenis asian cuisines yg biasa aku sediakan di Malaysia..sementelah  di sana terdapat segala macam benda yg ada di sini..pendek kata, budu, belacan, cincaluk pun ada..huhu

Perth City ~ terlewat sedikit nk menyaksikan sunset


 Caversham Wildlife Park..

April - June adalah musim sejuk yg suhunya paling tinggi ke -14 deg celsius.. mmg sejuk beku jugak ms kat sana.. tp tidaklah extremely sejuk semasa kunjungan ke Beijing..


The best CORICA apple pie/pastry that i ever had..nyumm!!

Tempat2 lain yang sempay aku kunjung adalah seperti fremantle, Scarborough beach, Hillary's, Batavia Rest, Cicerello's rest, Kings Garden, Harbour Town, Victoria Park, Swan Lake, Swan Bell and so on..







*Fremantle yg mendamaikan dgn melayan fish and chips..

Rumah dan tempat tinggal kami adalah di Como, Perth. Bandar kecil yang menenangkan dgn kepadatan penduduk yang sederhana. Golongan penduduknya pula pada tahap sederhana berbanding dgn penduduk di Scarborough Beach yang kebanyakannya golongan berada dan rumah2 besar tersergam indah di tepi pantai tersebut. 

Lemon Tree

Yard.. the sun looks so hot, but its not, its sooo windy and cold..

Friday, November 19, 2010

:: Main masak-masak ::


'Cooking is my passion'

Yes.. :) walaupun tidak berapa expert seperti arwah emak dan makcik-makcik ku.. tapi sekurang-kurangnya aku pandai merasa.. wallarr :P

Hidangan 1:  Ketam Briyani...


Hidangan 2:  Salad tomato & timun


Hidangan 3: Red Velvet Cake with Cheese Cream


Hidangan 4: Choc Moist Cake



Hidangan 5: Vanilla Cup Cakes with Butter Frosting

Before deco'

After deco'

Hidangan 6: Cream Puffs 


Berikut adalah hidangan dari air tangan sendiri untuk dijamah kepada tetamu yang bertandang kerumah..
Sila2 jemput makan.. :) 

:: Keje, jalan dan makan di utara ::

11-14 November 2010
Bila aku mendapat keputusan untuk outstation ke Utara sendiri sesungguhnya memang amat menyeronokkan. Bermacam agenda yang ada didlm kepala ni.. bukan sekadar kerja tp org kata 'menyelam sambil meneguk air'..Hari pertama perlu overnite di Sg Petani, Park Avenue Hotel.. esoknya ada mesyuarat bersama TKSU di Emerald Puteri.

Habis meeting aku terus ke Alor Setar.. sampai hotel terus meng'google' cari tpt mkn best kat area Alor Setar..yang aku sempat cuba Nasi Lemak Royale. Mula-mula aku pergi dlm jam 5.30 ptg, pekerja2 dia baru nak susun lauk-pauk..ahh xpelaahh tunggu japlarr dlm kul 6.00 dtg balik..


Hah tu dia!! tgklar baru bukak dah beraturr..

Kena sabar menanti.. disebabkan org dok kata 'mai Kedah kena pekene Nasi Lemak Royale' so, aku pun beratur menunggu giliran.. jeng jeng jeng!! memang peningkatan kalori akan melanda tp memikirkan penat aku drive jauh-jauh dan apa salahnya aku reward sket diri.. mmhhh.. nyammmm!!!!


perghhhh!! kena cuba okeyyy......

Nasi lemak utara ni lain sket.. ada siap rempah empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih) tu yg rasa wangi..~*~*~*~*dan lauk-pauknya pula seperti nasi kandar.. mmg sesuai sgt pada penggemar 'nasi kandaq'.. :) dan harga sgt munasabah..

Kepada sesiapa yg belum mencuba silakan.. kalau cari dgn GPS just search 'nasi lemak royale'..

Lagi satu makanan yg aku cuba.. 'mee goreng abu' kat Teluk Wanjah.. ni pun layaannnnnnn....


Mee Abu















Kat Alor Setar nih aku check in kat The Regency Hotel.. not bad bilik dia. Kalau dah ngantukss, kenyang akan selamatt jerr..

Nak balik dari Alor Setar ke KL aku suka sgt tgk sawah padi meghijau.. maklumlahh Kedah kan terkenal dgn Negeri Jelapang Padi.. aku drive balik non stop selama 4 jam stgh.. pasal bosan drive sorang2 dan nak cepat sampai.. korang jgn memandai2 ikut kerje giler aku ni keyy..

walaupun pokok bsr ini cuba utk menginter frame.. namun, masih boleh nampak kehijauan sawah padi nun terbentang luas dibelakang sana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...